Wednesday, May 14, 2014

#PemilihanPKR: @AzminAli dahului kerana penipuan & rasuah atau sebab @SaifNasution gila nak bertanding?


Saifudin Nasution hanya pemenang atas kertas. Kalau dia tak bertanding mungkin Khalid Ibrahim yang akan menang, bukan Azmin

Azmin memungut 13,435 undi berbanding Khalid Ibrahim dengan 9,532 undi dan diekori jauh oleh Saifuddin Nasution Ismail, yang HANYA mendapat 6,586 undi.


Adakah penipuan undi punca Azmin mendahului?


Atau, adakah keganasan punca ahli takut untuk mengundi selain daripada Azmin?


Pemilihan 171 Cabang PKR Selesai, Azmin Masih Mendahului
May 13,2014 - by AIDC

SHAH ALAM: Meskipun pemilihan di 27 Cabang masih tertangguh, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dipercayai terus mendahului dua lagi pencabarnya yang lain untuk jawatan berkenaan.

Setakat ini adalah difahamkan Azmin memungut 13,435 undi berbanding Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan 9,532 undi dan diekori jauh oleh Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang mendapat 6,586 undi.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) 2014 PKR, Datuk Johari Abdul mengumumkan pemilihan di sepuluh lagi Cabang PKR terpaksa diadakan semula berikutan laporan pelbagai kegiatan melanggar peraturan pemilihan.

Sebelum ini, dalam pemilihan hujung minggu kedua, pemilihan di sejumlah 17 Cabang dibatalkan dan beberapa Cabang akan mengulangi pemilihan hujung minggu ini (17 Mei).

Bagaimanapun proses pemilihan di Selangor yang menjadi medan pertembungan terbesar di antara pengerusi pimpinan negeri PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim merekodkan paling banyak kes kekecohan dan pembatalan.

Sepuluh Cabang di Selangor yang diputuskan oleh JPP perlu mengadakan pemilihan semula ialah:

1. Ulu Langat
2. Sabak Bernam
3. Sungai Besar
4. Subang
5. Kelang
6. Selayang
7. Kota Raja
8. Kuala Selangor
9. Hulu Selangor
10. Kapar.

Menurut sumber PKR, kedudukan kukuh Azmin ini direkodkan selepas dijumlahkan keputusan pemilihan di 171 daripada 198 Cabang.

“Ini termasuk pemilihan yang dikatakan panas seperti di seluruh Sabah, kecuali Tawau, Silam, Pensiangan, keningau dan Tenom.

“Catatan ini juga meliputi keputusan dari seluruh 12 Cabang di Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan yang berlangsung Sabtu lalu,” kata sumber itu.

Sehubungan itu, bagi persaingan merebut jawatan Ketua Angkatan Muda parti itu, calon yang menyokong Azmin iaitu Amirudin Shaari terus mendahului dua lagi saingannya.

“Amirudin memungut 2,433 undi mendahului penyokong kuat Tan Sri Khalid, Nazree Yunus yang mendapat 1,494 undi.

“Sementara Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang dikatakan menyertai kem Saifuddin mendapat 2,275 undi,” kata sumber itu.

Semalam pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan terburu-buru untuk mengadakan pemilihan semula bagi 10 Cabang yang ditangguhkan.

Katanya, jika mengikut peraturan, JPP mempunyai tempoh sehingga September untuk menyelesaikan proses pemilihan semula itu – Antarapos



No comments:

Post a Comment