Hishammuddin tangguh ke hospital sebab utamakan PRU13, pemilihan parti, tugas-tugas di DUA buah kementerian dan mesyuarat agung UMNO... Sama-samalah kita doakan beliau segera pulih seperti sedia kala. Terima kasih Azharri Jentayu Abaka di atas tulisan ini...
KISAH SARJAN POLIS - DS HISHAMMUDDIN
Abu Syifa on Wednesday, December 4
DS HISHAMMUDDIN TERLALU KUAT BEKERJA,KURANG REHAT
Kita semua sudah mengetahui bahawa DS Hishammuddin telah dirawat di hospital dan masih meneruskan prosedur rawatan selepas menjalani prosedur angioplasti.
Secara peribadi, saya berpendapat DS Hishammuddin mesti mengambil peluang ini untuk mendapatkan rehat yang secukupnya kerana kita semua boleh melihat bahawa beliau tidak pernah mengambil rehat yang betul selepas melalui pelbagai urusan parti dan kerajaan sejak setahun dua ini.
Contohnya, sebagai Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO 2013, beliau telah bekerja keras 24 jam memastikan usul-usul yang dibawa oleh bahagian-bahagian disusun dengan tertib dan tersusun.
Hari ini, ahli-ahli UMNO bersidang di PWTC dan mereka barangkali tidak tahu bahawa usul-usul yang dibahaskan sepanjang persidangan nanti telah diuruskan oleh DS Hishammuddin sebelum beliau dirawat di hospital.
Sebelum itu juga, DS Hishammuddin adalah pengerusi yang diberi tanggugjawab oleh Presiden UMNO untuk mengetuai Pindaan Perlembagaan UMNO dalam sistem pemilihan parti baru-baru ini. Jika dahulu, hanya wakil-wakil dari bahagian sahaja yang akan memilih dan mengundi calon-calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ahli Majlis Tertinggi di PWTC.
Tetapi bermula Pemilihan UMNO tahun 2013, ahli-ahli di peringkat akar umbi di seluruh negara terbabit memilih dan mengundi calon-calon yang mereka fikirkan boleh membawa tanggungjawab. Inilah pengorbanan yang telah dibawa oleh DS Hishammuddin yang perlu disedari khususnya oleh ahli-ahli UMNO.
Di dalam kerajaan pula, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak turut meminta DS Hishammuddin memangku jawatan Menteri Pengangkutan di samping menjawat Menteri Pengangkutan.
TERLALU KUAT BEKERJA, TIDAK DIDENDANG
Satu perkara yang saya sedari tentang DS Hishammuddin ialah, beliau terlalu kuat bekerja untuk parti, kerajaan dan negara ini. Satu perkara yang saya sedari ialah DS Hishammuddin tidak begitu mengambil berat tentang promosi dirinya di media perdana mahupun media siber.
Beliau mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada semua orang media. Beliau tidak seperti orang lain yang menubuhkan pasukan khas media untuk menjaga reputasi beliau di alam media perdana dan di alam maya.
Jika orang lain akan memanggil team media, baik team bloggers, team akhbar perdana malah pasukan media antarabangsa untuk mewar-warkan reputasi diri mereka. Saya tidak nampak itu kepada DS Hishammuddin, yang saya nampak ialah DS Hishammuddin percaya kepada semua pengamal media baik Berita Harian, Utusan, Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakah Daily, Keadilan Daily, RoketKini, The Star, Nanyang Siang Pau, NST, dan sesiapa sahaja.
Beliau merelakan berita beliau ditulis dalam bentuk apa sahaja. Tanyalah kepada sesiapa sahaja wartawan, pernahkah mereka dihalau, diterjah atau dimarahi oleh Menteri yang sabar ini?
SARJAN POLIS
Saya teringat kisah datuknya iaitu Dato' Onn Jaafar ketika berucap buat pertama kali semasa proses penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman (1 Mac 1946).
Ketika beliau berdiri di atas pentas, tetiba datang seorang sarjan polis dari kerajaan penjajah British berdiri di sebelahnya dan beliau bertanya kepadanya, "Apakah kamu datang hendak menangkap saya, jika ya tangkaplah saya!"
Kata sarjan polis itu, "Tidak, saya datang mahu mendengar ucapan tuan, saya mahu bersama-sama dengan perjuangan tuan".
Sebab itu, saya sendiri, saya mahu membantu orang yang ikhlas perjuangannya seperti ini. Mengapa tidak !
Ini aku sokong> Orang yang kenal Hishamuddin tahu kekuatan dan komitmen kerjanya. Kejayaan transformasi UMNO sebahagian besarnya hasil susah payah Hishamuddin dan teman temannya..
ReplyDelete