Friday, October 7, 2011

Akhbar Cina: Bajet Alternatif PR, bajet Penipu Rakyat? #bajet2012


[Nota: Walaupun akhbar Cina sering kali menyokong pembangkang, namun dalam hal bajet mereka sudah menjadi ragu-ragu. Akhbar ini menyebut bahawa "Tetapi bajet Pakatan Rakyat secara amnya tidak menunjukan ia mampu dilaksanakan." Akhbar Cina tidak dapat menyembunyikan kebimbangan terhadap bajet `pilihan raya' PR; bajet yang dirangka untuk mencari undi, bukan bajet berdasarkan realiti semasa di dalam negara.

Akhbar Cina ini pastinya telah melihat bagaimana janji `memberi air 20 meter padu percuma atau `subsidi' sebanyak RM 11.40 sebulan' sedang memakan diri. (Nilai sebenar yang dijanjikan PR sebenarnya bukan 20 liter padu tetapi 25 liter padu bernilai RM25 - lihat video janji PR oleh Hassan Ali di bawah.)




Hari ini kerajaan negeri terpaksa menanggung RM200 juta setahun akibat subsidi air ini. Kebimbangan ini jelas, bila akhbar ini menyebut yang apa yang diberi initidak boleh ditarik selama-lamanya;`PR berjanji mahu ringankan beban dan mahu memberi wang subsidi kepada guru-guru, orang-orang tua, suri rumah dan keluarga miskin, dijangka akan membelanjakan wang sebanyak 4.4 billion ringgit, jika ia dilancarkan sudah tentu tidak boleh ditarik balik selamanya.'

Mungkin kerana inilah banyak janji-janji Pilihan Raya 2008 PR masih tidak lagi tertunai, misalnya, seperti yang disebut oleh Dr Mohamad Khir Toyo di dalam blognya:
a. Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
b. Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
c. menurunkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis perniagaan sebanyak 10%
d. Perkhidmatan kesihatan percuma kepada warga emas di Selangor
e. Janji elaun RM 650 sebulan kepada ibu Tunggal

Pada waktu yang sama, akhbar Cina ini juga tidak yakin akan keupayaan PR menjana pendapatan negara. Mereka yakin kebimbangan mereka ini berasas kerana walaupun selepas melantik seorang Penasihat RM1 (Punahsihat?), tidak banyak idea transformasi ekonomi yang dilaksanakan di negeri-negeri PR melainkan menumpang limpahan kejayaan kerajaan negeri BN sebelum ini. Baca paragraf 7 dan 8 artikel akhbar ini untuk memahami sebabnya.

Memang syok buat janji nak bagi itu dan bagi ini. Lebih-lebih lagi janji-janji ini bukan untuk ditunaikan. Apakah dasar PR sebenarnya? Dulu ingin menghapuskan mentaliti subsidi, sekarang ingin memupuk mentaliti subsidi pula? Jelas Bajet Alternatif bukan bajet yang bertanggung jawab; ia tidak bertujuan untuk membawa kebaikan kepada negara, tetapi lebih bertujuan untuk memenangi PRU13. ]


Kelebihan Bajet Kewangan Bayangan
Lim Swee Guan
Timbalan Editor

Sinchew Daily News
Ruangan Pendapat ms 34
6 Oktober 2011


Walau pun Pakatan Rakyat telah umumkan bajet kewangan tahun 2012 dikatakan sebuah bajet yang tidak mungkin boleh direalisasikan, tetapi jika Pakatan Rakyat dapat memerintah pusat, pasti bajet bayangan ini akan dilaksanakan, sebab itu ia ada nilai-nilai untuk dikaji dan diselidiki, dan seterusnya menjadi bahan rujukan kepada bajet kerajaan BN.

Kita dapat lihat bahawa Pakatan Rakyat begitu perihatin dan bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bajet kewangan negara, meliputi bajet-bajet kewangan yang begitu meluas termasuk perumahan, pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, pembangunan belia, perlaksanaan perubahan politik dan sebagainya. Tetapi bajet Pakatan Rakyat secara amnya tidak menunjukan ia mampu dilaksanakan.

Pakatan Rakyat bangkitkan perbelanjaan yang sebenarnya, terutama sekali hutang negara yang semakin meningkat; mahu kurangkan perbelanjaan menteri di Jabatan Perdana Menteri sebanyak 10 billion ringgit, boleh alihkan perbelanjaan tersebut di sektor-sektor yang lebih memerlukannya, contohnya seperti di sektor pendidikan. Tetapi Pakatan Rakyat tidak tunjukkan di Jabatan manakah perbelanjaan besar telah dibelalanjakan oleh kementerian tersebut? Dan di bahagian mana pula perbelanjaan di kementerian itu yang boleh dijimatkan?

Pakatan Rakyat berjanji bahawa perubahan politik yang akan dilaksanakan itu akan disesuaikan dengan keadaan semasa dan zaman, termasuk memansuhkan akta ISA, Akta Media dan Cetak, akta Rahsia kerajaan dan Akta Pelajar, mahu melakar “undang-undang demokrasi”: tingkatkan jawatankuasa parlimen dan pembentukan jawatankuasa menteri di Jabatan Perdana Menteri, tambah jabatan biro pengaduan awam, dan ubah akta pilihan raya tahun 2011, menghalang daripada dimonopoli.

Dari segi keseimbangan sumber pendapatan, cara Pakatan Rakyat tidak menunjukkan kepelbagaian di situ. Perbelanjaan bajet kewangan perbelanjaan sebanyak 220 billion ringgit Pakatan Rakyat, lebih rendah 14 bilion daripada perbelanjaan simpanan negara, difisit daripada 6 pratus dapat dikurangkan sebanyak 4.4 peratus.

Kenapa Pakatan Rakyat laungkan berjimat berberlanja, adakah pendapatan masih tidak dapat imbangi perbelanjaan? Rupa-rupanya disebabkan pembahagian duit gula-gula Pakatan Rakyat bertambah dan mungkin tidak dapat kawal perbalanjaan tersebut.

Cara Pakatan Rakyat mahu tingkatkan pendapatan simpanan negara, mereka cuba lelong AP kenderaan, akan mendapat pulanan sebanyak 1.2 billion ringgit; laksanakan tender secara terbuka, rombak semula perbelanjaan di kementerian pertahanan serta semak semula perjanjian-perjanjian ketenteraan, cuba pungut semula hutang-hutang kerajaan yang tertangguh, dan pulihkan semula cukai kepada barang-barang mewah.

Pakatan Rakyat tidak yakin dapat tarik pelabur asing, keuntungan dari perdagangan boleh menambahkan pengeluaran produk-produk dan boleh tingkatkan pendapatan, ini adalah satu jaluran yang tidak dapat berlaku secara beterusan dalam kewangan negara, kita pula jangan terlupa, selepas kemerosotan ekonomi secara global, harga minyak melambung, kenapa kita boleh dapat keuntungan dari Petronas sebanyak 26 billion ringgit?

Pada masa sama sudah tentu beban Pakatan Rakyat semakin berat, termasuk janji-janji manis mahu tingkatkan gaji minima sebanyak 1,100 ringgit, supaya 300 ribu kakitangan awam dapat manfaatnya. Pakatan Rakyat mengikiraf bahawa jentera kakitangan awam begitu ramai, dan Pakatan Rakyat tidak berniat untuk kurangkan bilangan itu.

Penggajian kakitangan awam, wang pencen dan wang saraan menduduki 35.6 peratus perbelanjaan kakitangan awaam, selepas kenaikan gaji pasti perbelanjaan itu akan meningkat tinggi.

Pakatan Rakyat berjanji mahu ringankan beban dan mahu memberi wang subsidi kepada guru-guru, orang-orang tua, suri rumah dan keluarga miskin, dijangka akan membelanjakan wang sebanyak 4.4 billion ringgit, jika ia dilancarkan sudah tentu tidak boleh ditarik balik selamanya.

Fikiran orang ramai mungkin boleh menjadi pudar, meraka anggap berjimat berbelanja dan hapuskan rasuah, wang yang dijimatkan itu boleh diberi kepada rakyat, mungkin dianggap wang itu ada berlebihan.

Wang yang hasil dari penjimatan itu, mungkin transaksinya “pendapatan” hanya satu kali sahaja, tetapi sebaliknya pemberian duit kepada orang ramai perlu berpanjangan tidak akan putus-putus; jika ada berlebihan duit dalam kewangan baru boleh beri duit kepada rakyat, jika tidak rakyat akan bertindak balas kerana mengharap dan kedahagaan duit.

Pakatan Rakyat mahupun kerajaan BN perlu melihat keadaan lingkaran luar yang semakin memburuk itu, ada sedikit belanja sedikit, barulah dikatakan tindakan yang bijak dan bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment