Tuesday, July 16, 2013

Blogger porno pencen sound-sound orang..

Semalam ada seorang blogger pencen sound saya di Parlimen, "jaga sikit anak buah lu, jangan balun kuat sangat."

Halamak, ada juga manusia macam ni ka?

Pertama, faham semula artikel yang saya tulis - 


Sebelum ni mungkin mereka di bawah naungan UMB. Jadi mereka terikat dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Tetapi sekarang mereka semua blogger bebas. 

Terserah kepada mereka la untuk tulis apa pun. Seperti blogger pencen ini, mereka tidak terikat dengan sebarang peraturan dan garis panduan yang pernah saya tetapkan sebelum ini.

Blogger pencen ini pun tak balun orang sebab dah berbayar. Sebelum tu dia dan kumpulannya lah jaguh balun orang lain termasuk pemimpin UMNO. Sekarang pun masih ada yang secara berterusan membalun pemimpin agensi tertentu. Bila dah berbayar, terus tak balun pemimpin dan kementerian tertentu walaupun tak betul. 

Kedua, silakan lah sound `kawan-kawan' blogger anda tu sendiri. Kalau berani lah.....

Setahu saya lah, mereka ni musuh nyata blogger pencen ni dan bila-bila masa sahaja sanggup ke mahkamah untuk buat pengakuan bersumpah terhadap blogger pencen ni. Kalau rasa boleh sound mereka, silakan lah.

Saya tidak mahu campur hal ni. 

Saya sendiri mungkin akan jadi lebih kritikal jika tidak memegang jawatan sebagai Pengerusi UMB. Atas dasar menghormati jawatan, baik jawatan dalam parti mahupun jawatan dengan pemimpin tertentu, saya akan menggunakan saluran yang ada untuk menyampaikan pandangan. 

Itu pun jika saluran masih ada. Jika tidak ada saluran lagi untuk berjumpa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan para Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi sekalian, belum tentu saya tidak akan menggunakan apa sahaja saluran yang ada untuk menegur dan mengkritik mereka.

Sekarang siapa sahaja ahli UMNO boleh bertanding dan memegang jawatan dalam UMNO. Bertandinglah macam anak jantan dan jadi Exco Pemuda atau Ahli Majlis Tertinggi. Selepas itu pegang lah jentera parti dan baru lah anda faham macam mana terikatnya tangan anda.

Saya masih ingat lagi, dulu ada Menteri yang baru kena tegur sikit; bukan kena balun pun, tapi baru kena kritikan membina; dah berjela SMS hantar kepada pemimpin tertentu minta pemimpin tersebut tegur saya dan blogger dan cybertrooper UMB supaya tidak kritik dia.

Jawapan saya kepada pemimpin tersebut, "blogger-blogger ini bukan balun pun, mereka hanya beri kritikan membina. Jangan lupa, waktu Menteri ini dibalun oleh blogger dari kumpulan tertentu, blogger-blogger yang mengkritik Menteri ini lah yang mempertahankannya." Bagaimanapun, saya masih diminta untuk menegur dan menghalang blogger-blogger ini dan meminta maaf kepada Menteri tersebut.

Bagi saya, kalau anak jantan, ke hadapan lah. Kalau setakat nak buat duit untuk 5-10 orang blogger, tak payahlah. Kalau nak kepalai jentera tapi nak bersembunyi di belakang-belakang, dan takut pikul tanggung jawab bila berhadapan dengan kegagalan, itu pun tak payah lah. Itu semua khunsa.

No comments:

Post a Comment