Wednesday, June 8, 2011

Artikel Nanyang Siang Pau - PR berkhayal dan tidak bertanggung jawab tentang subsidi?


Realitinya pada saat Kerajaan BN memberi begitu banyak bantuan kepada rakyat, kerajaan PR Selangor hanya mampu memberi subsidi air sebanyak RM 11.40 sen sebulan kepada rakyat Selangor, itupun sudah tencungap-cungap nak membayarnya. Khabarnya anak syarikat kerajaan Selangor parah dikerjakan dan khabarnya juga kerajaan negeri Selangor masih berhutang RM400 juta kepada SYABAS. Mungkin kerana itu, banyak janji-janji PRU12 yang masih tidak mampu ditunaikan oleh PR di Selangor dan langkah memberi subsidi air percuma RM11.40 ini tidak sanggup diikuti oleh negeri PR yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan tentanya negeri masih yang tidak dapat menyelesaikan masalah air berkeladak untuk rakyatnya walaupun selepas 21 tahun memerintah, iaitu Kelantan.

Sebenarnya Buku Jinggay PKR dan Negara Berkebajikan (Palsu) Pas boleh diaplikasikan di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan terlebih dahulu. Misalnya, setiap kerajaan negeri ini boleh memberi rebat kepada rakyat negeri masing-masing, mungkin 30 sen bagi setiap liter petrol, 30 sen bagi setiap kilogram gula dan RM3 bagi seiap kilogram minyak masak. Rakyat negeri boleh menuntut rebat ini di Majlis Daerah dan Majlis Bandaran masing-masing, tetapi hairannya kenapa mereka tidak mahu melaksanakannya di negeri masing-masing terlebih dahulu?

Di bawah adalah satu artikel dalam akhbar Nanyang Siang Pau yang sempat diterjemahkan untuk tatapan umum.


28 Mei 2011

Subsidi Dan “Barisan Pembangkang Yang Bertanggungjawab”
Cheong Long Yan
Penyelidik Institusi Media Malaysia

Pada hari rabu ini kabinet memutuskan walaupun harga RON95 dan Diesel yang melambung naik di pasaran dunia, namun harga yang sedia ada dikekalkan dan tidak berubah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata: kabinet telah ambil kira pandangan semua pihak, terutama sekali kabinet membuat keputusan ini untuk kepentingan semua rakyat. Tetapi, beliau menegaskan, pihak kerajaan akan terus melihat perkembangan harga minyak dan bahan bakar gas di peringkat dunia, seterusnya akan memberi subsidi yang berpatutan.

Pengumuman seperti ini, menimbulkan tanda tanya dari banyak pihak, mereka berkata mungkin itu ada kaitannya dengan PRU yang semakin hampir. Ada juga orang-orang berkata, oleh kerana pihak kerajaan terima tertekan dari pihak pembangkang, pihak kerajaan terpaksa berbuat keputusan sedemikian.

Pada hari Khamis ini PM Najib berkata, ada sesetengah orang kaitkan isu PRU dengan isu kekalkan harga subsidi, termasuk bajet kewangan kerajaan, sebab itu ia perlu ambil kira dari semua pihak. Jika keadaan itu memang benar apa yang disebut di luar itu betul, bermakna itu semata-mata pihak kerajaan mahu ambil hati pengundi, jika begitu maka kerajaan tersebut bukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Kita juga jangan lupa terhadap kekalkan harga subsidi minyak, sebenarnya ia dengan jelas menunjukkan bahawa di sektor yang lain pihak kerajaan telah kurangkan subsidi, keputusan seperti ini ia tidak bermakna bahawa pihak kerajaan tidak buat kesilapan, seperti apa yang Perdana Menteri cakapkan tentang “dari segi pengurusan kewangan secara global”, angka subsidi yang begitu besar tidak sesuai dan bukan satu pengurusan yang baik.”

Rakyat Anggap Subsidi Itu Satu Kenikmatan Hidup

Pada hakikatnya PM sebelum ini telah mengingatkan orang ramai, subsidi itu adalah candu, apabila sudah menjadi kebiasaan akan ketagih. Jika kita terus menggunakan perumpamaan seperti ini, bermakna pihak kerajaan tiada cara yang lebih baik selain membahagi-bahagikan candu itu. Tetapi bagi pihak rakyat pula, ini bukan candu, ini adalah kenikmatan hidup (walaupun apa yang maksudkan itu semuanya sama).

Cuba kita fikir kemabli, dalam kehidupan seharian kita ini ada berapa banyak barangan yang tidak diberi subsidi, contohnya seperti telefon bimbit, alat-alat solek pelbagai jenama, makanan tambahan, jentera pengangkutan dan pelbagai barang-barang keperluan, sedangkan barangan seperti rokok dan arak pihak kerajaan sentiasa naikan cukai levi ini setiap tahun, nampaknya rakyat langsung tidak merayu pihak kerajaan supaya barangan-barangan seperti itu diberi subsidi, dan wang yang mereka belanjakan untuk membeli barangan itu mereka rasa itu bukan satu beban.

Dengan itu adakah kita perlukan subsidi minyak sebagai “menikmati hidup”, sikap rakyat sendiari yang memainkan peranan penting dalam isu ini. Tetapi bagaimana cara kita untuk buang sikap rakyat yang mengharapkan kebergantungan lebih banyak subsidi lebih daripada berdikari sendiri, ini bukan satu perkata yang begitu mudah untuk dilaksanakan oleh kerajaan. Pihak parti pembangkang dalam isu ini tidak mainkan peranan sebagai “Barisan Pembangkang yang bertanggungjawab”, dan sikap pembangkang itu terus kekal tidak nampak berubah tentang isu ini.

Barisan Pembangkang Bersikap Leka

Jika barisan pembangkang di Parlimen yakin perlaksanaan mereka untuk sistem dwikuasa itu telah terbentuk, tetapi sebaliknya mahu capai kepentingan politik jangka pendek, dan mereka tidak melihat dan tidak nampak kesan buruknya subsidi jangka panjang itu, saya tidak berani buat keputusan yang itu adalah satu pergerakan yang tidak bertanggungjawab, tetapi saya lebih pasti bahawa tindakan parti pembangkang itu hanya mahu kepentingan diri jangak pendek, dan pembangkang langsung tidak bersedia jika mereka dapat secara mengejut memerintah negara ini.

Barisan pembangkang secara lantang meyokong subsidi minyak, sikap dan pemikiran mereka seperti dalam buku cerita kisah Lagenda Kayangan 8, salah satu daripadanya ialah sikap kayangan Kinzir, sikap sang Kinzir ini tidak tahu dan tidak mahu tahu apa yang berlaku, walaupun dia tahu tetapi dia tidak mahu ambil tahu untuk mambantu kesusahan Sang Hanoman semasa dalam perjalanan mengiringi Tang San Zhang membawa kitab budha dari India ke China. Jika benar satu masa nanti barisan pembangkang menerajui pemerintahan negara ini, tetapi mereka masih belum ada persiapan dan persediaan, mereka nanti akan tahu bukannya mudah untuk memerintah sebuah negara, sudah tentu boleh dijangka keadaan mereka akan lebih pahit daripada apa yang kerajaan BN hadapi sekarang ini.

Kerana apa yang rakyat mahukan ialah sebuah kerajaan baru yang boleh beri subsidi lebih banyak lagi, dan dalam Pakatan Rakyat itu sendiri ada DAP, DAP yang sentiasa memperjuangkan sebuah negara Nasionalisme (apa itu demokrasi secara Nasionalisme?), jika DAP dapat menerajui kerajaan Pakatan Rakyat. Sudah tentu polisi subsidi akan lebih memberi banyak manfaat pada rakyat, Malaysia akan jadi sebuah negara syurga kepada subsidi, pada masa itu rakyat boleh menikmati kehidupan subsidi yang amat banyak, pada masa itu sama ada kerajaan baru ini boleh atau tidak imbangi bajet kewangan negara ini, sudah tentu buat sementara itu rakyat tidak mahu ambil tahu, mereka anggap apabila ia berlaku nanti, pasti semuanya akan berjalan dengan lancar!

No comments:

Post a Comment