Wednesday, July 24, 2013

Punca dan penyebar berita palsu `makan di tandas' @PKamalanathan @SKMMalaysia





Lihat perkataan yang digunakan - 1. fair to treat NON-MUSLIM CHILDREN 2. my child in mess in MALAY SCHOOL 3. This wat 1Malaysia is - apakah tujuannya, jika bukan perkauman dan prejudis keagamaan




Disebarkan dalam nada berlainan - kononnya tidak rasis dan prejudis agama, tetapi masih menyebarkan mesej berbau perkauman - LIHAT tajuk posting `NON MUSLIM children in SK Sri Pristana'


cong ceng cong ceng.. ntahh apa yang ditulis oleh Red Bean Army penyokong PKR dan DAP ni...


Bila diterjemah, mungkin ini lah maksudnya `DALAM KANDUNGAN 1MALAYSIA, ORANG CINA DAN INDIA BUKAN MANUSIA, CUMA BINATANG'




Ini penjelasan warga SK Sri Pristina - Butiran utama - 1. sebelum ramadhan lagi 2. bukan tandas 3. anak cikgu pun makan kat situ 4. biasanya tak rasis, tiba-tiba jadi rasis sebab ada orang yangtak bertanggung jawab nak menjadikannya rasis 


Baca penjelasan seorang blogger yang pergi ke sekolah tersebut untuk mencari fakta sebenar isu ini

Canteen In Changing Room , FACTS That You Should Know.

http://dhanyaraam.blogspot.com/2013/07/canteen-in-changing-room-facts-that-you.html

dan baca penjelasan Mazidul, yang bukan sahaja pergi mencari maklumat, tetapi turut berbuka puasa dan berdoa di dalam bilik persalinan yang sama. 


PELAJAR MAKAN DI BILIK PERSALINAN ( WAKIL PIBG, PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN GURU MAKAN DI MANA?) DAHSYAT SUNGGUH!

http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pelajar-makan-di-bilik-persalinan-wakil.html



Saya tiada masalah untuk buat perkara yang sama seperti Mazidul. Dalam hal ini saya berpandangan -

1. Kementerian mesti memberi kepercayaan kepada PIBG dan pentadbiran sekolah untuk menguruskan hal-hal sebegini. Menteri, Timbalan Menteri, KSU, KPPM dan pegawai jangan malas untuk turun padang untuk melihat kekurangan sekolah dan cuba memahami bagaimana pentadbiran sekolah cuba menyelesaikan masalah dalam keadaan Kementerian menghadkan peruntukan kepada mereka. Golongan guru yang ikhlas perlu dibantu dan dibela, bukan dikhianati.

2. masalah sebenar adalah kepada pihak yang menjadikan ia isu perkauman dan prejudis keagamaan - SKMM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara patut mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu dan menghasut ini.

3. Makan di bilik persalinan satu masalah? Di zaman sekolah sehingga sekarang ia bukan masalah, kadang-kadang kita makan dalam bilik persalinan di gym, SPA dan kelab golf, mungkin tak makan yang berat, tapi makan roti pun tetap makan juga. Apa beza bilik persalinan dan tandas bagi seorang Muslim? Di bilik persalinan orang Islam bukan sahaja boleh sembahyang, apa lagi makan. 

No comments:

Post a Comment