Sunday, June 30, 2013

@ShenYeeAun - Anwar, komunis dan Red Bean Army #GilaKuasa


Modus operandi Red Bean Army - penyusupan, penipuan dan ugutan. Ada macam Parti komunis Malaya (PKM) tak bunyinya tu?


Pengganas Red Bean Army ugut bunuh, rogol gadis ini! #PRU13

Gambar-gambar propaganda bodoh Red Bean Army, tetapi yang bodoh tetap tertipu

Bean me up, Red Army


Hati Anwar dan RBA yang “Blackout"

Oleh Shen Yee Aun (SYA)
adalah Penganalisis Politik,
Presiden Pertubuhan Hak
Belia Malaysia, Pengasas
blog SYA For The Nation
Blackout 505

Nama gerakan ini mula timbul apabila pada 5 Mei 2013, pukul 11 malam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat Red Bean Army (RBA) untuk menyebarkan gambar blackout dan mendakwa bahawa kawasan di Bentong, Lembah Pantai dan Gelang Patah telah berlaku penipuan daripada pihak SPR untuk mewujudkan blackout di kawasan mereka demi memanipulasi keputusan PRU-13.

Sebuah video lakonan bertajuk magical blackout dilakonkan untuk menggambarkan berlakunya isu blackout pada pukul 11.30 malam. Persoalannya, bagaimana sebuah video boleh siap lengkap dengan skrip, lakonan, latar belakang dan di edit serta boleh dimuat turun hanya dalam jangka masa setengah jam?

Adakah isu blackout ini telah dirancang lebih awal atau sebenarnya satu kebetulan kerana mampu disiapkan kurang daripada 30 minit ? Kalau benar sekalipun isu ini adalah magical blackout, maka sebenarnya Anwar dan RBA yang magical blackout. Mereka merupakan ahli magis yang mampu untuk menjadikan perkara yang palsu kelihatan seolah-olah benar.

Sekiranya kita analisis ketiga-tiga kawasan yang dituduh berlakunya blackout maka Pakatan Rakyat sebenarnya menang di Lembah Pantai dan Gelang Patah dengan undi yang selesa. Di Bentong pula dua ahli calon DAP yang bertanding di kawasan tersebut iaitu Wong Tack dan Lee Chin Chen sudah tampil ke hadapan menjelaskan tidak berlakunya sebarang kejadian blackout di Bentong.

Gambar yang disebarkan di Internet pula merupakan gambar yang memiliki logo Pas dan ketiga-tiga kawasan yang didakwa Red Bean Army, merupakan kawasan yang tidak ditandingi Pas.

Oleh itu, dalam isu blackout apakah Anwar atau calon DAP bertanding di Bentong yang sebenarnya menipu?

Dakwaan pukul tujuh malam Pakatan Rakyat Menang

Seawal jam tujuh malam Anwar sudah menyebarkan kononnya Pakatan Rakyat sudah menang dan keadaan ini membuktikan Anwar sememangnya ahli magis yang hebat tetapi sebenarnya lebih daripada 50 peratus kerusi yang ditandingi masih belum lagi habis pengundian. Anwar boleh pula mengatakan Pakatan Rakyat sudah menang. Keputusan rasmi sekitar jam 12.30 malam iaitu hampir berbeza lima jam daripada dakwaan Anwar.

Isu undi popular

Sejak bila sistem pilihan raya dan demokrasi di Malaysia adalah berlandaskan kepada sistem undi popular? Sistem ini adalah yang sama digunakan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Sistem pemilihan DAP juga tidak mengamalkan undi popular. (Lim Guan Eng tidak pernah mendapat ranking tertinggi dalam DAP). Sekiranya benar isu undi popular adalah suara demokrasi sebenar maka DAP perlu terlebih dahulu merombak sistem demokrasi mereka terlebih dahulu.

Kalau benar sekalipun hendak mengambil kira aspek sistem popular maka UMNO merupakan sebuah parti yang mendapat undi popular tertinggi dengan 29 peratus atau 3,241,286 dan memenangi 88 kerusi Parlimen berbanding dengan DAP di tempat kedua yang jauh ketinggalan dengan 15.7 peratus atau 1,736, 000 undi popular dan 38 kerusi Parlimen. BN juga memenangi undi popular di sembilan buah negeri di seluruh Malaysia .

Jika Anwar mahu menimbulkan isu undi popular maka beliau seharusnya mempersoalkan sistem pemilihan DAP dahulu termasuk mempersoalkan status Guan Eng dan Karpal Singh sebagai Setiausaha Agung dan Pengerusi DAP yang tidak mendapat undi tertinggi dalam pemilihan DAP lepas.

Isu campur tangan kotak undi

Kita jangan lupa bahawa terdapat 222 ejen yang dilantik sendiri oleh Anwar dan Pakatan Rakyat di setiap kawasan yang ditandingi. Ejen Pakatan Rakyat sendiri yang menandatangani boring yang disediakan oleh SPR sebelum sebarang keputusan rasmi boleh diumumkan.

Sekiranya benar terdapat penipuan dalam isu kotak undi, maka Anwar dicabar terlebih dahulu membuat laporan polis dan mendakwa ejen yang mereka lantik terlebih dahulu.

Anwar sekali lagi seorang ahli magis yang hebat apabila 222 calon yang dilantik Pakatan Rakyat di setiap tempat dan lebih mengetahui proses pengundian di kawasan mereka, telah disangkal oleh Anwar sendiri yang seolah-olah mampu berada di 222 tempat pada masa yang sama.

Isu pengundi Bangladesh

Menurut Anwar terdapat 40,000 pengundi Bangladesh yang diterbangkan Air Asia selama seminggu dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk menjadi pengundi hantu Barisan Nasional (BN).

Secara logiknya, sesebuah karpal terbang hanya mampu menampung 200 orang dalam sebuah kapal terbang. Demi menerbangkan 40,000 warga Bangladesh, kita memerlukan 2,000 karpal terbang dan bagaimana boleh berlaku 2,000 penerbangan dalam jangka masa seminggu?

Syarikat penerbangan mana di dunia ini yang mampu melakukannya? Jet peribadi yang Anwar gunakan untuk terbang ke Sabah suatu ketika dahulu juga tidak akan sesekali mampu untuk melakukan sedemikian. Oleh itu, Anwar dan Ambiga pada hari ini masih gagal untuk menerima cabaran yang dilontarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandez untuk menunjukkan bukti wujudnya kebenaran dalam isu pengundi Bangladesh yang didakwa oleh mereka.

Gambar palsu yang disebarkan di Internet juga memiliki kurang daripada 100 orang. Permainan politik Anwar dan RBA yang tidak berperikemanusiaan telah mengakibatkan ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa menjadi mangsa. Tujuh rakyat Malaysia di Kuala Terengganu cedera parah dan tidak dibenarkan mengundi hanya kerana penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat merasakan mereka adalah warga Bangladesh hanya kerana mereka berkulit hitam.

Chua Lai Fatt merupakan seorang bangsa India yang dibesarkan oleh keluarga Cina juga menjadi sasaran RBA untuk menuduh seolah-olah BN dan SPR menggunakan khidmatnya sebagai pengundi hantu. Menurut blogger Afiq KL Town dan dilaporkan oleh wartawan Free Malaysia Today, Lisa J. Ariffin beberapa bas yang dikatakan mengangkat pengundi Bangladesh di negeri Selangor adalah diupah oleh Pakatan Rakyat sendiri. Permainan politik tanpa batasan ini akhirnya menyebabkan ramai warga Bangladesh dan rakyat Malaysia cedera parah diserang oleh penyokong Pakatan Rakyat pada tarikh 5 Mei 2013 seolah-olah mereka yang didakwa dan dipukul itu bukan manusia.

Isu ini juga telah disahkan oleh Kedutaan Bangladesh di Malaysia apabila dutanya tampil menyatakan bahawa Bangladesh tidak terlibat dapat proses pilihan raya di Malaysia.

Isu ini dilihat terlalu bersifat perkauman kerana mempolitikkan mereka yang berkulit hitam. Strategis DAP, Ong Kian Ming akhirnya tampil memohon maaf terhadap Chua Lai Fatt dalam isu fitnah pengundi Bangladesh yang diwujudkan Anwar dan Red Bean Army. Sekiranya Kian Ming ikhlas meminta maaf maka beliau seharusnya mempersoalkan tindakan politik jijik yang disebarkan oleh RBA dan Anwar.

Pengesahan kemenangan BN pada PRU-13

Azmin Ali suruh Anwar terima keputusan PRU-13.

Timbalan Presiden PKR itu menyatakan panggilan reformasi perlu bermula dari diri sendiri. “Gagal ke Putrajaya, salah siapa. Tunggu penjelasan tidak lama lagi," kata dalam dalam Twitternya.

Beliau turut menyatakan bahawa rakyat semakin bosan dengan politik yang keterlaluan. “Terima kekalahan dan fahami kelemahan diri. Perlu bergerak ke hadapan dan terima keputusan yang telah diberikan rakyat.

Presiden DAP Karpal Singh iktiraf keputusan PRU ke-13

Karpal Singh telah menyatakan partinya telah berpuas hati dengan prestasi mereka dalam PRU-13 serta berjaya memenangi 38 kerusi Parlimen.

“Prestasi DAP begitu baik dalam PRU-13 terutama di Gelang Patah yang kami tidak jangka akan menang".

Mustaffa Ali hormat keputusan PRU-13

Setiausaha Agung Pas ini menyatakan parti itu menerima keputusan dan melihat kita menang di sesetengah kawasan dan kalah di sesetengah kawasan.

“Realitinya kerajaan sekarang tertubuh kerana memenangi pilihan raya. Keputusan adalah adil dan kami menerima keputusan rakyat".

AS iktiraf PRU-13

AS dalam satu kenyataan melaporkan mengiktiraf keputusan PRU-13 dan menyatakan pilihan raya tersebut sebagai paling kompetitif dalam sejarah negara-negara di Asia Tenggara walaupun pihak pembangkang mengatakan berlaku penipuan. Malah dalam satu kenyataan, pihak AS kini melihat untuk menjalin kerjasama erat dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemantau Antarabangsa iktiraf PRU-13 telus dan bersih

Timbalan Pengerusi Pilihan Raya Kebangsaan Kemboja, Dr. Sin Chum Bo menyatakan pilihan raya kali ini berlaku dalam keadaan selamat, telus dan adil dan semua pemantau yang bertugas melihat ia berjalan tanpa sebarang masalah dan keraguan. Beliau merupakan antara 19 delegasi dari ASEAN yang terlibat dalam pemantauan ketika pilihan raya berlangsung.

Malah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Husni Kamil Manik menyatakan langkah SPR memberi lebih ruang kepada pemantau antarabangsa telah berjaya meningkatkan kualiti pilihan raya kali ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130630/re_08/Hati-Anwar-dan-RBA-yang-Blackout#ixzz2Xg2xKcXU 
© Utusan Melayu (M) Bhd 





No comments:

Post a Comment