Thursday, September 29, 2011

Hudud: Kenyataan bersama PR; Nik Aziz tewas, bukti Pas #balaciSosialis


[Nota: Hakikatnya Pas hanya balaci dalam Pakatan Pembangkang. Akhirnya yang tertegak nanti bukan negara Islam yang dicita-citakan, sebaliknya Negara Sosialis. Tahniah kepada pemimpin dan penyokong Pas. Mungkin elok anda kafirkan diri sendiri dan keluarga anda sekarang.]



Hukum hudud is not Pakatan Rakyat agenda

http://blog.limkitsiang.com/2011/09/29/hukum-hudud-is-not-pakatan-rakyat-agenda/

KENYATAAN BERSAMAMAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
28 September 2011

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

PakatanRakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuaratjuga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyatsebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuaratjuga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen JenayahSyariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirianoleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat PakatanRakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainanpolitik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilaisuasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU)ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telahdirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

YBDATO SERI ANWAR IBRAHIM YBTUAN LIM KIT SIANG YBDATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG

2 comments:

  1. lagu salah pilih kuasa ni,bole hit ni,grenti carta top 5,bravo..

    ReplyDelete