Monday, March 14, 2011

Medan Info - cukup-cukuplah

Selepas Flyingkick dan Parpukari, Medan Info pula cuba mengeruhkan keadaan. Saya telah menjelaskan tentang 3 fitnah utama Flyingkick dan Parpukari; dan saya boleh menjelaskan lebih banyak perkara lagi sekiranya saya ingin mengikut rentak mereka.

Bagi saya mudah saja, jika dah bersalah memfitnah saya, bawa-bawalah minta maaf; insya-Allah saya akan maafkan. Malangnya, kedua-dua Flyingkick dan Parpukari berdegil tidak mahu memohon maaf apalagi menarik keluar artikel memfitnah saya dari blog mereka.

Sebab itu saya menganggap mereka berdua ini BLOGGER JAHAT dan sanggup menggunakan cara jahat untuk mencapai maksud peribadi tanpa memperdulikan kesannya terhadap orang lain, perjuangan dan parti.

Saya tidak faham kenapa Medan Info begitu beriya-iya mempertahankan KEJAHATAN mereka berdua. Adakah ada kaitan dengan blogger beratur menunggu Parpukari di Kerdau? Kalau itulah sebabnya, maka beratlah kerana yang dipertahankan oleh Medan Info adalah kebatilan, bukan kebenaran.

Yang memulakan fitnah terhadap saya adalah Flyingkick dan Parpukari. Sepatutnya hal ini adalah di antara saya dengan mereka berdua, bukan hal Medan Info. Entah apa sebabnya, Medan Info yang berlebih-lebih pula.

Serangan pertama Medan Info adalah terhadap blogger Mohd Soberi Shafii. Akibat menulis tentang krisis blogger tertentu dengan UMB, blogger Mohd Soberi Shafii telah diserang Medan Info. Beliau digelar macam-macam oleh Medan Info dalam tulisannya di sini:

Selepas itu, serangan peribadi terhadap saya tu sememangnya satu hal. Tapi kalau ya pun nak serang peribadi jangan la sampai terkantoi macam blogger jahat berdua tu. Sememangnya saya bukan blogger 24 jam kerana saya ada tugas tetap yang perlu diuruskan, tapi janganlah kerana nak memburukkan saya, Medan Info letak ranking saya sampai 23,267. Tu dah jatuh menipu.



Cukup-cukuplah menipu dan sengaja mengeruhkan keadaan.

Medan Info juga sengaja mengambil kesempatan terhadap blogger UMNO Reform, Anuar Mohd Noor mungkin atas sebab peribadi yang hanya mereka berdua ketahui. Serangan Medan Info yang jahat terhadap Anuar Mohd Noor dapat dilihat di sini

Akibat perbuatan jahat ini Medan Info telah ditegur Anuar Mohd Noor di sini - Catatan Kepada Anak Kecil Medan Info.

Atas sikapnya yang suka mengeruhkan keadaan, Medan Info juga ditegur di sini http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/03/medan-info-kita-apa-masalah-lu-dengan.html

Nasihat Anuar kepada Medan Info (yang saya pun kenal):

"Saya mampu menceritakan banyak isu, kerana kehadiran saya yang agak lama dalam reformasi dan meninggalkan reformasi lebih awal dari deklarasi blogmaster medan info – tetapi saya ingin sampaikan nasihat kepada adik blogger medan info kita."

“Saya hanya mahu menasihatkan beliau – keghairahan tidak akan membantu perjuangan, kematangan adalah perlu. Jangan jadi lebih UMNO dari UMNO kerana mahu mengejar secara cepat – tempat dan glamor yang akhirnya merugikan diri sendiri. Jangan dendam peribadi menjadi motif lantas kita memalsukan perjuangan dalam UMNO"

"Fikir dahulu – mungkin saya juga tahu lebih dari saudara – lebih kerana saya berpijak lebih awal dalam tapak reformasi dan keluar lebih awal dari adik medan info ini. Secara baik – jangan di jolok kerana akhirnya yang rugi adalah kita semua. Biarlah perbezaan pendapat atas landasan keintelektualan dan bukan kerana mengejar – perkara yang bukan-bukan dan bukan perjuangan palsu atas niat dendam kerana cita-cita politik sebelum ini tidak tercapai."

Pandangan saya, cukup-cukuplah Medan Info, jangan kerana RM300, RM400 atau kepentingan peribadi agenda yang lebih besar terjejas. Jangan terbawa-bawa perangai PKR ke dalam UMNO. Ehhh siapa yang PKR ni sebenarnya ya? :)

1 comment:

  1. Sudah-sudahlah.. ajak mereka meeting Tun.. set tarikh kasi terang biar jelas.

    Biar semua puas hati.

    ReplyDelete