Thursday, November 26, 2009

Halang pelajar, kakitangan ikuti kursus BTN - ciri-ciri autokratik Pakatan Riot?

Salah satu novel yang menarik minat saya semasa bangku sekolah adalah satira karya George Orwell, "Animal Farm". Belilah buku ini jika terjumpa dan bacalah kerana jalan cerita yang menarik. Ia merupakan sindiran dan kritik terhadap ideologi sosialisme dan komunisme ciptaan manusia yang mempunyai banyak kelemahan. Perjuangan dimulakan oleh golongan babi yang kononnya paling bijak; yang berjanji membawa perubahan di dalam ladang; bercakap tentang soal persamaan dan keadilan. Golongan babi ini berjanji untuk membawa begitu banyak perubahan dan perjuangan ini menarik minat haiwan-haiwan ternakan lain (lembu, keldai, kuda, ayam, itik dan lain-lain) untuk sama-sama bangkit menentang manusia dan mengambil alih pentadbiran ladang. Bagaimana pun selepas mengambil alih pentadbiran ladang, persamaan yang dilaung-laungkan rupanya hanya retorik politik dan akhirnya kawanan babi ini menjadi lebih menjadi lebih teruk daripada manusia.

Mungkin ini yang sedang melanda Pakatan Pembangkang yang menjadi kerajaan di beberapa buah negeri. Halangan terhadap pelajar dan kakitangan negeri untuk mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) adalah siri oppression terkini Pakatan Pembangkang.

Janji mereka adalah membawa Harapan Baru. Bagaimanapun nampaknya seperti Tiada Harapan. Terdahulu, diberitakan DAP yang sebelum ini menentang Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan mahukan perlindungan terhadap whistleblower, mahu mengenakan tindakan OSA terhadap kakitangan kerajaan negeri yang membocorkan maklumat. Tragedi Kampung Buah Pala adalah salah satu lagi insiden penindasan yang dilaporkan. Di Selangor pula, sejumlah maklumat mengenai amalan rasuah dan perkaitan kongsi gelap dengan pemimpin tertentu DAP pernah didedahkan.

Pas mempunyai track record yang tidak begitu baik semasa mentadbir negeri Terengganu. Pas Terengganu dikaitkan dengan beberapa insiden seperti penutupan kelas tadika Kemas, pemecatan imam dan penghulu dn sejumlah isu berkaitan tadbir urus, termasuklah yang melibatkan wang zakat, agensi kerajaan negeri dan KUSZA. Di Perak, semasa Pas menerajui kerajaan negeri, tadika-tadika KEMAS juga ditutup. Di Kelantan, siri-siri pendedahan terbaru mengenai Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat, isu menantunya, pemandu Mardi yang menjadi kaya, syarikat yang menerima hak pemasangan bilboard dan konsesi balak, penajaan pakej RM 65,000 seorang dan sebagainya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran parti yang menggunakan nama Islam ini.

PKR pula mempunyai pemimpin yang sangat bermasalah. Bermula dari atas, iaitu pemimpin tertinggi yang dikaitkan dengan sejumlah salah laku - penyalah gunaan kuasa, rasuah dan kes liwat sehinggalah sejumlah pemimpin yang lain yang dikaitkan dengan salah laku moral, termasuk sehingga menyebabkan perletakan jawatan dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Di Selangor, pentadbiran negeri dilihat begitu kucar kacir dengan sejumlah isu tadbir urus, perbalahan dalaman, perbezaan dasar dan pendekatan yang semakin nyata serta janji-janji yang masih belum tertunai.
Hari ini tindakan melarang pelajar dan kakitangan kerajaan menghadiri kursus Biro Tata Negera (BTN) menambah jumlah dalam senarai oppression yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang. Tindakan ini atas alasan ia menggugat perpaduan jelas menunjukkan Pakatan Pembangkang tidak mengotakan retorik mereka mengenai kebebasan membuat pilihan, kebebasan intelektual dan kebebasan penyampaian maklumat.
George Orwell dalam novelnya telah menghuraikan apa yang akan berlaku apabila ideologi ciptaan manusia seperti sosialisme dan komunisme ini menjadi pegangan. Jelasnya dia betul apabila negara sosialis dan komunisme runtuh satu demi satu dan yang tinggal sekarang ini pun sudah tidak mengamalkan ideologi sosialisme atau komunisme asli lagi.

Hari ini, belum pun sampai satu penggal memerintah kerajaan negeri, rakyat telah melihat satu demi satu kejanggalan yang berlaku dan true colours Pakatan Pembangkang semakin menyerlah. Anda tidak boleh menjanjikan Harapan Baru jika penindasan dan kezaliman anda lebih teruk daripada mereka yang anda kritik.Harapan Baru atau hanya Harapan Palsu?

4 comments:

  1. Tun,
    Mereka sebenarnya takut kehilangan negeri sgor dlm PRU yg akan dtg. Mereka ini berfikiran 'jumud'.
    Pernah satu ketika dahulu mereka mempertikaikan pelaksaan PLKN di kalangan lepasan SPM, sdgkan pada pndgn sy yg TELAH pun menyertai program tersebut, ia merupakan salah satu langkah kerajaan yang sangat baik dalam menyatupadukan kaum.
    Kini mereka menghalang pelajar IPT dan kakitangan kerajaan negeri pula menghadiri BTN, rasionalnya "kursus tersebut sepatutnya digantikan dengan kursus yang mampu memupuk perpaduan di kalangan rakyat negeri ini"(kata Dato' Halimah Ali). Persoalannya, "apakah kursus tersebut bakal memupuk perpaduan tidak kira di kalangan pembangkang atau kerajaan? ataupun untuk memupuk 'org2 mereka' membenci kerajaan persekutuan?
    Pada saya, usaha ini hanyalah memberikan 'keuntungan' pada pihak 'mereka'(kerajaan negeri s'gor) semata2, bkn untuk kepentingan peserta kursus yang sepatutnya diutamakan.

    ReplyDelete
  2. NILAH TAHAP PEMIKIRAN KETUA UMB SAMA TARAF DENGAN BUDAK TADIKA. KALAU BERENTAP KAT PETI UNDI SIAPA YANG ASYIK KALAH. NAK MENANG PUN KENA LETAK CALON PERASUAH
    MACAM NI MASEH NAK KELENTONG
    HI HI HI SIAPA CALON YANG AKAN DIMANDIKAN DI KOTA SEPUTEH. DULU ANAK MADEY MACAM NAK TUNJUK TERRER SANGAT LEPAHTU DIA DISURUH DIAM
    BODOH BETUL

    ReplyDelete
  3. Tindakan menghapuskan BTN dari Bumi selangor mmg satu tindakan yang amat bijak dan bernas.. BTN ni hanyalah alat propaganda BN, aku cakap dari segi pengalaman aku sendiri aku dah pernah jadi perserta tahun lepas dekat UiTM shah alam. Dalam kursus ni x habis2 cakap Anwar ni agen Yahudi, cakap kalau PR dapat tawan malaysia cina2 akan berleluasa memijak sekalian org2 melayu kat msia ni.Dari situ aku dah nampak kerajaan BN sungguh desperate nak org sokong BN! aku dari x sokong mane2 terus rase benci dan meluat kat BN yang amat terdesak akan sokongan rakyat, kesian mahasiswa semua dari minda yang bersih dari segi mentaliti perkauman terus bersifat perkauman.. BTN seharusnya menjadi alat untuk menanamkan sifat integriti, jati diri, patriotik dan perpaduan dan bukannya menanmkan sifat perkauman, cintakan umno. dalam program ni diorg x abis2 cakap UMNO la yg hebat yang berjasa macam kempen politik aku tgok ini bukannya tatanegara namanya, baik tukar nama jadi tataumno lagi tepat!!

    ReplyDelete
  4. sila baca next blog utk faham tentang kursus BTN.. :)

    ReplyDelete