Sunday, August 14, 2011

#PenipuRakyat Tony Pua kroni Berjaya, makan hasil hand-out?



Dipetik dari blog STOP The Lies


Tony Pua : Saya Akan Saman Kamu!



Tony Pua telah mengancam untuk menyaman kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Nazri Aziz dan ramai lagi disebabkan oleh kes berkaitan Tajuddin Ramli.

Pada pendapat kami di stopthelies.my, Tony merupakan orang yang terbaik untuk memimpin pendakwaan tersebut untuk PR di mahkamah semasa tindakan undang-undang diambil nanti.

Kami mengatakan ini BUKAN kerana beliau merupakan pakar ekonomi dakwaan sendiri atau kerana dia merupakan ahli politik didikan Oxford.

Kami mengatakan ini kerana dalam kerjaya yang singkat sebagai seorang ahli perniagaan, Tony telah berulang kali diheret ke dalam dan ke luar mahkamah oleh pemiutang dan pelanggan-pelanggannya. Sebagai balasan dia pula telah mengheret mereka ke dalam dan ke luar mahkamah dengan saman balas dan memufliskan mereka. Dalam erti kata lain, Tony adalah seorang pakar dalam bidang guaman perniagaan dan tahu bagaimana untuk menyembunyikan kelemahannya dengan menggunakan undang-undang.

Perniagaan usahasamanya, Cyber Village yang didakwa sebagai tempat yang membolehkan dia membuat pendapatan jutaan yang pertama mempunyai pelbagai saman guaman yang difailkan terhadapnya oleh pelanggan yang tidak berpuas hati kerana merasa ditipu oleh ketidakupayaannya untuk melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab kontrak mereka.

Sebagai contoh, Cyber Village menyertai kontrak dengan sebuah anak syarikat Kumpulan Berjaya bernama My2020.com untuk menubuhkan hab e-perolehan. Cyber Village gagal menepati tarikh akhir kontrak dan juga terlebih caj; di mana Tony Pua tidak dapat memberikan justifikasi semasa perbicaraan bagaimana dia boleh mengenakan caj tambahan pada kadar RM800 sehari.

Lebih berat lagi - sistem e-perolehan yang diserahkan oleh Cyber Village untuk My2020 merupakan suatu kegagalan yang teruk!

Sudah pasti, HAKIKAT bahawa dia menyertai perniagaan dengan Berjaya Group kini disembunyikan dengan baik di dalam fail mahkamah untuk membolehkan Tony terus bercakap tentang isu naungan politik (patronage) dan kronisme. Apa yang gagal dinyatakannya adalah hakikat bahawa dia sendiri membuat pendapatan jutaan yang pertama melalui perjanjian perniagaan dengan Vincent Tan - kroni UMNO!

Lebih teruk lagi, dia meninggalkan Cyber Village yang berada di dalam keadaan gawat apabila semua saham merudum dan syarikat tersebut menghadapi kerugian berjumlah sehingga SGD 8.26 juta untuk kembali ke Malaysia di atas nama politik


Anda juga seorang yang tidak berakauntabiliti lah Tony!


PS: Terdapat beberapa tindakan undang-undang lain yang melibatkan Tony - kita akan mendedahkan semuanya satu demi satu bagi menunjukkan sikapnya sebagai seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab dan betapa hipokritnya dia hari ini.

No comments:

Post a Comment