Sunday, July 26, 2015

Penjawat awam, pegawai GLC penyokong pembangkang antara punca dasar kerajaan gagal


Tersebar di media sosial nama dua orang penyokong pembangkang yang dikatakan merupakan penjawat awam dan seorang lagi merupakan pegawai komunikasi di Khazanah.


Nama penjawat awam tersebut adalah Mohd Zahar, seorang guru di Pulau Pinang. Seorang lagi adalah Adiba Shareen, pembantu Naib Presiden Khazanah.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini adalah sejauh mana keyakinan kerajaan Malaysia yang membayar gaji mereka bahawa mereka mampu melaksanakan tugas mereka seperti mana dikehendaki oleh sebuah kerajaan yang mendukung dasar- dasar Barisan Nasional (BN) secara bersungguh-sungguh dah berkesan.

Kedua; sejauh mana keyakinan kerajaan yang menggaji mereka bahawa mereka tidak akan bersikap khianat dan mensabotaj kerajaan pimpinan BN, baik dari aspek kerahsiaan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan BN.

Saya berasa amat pelik bagaimanakah seorang penyokong pembangkang boleh dilantik untuk melaksana dasar-dasar kerajaan BN dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN dengan berkesan?

Berdasarkan pemerhatian saya, seorang penjawat awam yang menjadi penyokong pembangkang tidak mungkin dapat melaksanakan dasar kerajaan BN dengan cemerlang dan berkesan kerana:

1. Mereka tidak yakin sepenuhnya dan tidak menyokong dasar-dasar  kerajaan BN, dan atas sebab itu mereka tidak mungkin akan mempunyai sense of ownership terhadap pelaksanaan dasar-dasar ini.

2. Mereka tidak akan melaksanakan dasar-dasar kerajaan BN secara bersungguh-sungguh supaya kerajaan BN akan dilihat gagal

3. Mereka tidak mungkin dapat menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN dengan baik kepada subordinat mereka dan rakyat

4. Mereka akan menyerang dasar-dasar kerajaan BN dalam tindakan dan kata-kata mereka.

5. Terdapat kemungkinan bahawa mereka akan mensabotaj kerajaan BN dengan membocorkan rahsia-rahsia kerajaan dan mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar kerajaan BN sehingga menyebabkan dasar ini gagal

Atas sebab-sebab ini KSN dan JPA perlu membersihkan penyokong pembangkang daripada kementerian dan agensi kerajaan kerana mereka berkemungkinan besar menjadi punca kegagalan banyak dasar-dasar kerajaan.

Apakah yang akan dilakukan oleh majikan sebuah syarikat swasta atau badan korporat jika pekerja mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 5 perkara di atas?

Adakah sebuah organisasi akan terus menggaji individu yang tidak yakin dengan dasar organisasi dan tidak mempunyai kesetiaan kepada organisasi tersebut?

Adakah majikan akan menyimpan lagi orang seperti ini atau membuang mereka sebelum mereka memudaratkan syarikat?

Seorang penjawat awam yang menyokong pembangkang wajar meletakkan jawatan kerana jika mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 5 perkara di atas, mereka sudah dianggap tidak dapat memenuhi 'expectation' pihak yang menggaji mereka, iaitu kerajaan Malaysia.

Adakah gaji mereka juga masih HALAL jika mereka melakukan salah satu daripada 5 perkara tersebut?

Perkara yang sama juga wajar terpakai kepada sebarang lantikan di dalam Badan-badan Berkanun, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat yang dimiliki kerajaan. Pihak yang tidak mempunyai kesetiaan kepada organisasi yang menggaji mereka tidak wajar dikekalkan dalam organisasi tersebut.

12 comments:

  1. Bukankah sebahagian besar penjawat awam terurama guru adalah penyokong pembangkang.

    Sejauh mana awak tahu KSN dan JPA adakah penyokong pembang atau penyokong kerajaan.

    Adakah ada apa-apa syarat bahawa penjawat awam wajib sokong BN.. bagaimana pula selepas PRU14 pembangkang jadi kerajaan..apakah semua penjawat awam perlu disingkirkan...

    Lihat contoh Penang, Selangor dan Kelantan...kedudukan penjawat awam tidak berubah.

    ReplyDelete
  2. 1. Mereka perlu bertindak profesional sbg pelaksana kpd kerajaan pd hari ini dan melaksanakan segala dasar2 yg telah diputuskan oleh kerajaan yg memerintah.

    2. Tidak wajar membuat komen yg bertentangan dengan kerajaan yg menggaji mereka, apa lg yg menunjukkan mereka tidak bersama pihak yg menggaji mereka dan yg menjejaskan pihak yg menggaji mereka.

    ReplyDelete
  3. Dalam kes Adiba, eloklah Adiba ni dipecat atau letak jawatan. Sekarang fahamlah kita kenapa GLC banyak memberi alasan dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan membuat sesuatu yang bertentangan dengan dasar kerajaan. Mungkin kita perlu tegaskan kepada mereka di dalam GLC ini... Kita tahu ada di kalangan mereka yang tidak menyokong kerajaan, tetapi mereka tidak wajar membuat komen politik atau andaian-andaian peribadi mahupun serkap jarang seperti di atas kerana ia akan ditafsirkan sebagai mewakili organisasi tempat mereka bekerja, dalam kes ini Khazanah. Dia mesti bertanggungjawab untuk bertindak profesional dan berpegang kepada etika kerja yang tinggi supaya tidak mencemarkan nama baik organisasi yang diwakilinya, terutama apabila dia adalah pegawai yang bertanggungjawab ke atas komunikasi awam di Pejabat Pengarah Urusan bagi dana Kerajaan dan syarikat-syarikat berkenaan Kerajaan iaitu Khazanah Nasional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just cos shes at khazanah doesnt mean that she cannot be shocked n express her own frustrations at the whole debacle..just as many ppl are shocked n disgusted at the manner the whole thing is unravelling. Latest being the 'dissapearence or probable non appearence of jho low
      n bank negara's search for his 2 cohorts tang n loo. There r just too many questions unanswered n the sr n edge thing r just considered diversions n smokescreens or to paraphrase outsyed the box..."kabberap " coverup

      Delete
    2. Just cos shes at khazanah doesnt mean that she cannot be shocked n express her own frustrations at the whole debacle..just as many ppl are shocked n disgusted at the manner the whole thing is unravelling. Latest being the 'dissapearence or probable non appearence of jho low
      n bank negara's search for his 2 cohorts tang n loo. There r just too many questions unanswered n the sr n edge thing r just considered diversions n smokescreens or to paraphrase outsyed the box..."kabberap " coverup

      Delete
    3. Just cos shes at khazanah doesnt mean that she cannot be shocked n express her own frustrations at the whole debacle..just as many ppl are shocked n disgusted at the manner the whole thing is unravelling. Latest being the 'dissapearence or probable non appearence of jho low
      n bank negara's search for his 2 cohorts tang n loo. There r just too many questions unanswered n the sr n edge thing r just considered diversions n smokescreens or to paraphrase outsyed the box..."kabberap " coverup

      Delete
  4. "Mungkin kita perlu tegaskan kepada mereka di dalam GLC ini... Kita tahu ada di kalangan mereka yang tidak menyokong kerajaan, tetapi mereka tidak wajar membuat komen politik atau andaian-andaian peribadi mahupun serkap jarang seperti di atas kerana ia akan ditafsirkan sebagai mewakili organisasi tempat mereka bekerja, dalam kes ini Khazanah. Dia mesti bertanggungjawab untuk bertindak profesional dan berpegang kepada etika kerja yang tinggi supaya tidak mencemarkan nama baik organisasi yang diwakilinya, terutama apabila dia adalah pegawai yang bertanggungjawab ke atas komunikasi awam di Pejabat Pengarah Urusan bagi dana Kerajaan dan syarikat-syarikat berkenaan Kerajaan iaitu Khazanah Nasional."

    ReplyDelete
  5. "Mungkin kita perlu tegaskan kepada mereka di dalam GLC ini... Kita tahu ada di kalangan mereka yang tidak menyokong kerajaan, tetapi mereka tidak wajar membuat komen politik atau andaian-andaian peribadi mahupun serkap jarang seperti di atas kerana ia akan ditafsirkan sebagai mewakili organisasi tempat mereka bekerja, dalam kes ini Khazanah. Dia mesti bertanggungjawab untuk bertindak profesional dan berpegang kepada etika kerja yang tinggi supaya tidak mencemarkan nama baik organisasi yang diwakilinya, terutama apabila dia adalah pegawai yang bertanggungjawab ke atas komunikasi awam di Pejabat Pengarah Urusan bagi dana Kerajaan dan syarikat-syarikat berkenaan Kerajaan iaitu Khazanah Nasional."

    ReplyDelete
  6. "Mungkin kita perlu tegaskan kepada mereka di dalam GLC ini... Kita tahu ada di kalangan mereka yang tidak menyokong kerajaan, tetapi mereka tidak wajar membuat komen politik atau andaian-andaian peribadi mahupun serkap jarang seperti di atas kerana ia akan ditafsirkan sebagai mewakili organisasi tempat mereka bekerja, dalam kes ini Khazanah. Dia mesti bertanggungjawab untuk bertindak profesional dan berpegang kepada etika kerja yang tinggi supaya tidak mencemarkan nama baik organisasi yang diwakilinya, terutama apabila dia adalah pegawai yang bertanggungjawab ke atas komunikasi awam di Pejabat Pengarah Urusan bagi dana Kerajaan dan syarikat-syarikat berkenaan Kerajaan iaitu Khazanah Nasional."

    ReplyDelete
  7. Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan. Golongan ini boleh kita samakan seperti parasit yang jika dibiarkan lama-kelamaan akan membunuh perumahnya. Inilah golongan `talam dua muka' dan hipokrit. Mereka hanya mahukan wang/gaji sahaja tapi dalam masa yang sama menghentam kerajaan. Kita pernah mendengar ada guru-guru yang makan gaji dengan kerajaan (BN) tetapi dalam masa yang sama menyampai `propaganda' supaya membenci kerajaan kpd murid2 sekolah. Mereka ini tidak amanah dan pengkhianat negara. Jika anda tidak suka dengan kerajaan sekarang anda boleh berundur dan melepaskan jawatan yang anda sandang skarang. ramai lagi orang masih layak untuk menggantikan anda. Kita tidak mahu orang yang bermuka-muka spt anda.

    ReplyDelete
  8. Kluangman ni baral betullah. Bukan ke Guan Eng pecat kakitangan PAS beramai2 di pulau Pinang selepas PAS x sehaluan dengan DAP? Apa maknanya tu?

    ReplyDelete
  9. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete