Alhamdulillah, Afdlin Shauki dan harun Salim Bachik memilih UMNO sebagai wadah perjuangan bagi menarik lebih ramai golongan belia menyertai UMNO. Sekaligus ini menunjukkan sokongan golongan artis dan golongan muda terhadap perjuangan UMNO dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara serta pendekatan moderat atau wasatiyyah UMNO di dalam membangunkan negara.
Ini berbeza dengan pendekatan parti pembangkang tertentu yang menganggap golongan artis sebagai golongan yang berdosa dan pelaku maksiat. Di kalangan pemimpin dan ustaz mereka, sehingga hari ini masih menghukum hiburan sebagai dosa. Malah sebelum ini puak yang sama menghukum dan menghina bermain alat muzik bertali seperti gitar sebagai pelaku dosa, sehinggalah mereka sedar mereka hanya menghukum mengikut nafsu kerana kurang memahami Islam itu sendiri.
Tidak syak lagi, pendekatan dan kefahaman ekstrem parti pembangkang ini telah menyebabkan golongan artis sentiasa menjadi bahan kutukan di kalangan penyokong mereka selama ini. Pada pandangan penyokong parti ini, mereka sahajalah yang paling Islamik sehingga hanya mereka sahaja yang layak ke syurga dan tempat orang yang bukan di dalam parti mereka adalah di neraka.
Tanda Sokongan Kepada PM... Dua Anggota 'BOBOI' Sertai UMNOQ
at 7:38 PM
KUALA LUMPUR: Dua anggota kumpulan Boboi daripada program Maharaja Lawak Mega (MLM) iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik dengan rasminya menjadi ahli Umno apabila mereka menyerahkan borong keahlian pertubuhan itu pada Selasa.
Kedua-dua pelawak berkenaan menyerahkan borang kepada Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Abd Rauf Jusoh di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Afdlin ketika ditemui berkata, dia menganggotai Umno dalam usaha menarik lebih ramai golongan belia untuk menyertai parti itu.
Katanya, dia sendiri sudah lama menjadi pemerhati terhadap pertubuhan politik dan meletakkan keyakinan tinggi kepada Umno terutamanya di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sejak mula mengundi saya telah mengikut semua perjalanan Umno dan cukup mengagumi semua tokoh-tokoh yang telah membangunkan negara.
"Penyertaan saya ini adalah sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri dan berharap dapat menarik lebih banyak golongan muda dan peminat menyertai Umno," ujarnya.
Dalam pada itu, Afdlin berkata, wakil daripada golongan artis dalam sesebuah parti politik memainkan peranan penting kerana sedikit sebanyak ia dapat mempengaruhi dan sekali gus menaikkan imej sesebuah parti itu.
"Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sendiri menggunakan golongan artis untuk membantu meningkatkan imejnya selain bertujuan memancing undi. Ternyata strategi itu berjaya.
"Penyertaan kami juga diharap dapat membuka hati peminat-peminat kami yang menyokong parti lain supaya mengikut jejak langkah kami menyertai Umno," ujarnya.
Sementara itu, mengulas penglibatan sebagai ahli baru pertubuhan itu, Harun berkata, dia tidak berfikir panjang mengenai perkara tersebut kerana ia adalah keputusan bijak dan tepat.
Kedudukannya sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kata Harun dan penglibatan dalam Umno juga dilihat dapat memberi kelebihan kepada industri seni kerana ia dapat membantu golongan artis pada masa hadapan.
"Penyertaan ini bukan bersifat peribadi atau kerana gilakan pangkat tetapi lebih kepada kami memainkan peranan sebagai seorang selebriti yang dilihat dapat menarik golongan muda menyertai Umno."Malah saya sendiri sebagai Presiden Seniman dapat menggalakkan lebih ramai penggiat seni mengikut jejak saya," ujarnya.
Afdlin dan Harun masing-masing menjadi ahli Umno bagi cawangan Dataran Merdeka, bahagian Bukit Bintang sebagai ahli biasa.
Dalam perkembangan lain, Abd Rauf berkata, kemasukan kedua-dua pelakon dan pelawak itu bukan sekadar perhiasan dalam parti itu sebaliknya dapat mendukung wawasan parti berkenaan supaya dapat dijadikan contoh kepada golongan belia di negara ini.
Katanya, suara golongan artis yang sering dekat dengan peminat dilihat dapat memainkan peranan baik dalam menyampaikan misi dan visi parti itu.
Dipetik dari blog Semut Hitam :
ReplyDeleteSalam Semut Hitam,
Saya ingin merujuk kepada kenyataan anda yang di bawah ini :
"Soalan yang lebih mudah, kenapa Si Ketua Penipu tu tak mansuhkan AUKU semasa dia jadi Menteri Pelajaran dulu? Kenapa baru sekarang nak dibebaskan?
Dia bukan sahaja tidak memansuhkan AUKU pada ketika itu. Sebaliknya, dia memperkuatkuasakan lagi akta tersebut."
Saya adalah seorang mahasiswa di UTM Kampus Jalan Semarak bermula pada 1985 - 1990. Semasa di Tahun 2, Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. Pada ketika itu, penuntut UTM sudah mula diresapi dengan fahaman politik PAS yang bergerak senyap-senyap. Namun sebaik sahaja Anwar mula berkuasa sebagai Menteri Pelajaran (yg kuasanya turut melibatkan semua universiti yg ada), pelajar-pelajar yang condong kepada PAS ini sudah mula bangkit terang-terangan menentang Menteri yg baru dilantik ini dan juga AUKU.
Maka terjadilah satu demontrasi kecil yang telah berlaku di dalam kampus.Saya lupa tarikhnya tapi di antara 1986 dan 1987. memang demontrasi itu gagal tetapi sebahagian kecil pemimpinnya telah diheret ke Majlis Tatatertib UTM. Ada yang dibuang universiti dan ada juga yang digantung pengajian.
Apa yang ingin saya nyatakan di sini, Anwar itu sendiri pernah menghukum pelajar dengan memberhentikan pelajar dari universiti, termasuk kes yang saya saksikan di UTM itu. Dia sendiri bertindak dengan kuasa kukubesinya untuk menghukum mahasiswa yang ingin mempertikaikan kewujudan AUKU. Dan seperti yang dinyatakan, AUKU itu sendiri diwujudkan untuk menyekat sikap memberontak beliau semasa di UM.
Jadi, saya amat berharap,carilah bekas mahasiswa buangan ini dan tampilkan mereka ke khayalak ramai. Mari kita buktikan kepada mahasiswa hari ini bahawa Anwar sendiri begitu kejam terhadap mahasiswa semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dulu.
Sejarah silam sepatutnya mengajar kita dengan apa yang terjadi pada hari ini. Bukakanlah pekung Si Penipu ini,biar mahasiswa hari ini tahu siapa Anwar Ibrahim sebenarnya
Macam mana kita nak perjuangkan Islam kalau pemimpin sendiri pun bukan orang yang memegang agama Islam sepenuhnya? Dan saya Parti pembangkang tak mengecop artis ini jahat artis itu jahat. Terima sahaja sesiapa sahaja (termasuk artis) asalkan mereka mahu menerima Islam.
ReplyDeleteah.. blog xguna... malas nak baca. LOL
ReplyDeletemalas membaca tu punca awak kena tipu dengan pemimpin pembangkang dan puak Pas. Pas memang ekstrem dan suka hukum orang lain macam-macam. golongan artis tidak terkecuali.
ReplyDelete