Thursday, July 25, 2013

Doktor `babi bodoh' di Hospital Kepala Batas wajar dipecat! @NajibRazak



Ijazah doktor, perangai mentaliti kelas ketiga. Sapa la mak ayah diaorang. Mungkin kalau mak ayah mereka kena maki baru mereka tahu nak hormat orang tua kot?
Sebagai pengamal perubatan yang berada di hospital kerajaan, doktor-doktor ini perlu disedarkan bahawa pesakit tidak mungkin mahu datang ke hospital, apa lagi hospital kerajaan jika mereka mempunyai pilihan. Tidak mungkin mereka mahu berdepan dengan Doktor Babi Bodoh Hospital Kepala Batas, jika mereka ada pilihan untuk tidak sakit. Malangnya mereka sakit. Tugas pengamal perubatan, termasuk Doktor Babi Bodoh ini adalah untuk membantu pesakit supaya mereka berasa lebih baik dan lebih selesa. Sudahlah mereka tidak selesa dan rasa teruk kerana sakit, pengamal perubatan tidak sekali-kali wajar bertindak kasar sehingga pesakit menjadi lebih tidak selesa, lebih teruk dan terhina selepas mendapat `treatment' dari mereka. Diharapkan pihak kerajaan dapat memecat Doktor  Babi Bodoh ini dari perkhidmatan kerajaan, minta mereka membayar ganti rugi jika mereka diikat dengan syarat perkhidmatan dan biarkan mereka belajar `courtesy' bila melayan `pelanggan' mereka bila mereka bertugas di klinik atau hospital swasta. Di swasta nanti, mungkin mereka baru belajar  bahawa `pesakit = gaji mereka'. Jika mereka `membabi bodohkan' pesakit mereka, jawabnya mereka akan miss soru dan kehilangan pelanggan. Ini cara terbaik untuk mengajar mereka...


Adun Pinang Tunggal dedah saksi dimaki Bodoh; Babi oleh doktor rasis

Warga tua antara enam pesakit terima layanan kasar di Hospital Kepala Batas

Kepala Batas: “Temu janji saya untuk mendapatkan rawatan lambat lagi, tetapi anak saya nampak muka saya sudah lain dan perlu segera ke hospital. Tetapi bila pergi hospital, kena maki pula dengan doktor yang kata saya ini babi dan bodoh,” kata Hamid Salleh, 66.

Hamid adalah antara enam pesakit dari pekan ini yang mendakwa menerima layanan kasar dan tidak memuaskan, termasuk dicemuh dengan kata-kata kesat oleh doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas, baru-baru ini.

Tak patuh jadual rawatan 

Hamid mendakwa, ketika dia ingin mendapatkan rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan, seorang doktor mengeluarkan kata kesat iaitu ‘babi dan bodoh’ terhadapnya disebabkan tidak mengikut jadual rawatan yang betul.

“Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, dia (doktor itu) tidak patut berkata begitu. Apatah lagi, saya ini orang tua yang dia kena hormat. Jadi, saya minta perkara ini disiasat kerana ia bukan perkara remeh. Ia membabitkan maruah dan kerjaya yang dianggap mulia oleh masyarakat,” katanya pada sidang media di Penang Golf Resort, di sini, semalam.

Sidang media itu dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin, bagi menampilkan empat pesakit yang mengaku menerima layanan buruk daripada doktor di hospital kerajaan di negeri ini.

Selain Hamid, tiga lagi pesakit lain yang hadir semalam ialah Mariani Mansor, 22, Shahidah Saad, 27 dan Nor Zawani Zakaria, 28. 

Kehadiran mereka bagi membuktikan perkara yang dibangkitkan Roslan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini adalah benar.

Tiada etika kedoktoran

Roslan berkata, mereka adalah antara enam pengadu yang memaklumkan ada doktor yang tidak mematuhi etika kedoktoran kerana bertindak kasar dengan tidak memberi rawatan sewajarnya kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. 

Katanya, beliau mengetengahkan perkara berkenaan untuk perhatian wakil rakyat serta meminta Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan menyiasat perkara itu sama ada benar atau tidak.

“Beberapa pesakit menemui saya mengadu mengenai perkara ini dan saya mengambil kesempatan mengemukakan perkara ini pada sidang DUN untuk perhatian wakil rakyat, namun mendapat tentangan wakil rakyat pakatan pembangkang,” katanya.


No comments:

Post a Comment