Wednesday, May 14, 2014

Tukar MB Selangor? Team @AzminAli sapu bersih #PemilihanPKR yang dicemari rasuah, penipuan & keganasan?



Undi Khalid Ibrahim 10,851 (32%) dan Saifuddin Nasution 7,609 (22%) undi jika dicampur adalah sebanyak 18,460 atau 54%. Azmin hanya dapat 46% undi. Inilah akibatnya bila DEGIL. Ada ura-ura Selangor nak dapat MB baru tak? Ha ha ha...

Timbalan - Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi.

Ketua AMK, Amirudin Shari dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik Nazmi Nik Ahmad  dan Ahmad Nazree Yunus.

Ketua Wanita - Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868‎ (49%) undi.

Tahniah kepada semua pemenang....



Insiden penipuan undi..


Insiden keganasan...


Azmin and the geng menang di sebalik 
kekecohan Pemilihan PKR
RABU, 14 MEI 2014 13:21  
WARTAWAN AGENDADAILY 

Biarpun huru-hara sana sini, bergaduh, buat lari peti undi, senarai nama pengundi hilang disaksikan sepanjang musim Pemilihan PKR 2014... namun pasukan penyandang Timbalan Presiden Azmin Ali dijangka menang jawatan-jawatan utama parti.

Tinggal undian dari 20 cabang (bahagian) yang perlu diadakan semua kerana berbagai masalah, pasukan Azmin dilaporkan cemerlang selepas berjaya memenangi jawatan utama termasuk Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita.

Sehingga kini, Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi.

Manakala pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 10,851 (32%) undi dan seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution memperolehi 7,609 (22%) undi.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda (AMK), Amirudin Shari dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik Nazmi Nik Ahmad  dan Ahmad Nazree Yunus.

Nik Nazmi dilaporkan mendapat 2, 411 (34%) undi manakala Nazree memperolehi 1,610 (23%) undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita PKR dimana penyandang jawatan tersebut‎ Zuraida Kamaruddin dilaporkan hanya mengatasi pencabarnya Rodziah Ismail dengan 62 undi.

Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868‎ (49%) undi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman penentangnya calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam kerana menuduhnya mengamalkan politik wang pada hari pemilihan Cabang itu Ahad lalu.

Beliau berkata, pihaknya mengarahkan peguam menghantar notis menuntut Manikavasagam memohon maaf sebelum saman fitnah difailkan.

“Saya mengarahkan peguam untuk menghantar Notis Tuntutan Saman kepada Manikavasagam kerana menuduh saya melakukan rasuah membeli pengundi,” kata Khalid dalam kenyataan melalui akaun Twitter beliau, Selasa.

Manikavasagam, bekas ahli Parlimen Kapar, pada Ahad lalu mendakwa Khalid memberi rasuah wang kepada pengundi sebanyak RM50 seorang dan mempunyai bukti rakaman video yang akan didedahkannya di laman web.

“Saya menerima aduan pemilih diberi rasuah sebanyak RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua cabang Kuala Selangor.

“Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini,” katanya.

Khalid bagaimanapun menafikan tuduhan itu, sebaliknya mengakui menaja pengangkutan bagi kemudahan pengundi ke tempat pusat mengundi.-14/5/2014

Baca berita penuh di bawah

No comments:

Post a Comment