Thursday, May 22, 2014

Diplomasi #Panda - Hubungan dan pulangan dari segi aspek Keselamatan & Perdagangan


Gift - maksudnya pemberian. Ada syarikat koperat dan sponsor nak bantu supaya kita boleh menjaga haiwan yang hampir pupus ini. Konsevasi memang memerlukan sejumlah wang, di negara ini kita belanjakan untuk zoo negara, safari, taman negara, pusat konservasi haiwan dan banyak lagi. Itu tanggung jawab kita kerana kita dah banyak musnahkan populasi mereka dan gantikan dengan pembangunan. Dalam isu panda bukan sahaja kita membantu konservasi haiwan ini tetapi hubungan dua negara ini ada makna tersendiri dari segi keselamatan negara dan perdagangan bernilai berbilion-bilion ringgit. Pembangkang memang tak suka sebab mereka nak kita bermusuh dengan China dan Amerika Syarikat supaya mereka boleh mengambil keuntungan daripada hubungan yang rosak ini.


Terima kasih bagi yang berkongsi maklumat yang akan saya kongsikan di sini juga...

Bagi yang masih ingat Panda itu dibawa ke Malaysia mcm binatang lain dan tidak tahu faedah hubungan diplomatik Malaysia-China yang membuahkan urusan dagangan bernilai 212 Billion setahun, sila baca Diplomasi Panda.


Dayasaing Global 2014, negara Malaysia meningkat ke tangga ke 12 berbanding tangga ke 15 pada tahun 2013. Ini terkandung dalam Laporan IMD World Competitiveness Center yang di keluarkan hari ini. Amerika Syarikat dan Switzerland masih kekal di tangga 1 dan 2. 


Prestasi Malaysia dalam 4 faktor dayasaing utama adalah Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Berita ini akan meningkatkan tarikan kepada pelaburan swasta. Peningkatan pelaburan swasta akan membuka ruang ekonomi gandaan (economic spin-off) kepada sektor-sektor pembekal, pemborong dan peruncit. Ini juga akan meningkatkan peluang pekerjaan dan gaji. 

Dalam konteks kecekapan kerajaan menduduki tangga ke 15 dengan komponen utama serta kedudukan seperti berikut:
a. Kewangan Awam - 15
b. Dasar Fiskal - 11
c. Rangka kerja Institusi - 13
Kecekapan kerajaan menduduki tangga begitu tinggi membuktikan integiti kerajaan amat tinggi. Tuduhan pembangkang yang kerajaan mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma adalah tidak berasas.

Kedudukan negara Malaysia dikukuhkan lagi dengan Laporan Ease of Doing Business oleh World Bank yang di terbitkan awal tahun ini di mana negara kita duduk di tangga ke 6 di dunia.  

Tak mungkin negara Malaysia mencapai tangga yang tinggi jika kerajaan mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma.

Panda dan Diplomasi

Jika dilihat skop lebih luas dahulunya Zoo Negara sepi sahaja kini dengan kehadiran panda, ia bakal menarik lebih ramai lagi pelancong.

Kejayaan zoo lain yang mempunyai panda membuktikan haiwan itu merupakan daya tarikan yang cukup memberangsangkan.

Daripada 300 ekor panda gergasi di dalam kurungan, lebih kurang 250 ekor di China manakala 47 ekor di negara-negara lain.

Menurut laporan The Guardian, Zoo Edinburgh berjaya memecah rekod pengunjung dengan kehadiran panda Tian Tian dan Yang Guang.

Pemiliknya Royal Zoological Society Of Scotland mendedahkan pulangan keuntungan zoo telah meningkat lebih daripada RM27 juta kepada RM81 juta pada tahun 2012.

Kedatangan pengunjung meningkat mendadak 51% dengan kehadiran panda pada 2011.

Zoo berkenaan yang mengalami defisit RM6.5 juta mencatatkan pulangan lebihan RM13 juta tahun lepas selepas ketibaan panda.

Menurut laporan itu, penjualan tiket dan barangan cenderamata sahaja mampu menampung kos menyimpan panda.

Selain itu, orang ramai juga dapat memahami hidupan liar dan belajar untuk memulihara mereka....

Pada saya... Ia lebih kepada commercial decision. Business investment untuk menarik lebih banyak keuntungan. Orang meniaga faham la benda ni. 

APA ADA PANDA?

1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner)Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut. 

2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia - Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.

3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.

4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini. 

5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia - China. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.

7. "Pinjaman" panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran! 

8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia. 

9. Kita berharap agar "pelaburan" negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China - sama seperti "pelaburan" kita ke atas hantaran perkahwinan - selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.

10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!

Nota Kaki: "Panda Diplomacy" bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.


No comments:

Post a Comment