MCA Warlords ihsan Ahfon's comic
Nanyang Siang Pau menyiarkan lagi tulisan-tulisan yang mengkritik parti komponen yang berasaskan kaum Cina. Secara tidak langsung, tindakan akhbar-akhbar Cina ini menggambarkan bahawa mereka menganggap DAP bukan parti multiracial, tetapi parti yang mewakili parti kaum Cina dan mempromosikan DAP begitu bagi mempengaruhi pemikiran khalayak pembaca di kalangan orang Cina. Tidak syak lagi agenda chauvinisme memang berakar umbi dalam akhabar-akhbar ini dan adalah tidak bijak untuk MCA, Gerakan dan SUPP berdiam diri.
Nanyang Siangpau
Tarikh: 6 Jun 2011
Terjemahan artikel 'Parti Orang Utan Dan Parti Satay'
Huang Zi/ pengkritik semasa
Baru-baru ini di arena politik timbul nama gelaran baru dua buah parti, iaitu “Parti Orang Utan” dan “Parti Satay”, kini menjadi bahan perbincangan hangat di kedai-kedai kopi.
Pada musim PRN di Sarawak, kerana perkataan SUPP, boleh dikaitkan dengan perkataan Cina “Lian” itu sama mirip dengan perkataan Orang Utan (Yian), maka DAP memperlekehkan SUPP sama seperti mirip nama Orang Utan, dengan terang dalam bahasa Melayu boleh digelar Parti Orang Utan.
Makna Orang Utan dalam bahasa Cina sama dengan makna “orang Liar”, mahluk yang mendapat perlindungan. Bermakna orang-orang Cina putuskan makna itu bahawa mereka-mereka itu (SUPP) adalah sejenis beruk namun orang-orang Melayu gelar mereka ini “orang”.
Pembangkang secara tersenyum menyindir: SUPP sudah lama menjadi sebuah parti orang liar yang dalam keadaan kepupusan, hanya parti Pesaka Bumiputera sahaja yang disayangi dan dibelai oleh BN, bermakna SUPP telah kehilangan kuasa untuk membela orang-orang Cina, menjadi parti yang bertahkta tetapi tidak berkuasa, mereka telah terpisah jauh dengan orang-orang Cina mahupun sokongan pengundi majoriti Cina di kawasan bandar-bandar, “mereka tidak lagi turun padang dan mesra dengan rakyat, mereka hanya pentingkan diri sendiri”.
Dengan jelas dan nyata, keputusan PRN menunjukan SUPP kalah teruk. Salah satu yang teruk ialah Wong Shun Koh yang bertahan kerusi namun beliau kecundang, beliau tidak perlu arahan dari pusat untuk “keluar dari kabinet”, beliau sanggup lakukan apa sahaja secara sendiri masuk ke dalam kabinet, ini telah membuktikan bahawa orang-orang seprti ini mendapat perlindungan dan bijak menyelamatkan diri.
Satay Bermakna Turut Perintah
Selain dari itu, keputusan pilihan raya telah menunjukkan: SUPP tidak mampu dan tidak boleh melakukan saranan “perubahan” pada 5 Disember 2010 semasa dalam perhimpunan agong Barisan Nasional.
SUPP kini mundur menjadi Orang Utan, dengan malang dan sangat tepat apa yang disebut oleh DAP; pada musim PRN SUPP secara berkumpulan menentang ejekkan DAP itu sebaliknya SUPP sediri telah memberi gambaran bahawa mereka langsung tiada modal politik.
Orang nombor 2 MCA Liow Tiong Lai mahu pertahankan SUPP, anggap tomahan dan ejekkan DAP terhadap SUPP yang mengatakan SUPP Orang Utan, DAP semata-mata mahu timbulkan isu rasis.
Liow berkata: jika DAP beterusan menggunakan isu rasis di kawasan orang-orang Cina, Liow berkata DAP adalah parti Satay. Sepatutnya parti itu tumpukan kepada berkhidmat untuk rakyat, bukan menggunakan taktik hasutan rasis.
Apa yang dimaksudkan parti Satey oleh orang nombor 2 MCA itu ialah, parti-parti yang suka melakukan hasutan dan semarakan hasutan, ia bermakna panggang daging di atas bara api seterusnya dikipas sehingga masak. Tetapi jika diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin, ia tidak bermaksud yang sebenar seperti di atas, kerana mengipas itu boleh dimaksudkan menyejukkan keadaan dalam bahasa Mandarin.
Kerana parti Satey dalam masyarakat Cina mahupun di pihak media Cina diterjemahkan berlainan maksud. Ia bermaksud mengipas bos, ataupun memeluk kaki bos, menjadi sebuah parti yang suka bodek kepada parti yang lebih berkuasa.
Dalam masyarakat Cina perkataan Satey diterjemahkan kepada nahu-nahu perbuatan, contohnya dalam perkataan Mandarin sateykan saya, bermaksud “dia kipaskan saya”, ia juga membawa maksud dia membodek saya, mahu panggang daging perlu menggunakan kipas. Dalam bahasa Cina mengipas itu digunakan untuk menyejukan keadaan, supaya orang lain rasa lebih selesa dan nyaman. Dalam makna dan maksud lain pula, kipas digunakan untuk memberi keselesaan pada orang lain.
MCA Tidak Mampu Membuat Perubahan
Dengan itu, dalam peringkat bawahan orang-oang Cina tidak akan setuju jika MCA anggap dan tuduh DAP adalah Satey, sebaliknya orang-orang Cina anggap MCA adalah Satay bagi UMNO, kerana Presiden MCA pernah berkata: jika pada PRU akan datang MCA kalah, MCA akan serahkan kembali semua jawatan dalam kerajaan kepada BN.
Walaupun MCA tewas semasa berada di bawah payung BN, MCA sebagai mewakili orang-orang Cina kenapa tidak berani menggunakan di bawah payung sendiri bertaning dalam pilihan raya, untuk mendapatkan sokongan dari kalangan orang-orang Cina?
Orang-orang Cina dari peringkat bawahan sehingga ke pringkat atasan nampak MCA masih tidak faham apa kehendak masyarakat Cina dan apa yang dituntut rayu oleh masyarakat Cina, sedangkan apa yang disebut oleh orang-orang Cina di peringkat bawahan perkataan “Satay” itu langsung tidak tahu apa maksud sebenar yang dimaksudkan oleh MCA. Dengan itu telah membayangkan: MCA telah menjauhi diri dari pengundi-pengundi kaum Cina.
MCA sama juga seperti SUPP, tidak melakukan sebarang perubahan, semakin hari semakin jauhkan diri daripada orang ramai; jika MCA tidak dapat berubah, umpama pepatah Cina ada menyebut: “jika miskin ubah lah sikap diri, setelah miskin dapat diubah, baru lah diri boleh bertahan lama”, jika tidak masa depan MCA akan berada di dalam ranjau dan susah!
salam tun,
ReplyDeleteblog saya belum dipautkan
http://matkilaupenang.blogspot.com/