`Birthday boy' Bro Jinggo meniup lilin di atas kek hari lahir
Pengerusi UMB, di apit Timbalan Pengerusi Sdr Razlan dan
Pengerusi UMB Pahang, Sdr Arif
Menunggu waktu berbuka
Alhamdulillah semalam UMB dapat mengadakan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) bersama rakan-rakan blogger dan cybertrooper yang terus menerus menyokong usaha UMB. Sejak 2009, UMB telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, tetapi tetap teguh menjadi jentera parti yang berjihad menentang pembohongan pembangkang. Sepanjang tempoh dua tahun ini, ada anggota yang kekal setia bersama UMB, ada yang memilih untuk gugur dan ada anggota baru yang ingin berjuang bersama-sama UMB.
Perumpamaan Inggeris ada menyebut `birds of same feather, flock together', saya yakin dan percaya yang berada di dalam UMB hari ini adalah anggota yang semakin rapat hubungan mereka dan semakin hampir jurang pemikiran mereka. Selain kesatuan matlamat, perlu ada kesatuan dalam fiqrah, hati, amal dan tindakan di kalangan anggota UMB. Jika ditambah dengan ilmu, kemahiran dan disiplin, winning formula inilah yang membolehkan UMB bahu membahu membantu Jentera Pilihan Raya BN dalam Pilihan Raya Kecil dan Pilhan Raya Negeri Sarawak.
Minggu depan, biar pun sibuk dengan Ramadhan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, program Latihan Perang Siber UMB tetap terus berjalan. Mudah-mudahan semakin ramai ahli UMNO yang mempunyai kemahiran berperang di alam siber dan dengan ini jihad memerangi pembohongan pembangkang akan menjadi lebih mantap dan berkesan.
Harapan saya, setiap ahli UMB terus fokus dalam jihad ini dan meletakkan kepentingan perjuangan melebihi kepentingan peribadi masing-masing. Sentiasa ingat kata-kata Syawal (P.Ramlee) dalam filem Ahmad Albab - "kekayaan, kebahagiaan rumah tangga semua datang dari Allah, bukan daripada bapak"
Masa tidak panjang, masih banyak yang perlu dilaksanakan. Saya berharap pemimpin-pemimpin kanan BN akan semakin memahami tentang siapakah jentera parti dan peranannya dalam memperkukuhkan parti dalam menegakkan perjuangan agama, bangsa dan negara.
Penghargaan - Terima kasih kepada Photoblogger Minaq Jinggo yang sudi hadir untuk merakamkan foto dan bukan sahaja berkongsi foto, tetapi juga pengalaman dengan kami semua. You're the best!
Teruskan perjuangan!!!
ReplyDelete