[Nota: Sepatutnya tidak ada lagi isu seperti isu bonus pada tahun PRU 2008. Kerajaan wajar pastikan mereka yang berstatus kontrak ini terbela. Jika kita boleh membayar gaji yang mahal kepada expatriates, rakyat tidak nampak sebab mengapa kerajaan tidak boleh mengurangkan jumlah expatriates yang digajikan untuk memastikan anak tempatan terbela.]
CUEPACS beri jaminan perjuangkan nasib pekerja kontrak
TEMERLOH: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memberi jaminan akan terus memperjuangkan nasib kira-kira 20,000 penjawat awam berstatus kontrak yang berkemungkinan kehilangan pekerjaan awal Januari depan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas pengumuman Belanjawan 2012 lalu dan berharap kerajaan akan menyambung kontrak dua atau tiga tahun lagi kepada penjawat awam terbabit.
"Pada masa yang sama CUEPACS akan berusaha bertemu dengan pihak tertentu seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mencari mekanisme terbaik berhubung isu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Pahang Bersama Cuepacs di sini, hari ini.
Omar berkata, penjawat awam berstatus kontrak itu akan tamat kontrak mereka pada 31 Disember ini dan berhadapan dengan kemungkinan kontrak mereka tidak disambung.
"Isu ini sering dibangkit setiap kali perjumpaan dengan penjawat awam yang meminta Cuepacs berperanan membantu mereka yang akan kehilangan pekerjaan walaupun ada yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun," katanya.
Sementara itu, Omar berkata, kira-kira 1.4 juta penjawat awam bakal menikmati pelbagai faedah dan insentif menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.
"Ia selaras dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjut sehingga usia 60 tahun," katanya.
Beliau berkata, sebagai persediaan penjawat awam perlu bersedia dari segi minda dan fizikal serta sanggup menerima perkembangan teknologi selari dengan perubahan umur bersara pada usia 60 tahun. - BERNAMA
tun faisal, sy nie dah ditamatkan perkhidmatan (kontrak) pada 30/11/2010. atas sebab pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Bantulah saya dan kawan2 yang dah tentu sudah ditamatkan kontrak tahun lepas. berilah kami peluang untuk terus berkhidmat. kerana pengalaman kami yang sudah matang dengan kerja yang kami lakukan. boleh rujuk ke Majlis Peperiksaan Malaysia, kakitangan yang telah ditamatkan kontrak. Seluruh Malaysia. Jabatan Pelajaran Negeri pun ada maklumat kami semua. Bantu kami juga ya.
ReplyDeleteInsyaallah, kita akan cuba bantu sedaya upaya.
ReplyDeletehari semakin dekat (31/12/2011) status kami pun masih lagi tidak terjawab "ohh pekerja KONTRAK"..kerajaan buat la sesuatu.mungkin kami orang yg tidak berpengaruh tetapi kami pun manusia yang memerlukan belas ihsan dari orang yang memerintah."semoga ALLAH s.w.t memberkati usaha kalian didalam membela nasib kami"
ReplyDelete