Tuesday, January 3, 2012

Bomoh hebat pulihkan rusuk Safwan yang patah dalam masa 2 hari?


Tulang rusuk patah boleh keluar dalam sehari dua? Tulang buku lali saya retak 
masa pertandingan karate dulu pun tak boleh senyum seminggu.



Laporan Doktor Perubatan : Kecederaan Sebenar Yang Dialami Oleh Safwan Anang Semasa Rusuhan UPSI...
http://umb-ppum.blogspot.com/2012/01/laporan-doktor-perubatan-kecederaan.html


HarakahDaily, lidah rasmi PAS yang terkenal dengan pembohongan dan penjualan yang semakin merudum kerana kredibiliti yang semakin teruk telah melaporkan bahawa salah seorang daripada perusuh haram di UPSI telah patah tulang rusuk dan patah gigi geraham.

Mari kita perhatikan foto perusuh haram tersebut (di atas) yang sedang didekati oleh oportunis murahan N.Surendran, Naib Presiden PKR.

Dan kita perbesarkan foto tersebut seperti di bawah.

Ada yang tidak kena dengan diagnosis 'patang tulang rusuk dan patah geraham' oleh lidah rasmi pembohong PAS itu dengan simptom dan kesantaian yang ditunjukkan oleh perusuh haram bernama Safwan Anang itu.


Kepada sesiapa yang pernah mengalami 'patah tulang rusuk', anda tentu tahu betapa seksanya anda untuk bergerak, bernafas dan lebih-lebih lagi mengangkat tangan seperti foto di atas!


baca diagnosis penuh Dr MIM tentang sakit Safwan di
http://novandri.blogspot.com/2012/01/laporan-doktor-perubatan-kecederaan.html




2 comments:

  1. siapa dukun tu bro?

    aku rasa manchester united, chelsea, liverpool atau setidak-tidaknya FAM sedia offer gaji lumayan kat dia!

    ReplyDelete