Thursday, October 6, 2011

Akhbar Cina - Kabinet bayangan PR ada tiga Perdana Menteri, lima Timbalan Perdana Menteri?


[Nota: Adunan Pas + Pkr + Dap = timebomb. Hanya orang gila sahaja fikir adunan ini adalah adunan yang selamat untuk Malaysia. Adunan Pas + Pkr + Dap terdiri dari tiga puak yang ekstrem dengan cita-cita berbeza. Sedangkan BN adalah terdiri dari adunan parti-parti komponen yang moderat. Lihat sahaja dalam kes kabinet bayangan. Sehingga hari ini, ia masih tidak dapat diputuskan. Maka mengikut akhbar Cina ini, Perdana Menteri bayangan ada 3 orang. Berapa orang pula Timbalan Perdana Menteri? TPM - TPM DAP, TPM PAS, TPM Sabah dan TPM Sarawak? 5 orang TPM juga tu, gila meriah!]


China press
Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat?
Dalam negeri m/s A15
4 Oktober 2011

Lim Kit Siang, Hadi Awang Dan Anwar Ibrahim Adalah Perdana Menteri Bayangan: Fong Kui Lun

3hb Kuala Lumpur, Bendahari DAP Fong Kui Lun berkata, pemimpin DAP di Parlimen Lim Kit Siang, pengerusi Parti Islam Datuk Seri Hadi Awang dan Pemimpin Umum PKR adalah “perdana menteri bayangan”.

Beliau berkata jika pada PRU akan datang Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat, siapakah yang akan jadi perdana menteri, ia akan ditentukan kelak.

Fong Kui Lun juga ahli parllimen Bukit Bintang hari ini semasa di ruang legar Dewan Rakyat berkata demikian kepada pemberita, memberitahu Pakatan Rakyat secara keseluruhannya telah mempunyai barisan “perdana menteri bayangan”, ketiga-tiga parti akan mengawasi satu kementerian bersama.

Kabinet Bayangan Sudah Lama Wujud

Beliau berkata setiap ahli parlimen parti seperti DAP, Parti Islam dan PKR telah mempunyai organisasi kumpulan kecil untuk mengawasi jabatan kebinet, selepas ini jika dapat memerintah kerajaan pusat, menteri akan dipilih salah satu daripada 3 calon-calon ahli parlimen dalam parti.

Fong Kui Lun memberi contoh, gandingan beliau dengan ahli parlimen parti Islam Kota Bahru Dato Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah dan ahli parlimen PKR Manikavasagam a/l Sundaram bertanggungjawab di bahagian kementerian pelancongan dalam bayangan kebinet Pakatan Rakyat.

Apabila timbul tentang isu pelancongan kami bertiga akan diutamakan untuk bersuara, setakat ini kabinet bayangan PKR telah pun wujud.

Selain dari itu ahli parlimen Beruas Ngeh Koo Ham merangkap pengerusi DAP negeri Perak menegaskan, kabinet bayangan Pakatan Rakyat sudah lama wujud, hanya tidak diumumkan pada pihak luar.

Ngeh Koo Ham berkata, beliau sendiri telah dilantik untuk tangani isu-isu di kementerian Jabatan Perdana Menteri, dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee sebagai kabinet “bayangan” menteri pengajian tinggi.

No comments:

Post a Comment