KENYATAAN BERSAMAMAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
28 September 2011
Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.
PakatanRakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.
Mesyuaratjuga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyatsebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.
Mesyuaratjuga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen JenayahSyariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirianoleh DAP dalam perkara ini.
Mesyuarat PakatanRakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainanpolitik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilaisuasana ini.
Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU)ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telahdirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.
YBDATO SERI ANWAR IBRAHIM YBTUAN LIM KIT SIANG YBDATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG
Isu Hudud: Akhirnya kebenaran terpancar jua...!
ReplyDeletePerjuangan PAS sememangnya tersasar jauh!
Keberanian PAS hancur dalam PR terutamanya bila berhadapan dengan DAP! Segala keputusan mesyuarah dalam PR mestilah mengikut kehendak DAP!
Mana wajah kepimpinan PAS? sedangkan penyokong dan pengundi PAS mahukan PAS yang gagah dan berani dan bukannya sebagai pengecut dalam gabungan PR.
Berjuanglah kerana Islam dan negaramu bukannya setakat slogan menawan Putrajaya sahaja...!
TAKPA.. KITA TAWAN DULU PUTRAJAYA.. NANTI PAS NAK WAT HUDUD MP AUMNO KENA SOKONG LA..
ReplyDeletePUU MASIH BERMIMPI DAN TERUS MEMASANG ANGAN2...SEBELUM MENAWAN PUTRAJAYA PUN PAS SUDAH DI PERBODOHKAN DAP INI KAN PULA APABILA MEREKA SUDAH MENDAPAT KUASA..UMNO TIDAK PERNAH MENENTANG HUKUM HUDUD CUMA MASIH BELUM ADA SATU DRAF HUDUD YG BENAR2 DAPAT DITERIMA SEMUA KAUM MAJMUK DIMALAYSIA.
ReplyDelete