Monday, March 14, 2011

Isu terjemahan Biblical God sebagai Allah timbul semula..




Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak, pembangkang sekali lagi membangkitkan isu terjemahan Biblical God sebagai Allah. Seperti biasa golongan yang menyokong usaha memuradkan umat Islam secara halus ini terus bersuara sumbang. Antaranya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Mungkin video di atas boleh ditonton sebagai tujuan warming up dalam usaha kita memelihara aqidah umat Islam. Kepada umat Islam, TOLAK pemimpin yang menyokong usaha memurtadkan umat Islam secara halus. Pastikan mereka tidak lagi menjadi Ahli Parlimen atau ADUN anda kerana anda akan bersubahat dengan perkataan dan tindakannya. Na'uzubillah...


Juga sila baca tulisan YB Zulkifli Noordin bertajuk al-Kitab di sini.

2 comments:

  1. Tuan,

    Dalam segala kapasiti yang berada pada pihak Tuan, saya sarankan video ini dipersebarkan kepada mereka-mereka yang berkepentingan: para jemaah menteri, Sultan-sultan, ahli-ahli politik.

    Saya juga tidak pasti apakah kepada juak PAS juga patut disebarkan. Khalid Samad dan Nik Aziz, umpamanya, lebih berminat kepada persepsi Public Relations serta polemik politik dari mengagungkan kalimah Allah.

    Dan bila ustaz menceritakan bagaimana bible itu telah dicemari manusia, mana-mana pihak yang inginkan bukti, boleh dikemukakan. Kita banyak evidence.

    Leman Pulut

    ReplyDelete
  2. Leman Pulut,

    Insyaallah; mohon tuan dan rakan2 juga membantu menyebarkannya. Sama2lah kita mempertahankan kesucian kalimah Allah dan menjadi benteng pertahanan kepada usaha untuk memurtadkan umat Islam secara halus.

    ReplyDelete