Wednesday, May 21, 2014

#PRKTelukIntan: AWAS Video Lucah & Gambar Edit Permainan #RedBeanArmy raih simpati #Dyana




Dari gambar bikini, sampailah gambar anjing dan video lucah - Red Bean Army meneruskan permainan politik kotor mereka. Jangan terpedaya dengan permainan jahat sebegini.


Photo: Amanat Penting Buat Pengamal Media Maya BN  http://nblo.gs/X2lo1 Tolong Sebarkan Sebelum Terjebak


Apa kata Shen Yee Aun, bekas ahli DAP?

Diramalkan keluarga Dinasti Lim bersama strategis dan RBA akan merangka satu strategi untuk mempromosikan Dyana Sofya untuk meningkatkan kebarangkaliannya menjadi calon kerana beliau dianggap produk Dinasti Lim.

Keadaan ini akan mengurangkan kebarangkalian calon-calon berpotensi dan anak jati Perak yang datangnya daripada musuh lama, keluarga Ngeh dan Nga.

Mereka merancang untuk mencari gambar Dyana Sofya yang mirip dengan seorang selebriti Filipina iaitu Pauleen Luna dan menyebarkan kepada penyokong BN melalui jentera RBA.

Akhirnya, penyokong BN yang kekurangan strategi dalam media sosial terperangkap dengan menggerakkan ahli-ahli mereka menyebarkan gambar palsu Dyana Sofya.

Pada ketika itu , Malaysiakini dan laman page RBA dengan cepat mengatakan wanita yang disebarkan bukan Dyana Sofya tetapi Pauleen Luna. Sekiranya tidak dirancang maka persoalannya mana mungkin gambar asal tersebut boleh dicari dengan begitu cepat?

Kini semua media, blogger, RBA dan termasuk akhbar The Star melaporkan dengan meluas bagaimana jahatnya BN mengaibkan Dyana Sofya. Teknik ini adalah serampang dua mata iaitu pertama membuat fitnah sehingga menjejaskan kredibiliti BN, mengakibatkan masyarakat memberi undi dan simpati kepada Dyana Sofya.


Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2014/05/fulamak-sya-punya-artikel-buat-guan-eng.html#ixzz32IY6tj8C


Seperti yang saya sering katakan, kelebihan Red Bean Army adalah melakukan penipuan sedangkan penggiat siber BN tidak menipu. Semasa PRU13, kita sendiri melihat bagaimana Red Bean Army menipu tentang 40,000 bangladesh sampailah ke Black-out masa pengiraan undi. Jangan biarkan diri anda terus tertipu dengan dakyah mereka..

No comments:

Post a Comment