Monday, May 9, 2011

Butiran menarik ucapan KJ di Bukit Bintang



1. Politik hari ini, bukan dari kampung ke bandar, tapi dari bandar merebak ke luar bandar; UMNO Bukit Bintang penting kerana peranannya akan tentukan trend politik yang akan merebak ke luar bandar.

2. Jika lihat Tsunami 2008 dan kegawatan politik di Bangkok, semuanya bermula di bandar; sebab itu kita telah menubuhkan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB). Saya gembira SHEB adalah antara yg plg aktif dlm PemudaUMNO Msia

3. Kayu ukur politik hari ini tidak sama seperti semasa zaman Datuk Harun Idris; di mana Pemuda hanya berperanan sebagai ginger group dan kumpulan pendesak, tetapi Pemuda hari ini perlu memperjuangkan sesuatu yang boleh diukur, bukan sekadar retorik.

4. Program perdana Pemuda BN, iaitu BN Job Fair berjaya menarik 400,000 golongan muda. PM kata sesiapa sahaja boleh mendesak, tetapi yang susah adalah untuk membawa sesuatu yang bermakna secara langsung kepada rakyat

5. Skim Rumah Pertamaku adalah hasil dari cadangan melalui BN Youth Lab. Melalui skim ini golongan muda akan mendapat 100 % pinjaman untuk membeli rumah pertama mereka. Selepas mendengar keluhan orang muda, semalam (6 Mei 2011) PM umumkan pula bahawa kerajaan akan membina rumah berkualiti mampu milik berharga di bawah RM220,000. Bila ditanya apakah hasil dari cadangan ini? Hasil kena diukur berdasarkan undi yang diperolehi oleh BN daripada orang muda.

6. Hakikatnya sejak PRK Manek Urai, tidak ada satu pun PRK yang mana BN tidak menang undi saluran orang muda. Setiap bulan, Pemuda juga mendahului dari segi penambahan ahli mengatasi UMNO dewasa dan sayap-sayap lain.

7. Dalam masa terdekat Pemuda UMNO akan lancarkan program untuk pastikan lebih 100,000 ahli yang masih belum berdaftar sebagai pengundi supaya setiap daripada mereka boleh menyumbang ke arah kemenangan BN dalam PRU akan datang.

8. Legasi yg akan ditinggalkan; kita mahu pastikan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) berterusan. Kita telah mendaftarkan SHEB sebagai NGO dan semoga dengan langkah ini SHEB akan terus menjadi wadah anak muda di Kuala Lumpur dan bandar-bandar.

9. Turning point terhadap BN sudah tiba. Selepas Bagan Pinang, kita mula menang PRK secara berturut-turut; tetapi sebelum turning point ini benar-benar berlaku, cabaran yang paling besar adalah bagaimana untuk membina minda mesyarakat untuk memilih BN. Kita masih terbelenggu dengan war of perception. Contoh (tentang RPK dan dongeng pembunuhan Altantunya oleh PM), persepsi boleh dibentuk dengan begitu mudah, hanya melalui satu blog, tanpa perlu merujuk kepada sumber-sumber yang sahih. Sebab itu kita tiada pilihan melainkan untuk menang dalam perang persepsi. Jika kita tidak menang dalam perang persepsi, macam mana kita bawa pembangunan sekalipun, kita akan tewas dengan sentimen yang dimainkan oleh pembangkang.

10. Kita duduk dalam dunia yang gila. Kebenaran tidak ada nilai dalam konteks politik Malaysia. Soal logik seolah-olah tidak ada value. Video, jam omega dan sumpah laknat misalnya adalah bukti, tapi dengan segala bukti ini, masih ada pihak yang tidak dapat terima. Jadi hari ini, jangan fikir walaupun kita ada kebenaran, tetapi jika kita tidak menang perang persepsi, kita akan kalah sebab kebenaran sudah tidak ada nilai.

11. Kita jemput Pas bukan sebab desperate, tapi manalah tahu jika terbuka hati mereka untuk terima kebenaran. Kita mahu buktikan hanya UMNO - parti yang mewakili orang Islam dan Melayu di Malaysia.

12. Jangan sia-siakan prinsip Pas semata-mata kerana nak pertahankan seorang individu atau kerana mahu berkuasa. Kita hendak pastikan mereka pulang ke pangkal jalan dan kembalikan kebenaran demi kebaikan rakyat Malaysia.

13. Lihat Sarawak, shadow kabinet dibentuk oleh Dap, dan mereka kata mereka dah rujuk kepada PKR, tetapi semua portflio penting diberi kepada Dap, cuma beri 3 kepada PKR. Pas hanya di beri satu tmpat. Bila disanggah oleh PKR, Dap kata PKR tak sedar diri sebab hanya menang 3 kerusi. Jadi jangan nafi, jika kita kata Pas dan PKR ditunggang oleh Dap.

14. Di Selangor, demonstrasi oleh Persatuan Kontraktor Selangor; pendedahan dalam Royal Comission buktikan kontrak kelas F di beri secara terus kepada kroni Dap dan habuan di beri terus kpd Dap. Ini terang-terang amalan Ali Baba yang paling durjana. Ini adalah rasuah sebenar Dap, bukan saja rasuah tetapi agenda utk lemahkan orang Melayu.

15. Kita berdepan dengan dunia yang berbeza dengan dunia yang dahulu. Tugas yang sukar adalah untuk bawa mesej ini keluar dan bentuk minda rakyat; untuk katakan bahawa ini bukan propaganda tetapi, ini adalah kebenaran. Kegagalan pembangkang untuk tadbir negeri dan tunaikan janji adalah kebenaran. Tanamkan keberanian untuk ceritakan kpd rakyat.

16. Pemuda UMNO Bukit Bintang, jangan sekali-kali anggap tidak ada peranan. Di sini bermula pemikiran orang Malaysia yang akan merebak ke seluruh negara.


Dalam Sidang Akhbar


1. Isu kabinet bayangan bukti Dap sudah hilang keyakinan terhadap Anwar. Jika dulu mereka tidak berani nak buat begini; tapi mungkin selepas lihat Anwar banyak masalah dan ada banyak isu kredibiliti, jadi mereka tunjukkan kekuatan mereka yang sebenar. Jika ini Pakatan yang menang pilihan raya, ia akan didominasi oleh Dap yang akan buat keputusan tanpa rujukan, tidak seperti BN yang buat keputusan berdasarkan konsensus.

2. Peranan Pemuda UMNO di bandar-bandar penting. Selain dari mempengaruhi trend politik negara, Pemuda UMNO perlu lebih aktif untuk mencari bakat baru, yang terdiri dari kalangan orang muda yang terpelajar, professional dan ada jawatan tinggi di dalam sektor swasta untuk bersama Pemuda UMNO. Di bandar, Pemuda UMNO perlu beri tumpuan kepada quality leadership berbanding kuantiti.

No comments:

Post a Comment