Sunday, November 29, 2009

BTN mengajar saya menjadi rasis?

Latihan kendalian Biro Tatanegara (BTN) yang pertama saya ikuti adalah pada tahun 1991, iaitu sewaktu menuntut dalam Tahun Satu di Universiti Sains Malaysia (USM). Kali kedua adalah pada tahun 1993 dan yang ketiga adalah dalam tahun 1995.

Saya suka menceritakan sedikit pengalaman yang ditempuhi semasa mengikuti kursus BTN ini. Bersama 109 orang pelajar USM yang lain, saya sampai di Kem Wira Waja Janda baik (sekarang Institut Latihan UMNO (ILMU) ). Sesi pertama dimulakan dengan taklimat tentang disiplin yang perlu dipatuhi di kem. terutama dari segi kepatuhan terhadap ketepatan masa dan mengikut arahan. Sepanjang tempoh kursus, kemi dikehendaki membasuh tray makanan dan gelas sendiri serta ditunjukkan kawasan bebas merokok yang digelar Sudut Maut. Kami dimaklumkan tentang jadual yang ketat, program ceramah, sukan, latihan dalam kumpulan dan program kembara. Bagi yang beragama Islam, kami dikehendaki bersembahyang jemaah setiap waktu dan ikut serta mendengar kuliah subuh serta melakukan solat hajat dan qiyamul-lail.

Sesi kedua adalah pembahagian kepada kumpulan-kumpulan dan `ice-breaking' bagi membolehkan kami mengenali ahli-ahli kumpulan yang terdiri dari pelajar berlainan Sekolah Pengajian (Schools). Kami diminta melantik ketua kumpulan, menamakan kumpulan dan mencipta slogan. Setiap kumpulan diberikan bendera Malaysia dan diajar tata cara membawa dan menyimpannya. Kami dikehendaki berada dalam kumpulan dan membawa bendera Malaysia pada setiap masa. Sekiranya ada seorang ahli tercicir sekalipun atau lewat mengikuti program, kesemua anggota kumpulan akan didenda.

Kami diberi tanda nama yang besar dan sebiji telur ayam mentah yang kami tidak tahu apa tujuannya. Pada sesi pertama sahaja, hampir 30 orang peserta yang terpecahkan telur secara tidak sengaja; sama ada jatuh dari saku kemeja sewaktu tunduk; terpijak; pecah dalam saku seluar kerana terjatuh atau terlanggar meja. Bagi setiap yang terpecahkan telur, akan di'hadiah'kan dengan bata merah atau putih untuk dibawa ke mana sahaja. Sesiapa yang terlupa membawa telur atau batu ini, mereka juga akan didenda.

Dalam banyak program, ceramah dan kuliah subuh paling membosankan. Paling menarik adalah program kembara, permainan dalam kumpulan dan sukan. Semasa kembara malam, kami dikejutkan seawal jam satu pagi dan diminta beratur mendaki bukit yang curam. Malangnya malam itu hujan lebat dan lereng begitu licin. Pergerakan menaiki bukit amat sukar dan kami perlu saling sokong menyokong dan tarik menarik bagi membolehkan setiap peserta mendaki bersama-sama. Lebih sukar lagi, pada malam itu ada dua orang pelajar wanita yang kekejangan kaki dan terpaksa diusung sepanjang perjalanan. saya sendiri disengat tebuan, menyebabkan jari saya bengkak dan saya juga luka-luka akibat tergelicir semasa mendaki malam itu.

Apa yang saya belajar? Pengalaman penting bagi seorang anak muda yang masih tercari-cari erti kehidupan bernegara.

Dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) barulah saya fahami maksud sebenar modul yang dilalui. Telur yang diberi kepada saya pecah dan saya diberikan bata putih yang berat sebagai ganti. Ia mungkin lebih berat, tapi tidak fragile. Kata fasilitator yang membimbing LDK, "itu gambaran bahawa dalam usaha membina sebuah negara, yang susah bukan untuk menjaga pembangunan tetapi untuk menjaga pertamanya; zuriat dan kedua, modal insan (dianalogikan dengan telur ayam mentah). Sebaliknya batu yang melambangkan pembangunan, lebih mudah dijaga. Jadi sekiranya seseorang itu tidak dapat diharap untuk menjaga keturunan dan sumber manusia, maka jagalah pembangunan sebaik-baiknya."

Perjalanan mendaki bukit amat sukar. Lebih-lebih lagi pada waktu malam dan hujan lebat. Apa lagi dengan jari yang membengkak dan terpaksa mengusung peserta yang sakit. Kalau tidak saling bahu-membahu dan tarik-menarik ke atas, maka ada yang akan tercicir dan lebih buruk lagi dengan senang semua akan tergelincir. Maksudnya, proses pembinaan sebuah negara amat sukar dan tidak boleh dilakukan secara sendirian. Untuk membawa setiap orang dalam arus perdana pembangunan, termasuk yang lemah, kurang upaya dan tercedera lebih sukar lagi. Jangan pula berperangai seperti ketam batu di dalam raga yang saling tarik menarik ke bawah sehingga tiada yang berjaya keluar dari raga.

Dalam sesi kuliah subuh, kami diajar tentang prinsip-prinsip penting aspek kenegaraan dalam Islam dan bagaimana untuk membentuk pandangan dunia (world view) seperti yang dianjurkan oleh Islam. Dijelaskan juga akan pengertian Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam yang ketika itu sedang diamalkan oleh kerajaan.

Dalam sesi ceramah, diterangkan tentang Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara, termasuk tentang keharmonian kaum yang perlu dipertahankan. Turut diterangkan adalah dasar-dasar kerajaan ketika itu seperti Dasar pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan Dasar Pengkorporatan, termasuk pelaksanaan projek-projek kerajaan seperti projek kereta nasional, pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Seluas-luas ruang diberikan kepada kami semua untuk bertanyakan soalan dan memberi pandangan dan sebagai golongan muda yang kritikal, kami memang mengambil sepenuhnya ruang tersebut (melainkan sewaktu kuliah subuh.. biasanya akibat mengantuk) untuk bertanyakan pelbagai soalan dan ada juga yang mengkritik kerajaan.

Hasilnya - selepas kursus, saya berpandangan bahawa saya mempunyai sikap cintakan negara yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Saya menginsafi bahawa amat sukar untuk membina sebuah negara dan ia mengambil masa berpuluh-puluh tahun sedangkan mengkritik itu cukup mudah. Menghancurkan negara jauh lebih mudah dan mungkin boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Saya juga belajar bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam pembinaan negara. Besar atau kecil bukan persolannya; setiap satunya penting dan kita wajar belajar menghargai setiapnya. Saya juga belajar bahawa kita semua mempunyai tanggungjawab peribadi (personal responsibilities) masing-masing dan kita perlu mengambil tanggungjawab peribadi dalam membangunkan negara, biarpun tanpa ada arahan dan sebarang ganjaran. Bukankah semua ini nilai-nilai murni dan universal dalam pembinaan sahsiah dan sebuah negara?

Adakah kita diajar bersifat perkauman? Seingat saya tidak pernah sekali pun kami diajar untuk membenci kaum-kaum lain. Sebaliknya kami diajar untuk menjaga keharmonian negara dan mempertahankannya sebaik mungkin. Dalam kursus yang pertama, kedua dan ketiga, modulnya hampir sama cuma dalam ceramah, topiknya sedikit berbeza kerana seperti yang disebutkan ramai, peranan BTN adalah untuk menerangkan dasar-dasar semasa amalan kerajaan ketika itu.

Adakah ia berguna untuk pelajar? Ya, sebab ini merupakan salah satu platform untuk membentuk semangat cintakan negara dan memupuk kefahaman tentang dasar-dasar kerajaan.

Adakah ia berguna untuk penjawat awam? Sepatutnya ia dijadikan kemestian. Saya tidak nampak bagaimana seorang penjawat awam boleh melaksankan tugas mereka, iaitu melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan baik tanpa mereka memahami dengan jelas dasar-dasar tersebut.
Jika mereka tidak bersetuju dengan dasar? Mungkin mereka wajar membezakan peranan mereka sebagai seorang pelaksana dasar dan bukan pembuat dasar. Jika mereka tidak mahu menghadirinya? Mungkin lebih elok mereka memilih profesion lain kerana ia akan menyukarkan mereka dan meletakkan mereka di dalam konflik. Mungkin ini yang berlaku hari ini dalam kerajaan dan perlu diperbaiki oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Professional.

Jadi kenapakah kerajaan Pakatan Pembangkang takutkan BTN? Mudah - kerana walaupun kononnya mereka ini memperjuangkan kebebasan bersuara dan memperoleh maklumat, namun secara realiti dan praktisnya, mereka hanya pakatan AUTOKRATIK yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menyekat kebebasan rakyat membuat pilihan; mendapat maklumat dan berdikusi secara intelektual semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka.
Disebabkan apa? Mungkin kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan dapat mempertahankan fitnah dan pembohongan mereka sekiranya minda rakyat dibuka dan didedahkan dengan sebanyak mungkin maklumat dan ilmu pengetahuan.

24 comments:

  1. " Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali,keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman." <-- harakahdaily.net 30/11/09

    ReplyDelete
  2. "ramai rakan-rakan saya belajar ke Timur tengah.. dan kami mengikuti BTN sebelum terbang thn 1993/1994.. menariknya bila pulang ke Tanah Air.. ramai pro pembangkang.. bila pro pembangkang, inilah yang akhirnya menyebabkan berlaku lagi dalam alam realiti pertentangan politik... jadi, elok BTN dikaji agar modul 'profesional'.. cth : bincang jika guru agama> mcm mana nak bantu Islam di M'sia... jika jurutera, mcm mana nak bantu kejuruteraan M'sia.. semangat bantu rakyat, negara.. bukan nak jaga semangat Melayu.. perkauman juga dituntut Islam tetapi Islam mesti diutamakan.. dengan Islam, Melayu selamat, Cina selamat, India selamat.. :)

    ReplyDelete
  3. sedikit tambahan :

    blog bekas peserta BTN yang positif

    1. http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html
    2. http://penahatiku83.blogspot.com/2009/11/btn-12-16-pasir-salak-resort.html
    3. http://cikgu-ita.blogspot.com/2009/04/kursus-biro-tata-negara.html
    4. http://amielaadila2002.blogspot.com/2009/08/kursus-btn-di-kompleks-usahawan-hening.html
    5. http://mataharisayang.blogspot.com/2009/11/selangor-haramkan-btn-takut-bayang.html
    6. http://sengalici0us.blogspot.com/2009/11/kursus-bina-negara.html
    7. http://piecesofmefieza.blogspot.com/2009/11/kursus-birotatanegara-btn-kem-btn-balik.html

    ReplyDelete
  4. sebenarnya banyak yang positif - 3 kali saya ke BTN, ketiga2nya tiada elemen brain washing pun, sebaliknya dlm perbincangan dlm kumpulan kita diajar utk berfikir dan menyoal pendirian kita sendiri sedalam2nya.. yg PR takut mungkin sbb apabila dasar2 kerajaan dijelaskan, peserta akan nampak bahawa negara sebenarnya bukan seperti yg PR gambarkan.. :)

    ReplyDelete
  5. Assalaamu 'alaikum, Tun Faisal & pelayar blog ini,

    Saya seorang Muslim, dan pernah ikut program BTN di Ulu Tiram Johor. Di dalam sesi LDK saya nyatakan kepada fasilitator bahawa akidah saya mengajar saya supaya apa juga yg saya lakukan & perlu lakukan hendaklah menepati ketetapan-ketetapan syarak; dan hukum-hukum perbuatan mesti dijadikan kayu ukur atau standard visi & misi perbuatan; sama ada ia jadi ibadah atau maksiat kepada al-Kahlik. Termasuk di dalam kurikulum BTN ialah memupuk smgt kecintaan kpd (i)tanah air & bangsa & (ii) ketaatan kepada pemimpin. Apabila saya nyatakan bahawa (i) Tak lain adalah bentuk assobiyyah - nasionalisme & wathaniyyah sementara, (ii) ketaatannya bersyarat: iaitu untuk melakukan ibadah atau maksiat - memandangkan pemimpin yg ada kini bukanlah penegak syari'at di dalam pemerintahan. Akibatnya sepanjang program [5 hari 4 malam) itu saya dicap anti-establisment oleh para
    fasilitator. Namun, tegas dengan hujah saya, mereka tak pun membari penjesalan yang tuntas, sama ada mengiyakan atau menafikan pandangan saya itu.

    Sampai sekarang saya tetap katakan BTN adalah alat indoktrinisasi & agensi propaganda kerajaan.

    ReplyDelete
  6. abu faiq,

    ramai drpd kita adalah org yg melawan arus semasa pelajar, tp tidak semestinya pegangan kita betul semasa pelajar kerana kita tercari2 pegangan hidup. ramai rakan2 saya bertanyakan soalan tp tak ada pulak yg diperlakukan begitu dan dianggap anti establishment, sebaliknya diberi penerangan sejelas mungkin spy perkara yg dibangkitkan dpt dihuraikan secara baik, mungkin cara sdr menanyakan soalan telah menyebabkan ada pihak yg tersinggung.

    sdr sendiri belum faham erti assobiyah yg sebenar dan saya percaya kerana dikelirukan oleh golongan yg berpentingan dan menggunakan agama bagi maksud politik. sdr boleh rujuk maksud sebenar assobiah melalui hadis2 yg ada. saya percaya sdr anggap ia indoktrinasi kerana sdr tdk dpt menerima sesuatu penjelasan yg bertentangan dgn kepercayaan yg ditanamkan oleh golongan yg menggunakan agama bagi maksud politik, mungkin melalui usrah dan tamrin. mungkinkah usrah dan tamrin itu alat indoktrinasi Pas?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sdr Tun atas penjelasan yang sangat detail,ilmiah dan penuh bijaksana. Ramai yang belum hadir dah ada mental blok sama ada dr rakan, keluarga atau penaja mereka.So positif tukar jadi negatif.Luar negara pembangkang doktrin sampai 4 atau 5 tahun mana tak jd terbalik.Mereka malas nak cari berita dr negara sendiri. Tak sokong sbb mereka dpt berita dr sebelah pihak sahaja.

    ReplyDelete
  8. Assalamu 'alaikum, TFI


    1 Hadith tentang assobiyah?: Kisah Prang Buath. Siapa, kenapa berperang. Pada zaman Madinah, siapa menyebabkan siapa hampir berperang semula kerana Buath? Bacalah asbabul- nuzul ayat 99-103 Surah Ali Imran. Itu drp Allah; pengharaman-Nya & penyerangan-Nya terhadap assobiyah ini. Baca juga tafsir ayat 22 Surah al-Mujadalah. Itu antara sumber authentik tentng keharaman assobiyyah. Belum lagi banyak hadith yang memerangi assosbiyyah. Saya ingin tahu juga hadith yg sdr jadikan sandaran utk memaknai assobiyyah; ikut tafsirn UMNO atau takrifan ahli rafsir & ahli hadith yg ikhlas kpd Allah.

    2 Kenapa sdra2 Muslim dari negara2Islam yng masuk mencari nafkah ke M'sia ditangkap jik tak bersurat? Sistem surat - bukti ada sempadan negara2 Islam - bersumber drp assobiyyah yg racunya Barat[kufar]lembagakan ke dalam perlembagaan & undang-undang kita, agar sesama Mulsim pun ada sempadan wilayah. Itu najis assobiyyah. Kita kata,
    "Itu urusan dlm negera mereka. Kita tak boleh masuk campur", ketika sdra-sdra Muslim di Tak Bai dibnuh kaum kufar; akar ucapan itu assobiyyah. Sepatutnya BTN motivasikan jeneral2 kita untuk bantu sdr2 Muslim kita itu - perang lawan perang. Isu Palestin, Minadanao, Iraq, Afghanistan dll - membisu negara2 umat Islam; akarnya
    assobiyyah.

    3 Di dalam kampung kita: parti bernama UMNO dan PAS tak kunjung habis cerca-mencerca, hina-menghina, kafir-mengkafir sesama Muslim. Perangai hodoh itu akibat taksub kpd fahaman, ketua, puak. Itu jelmaan racun asssobiyyah. Islam tak ajarkan itu, bahkan
    sangat2memeranginya. Syiah & Sunni di Pakistan, Iraq sembelih-menyembelih sesama Muslim, pun dek
    assobiyyah; sama spt tabiat UMNO-PAS bertelagah. Apakah tidak akan jadi begitu, kalau terus diapi-apikan oleh faham assobiyah? Pda . puak-puak dri parti kufur yang sekarang dibawa ke dlm kelambu UMNO & PAS sangat gembira. Demi menghadapi bencana drp puak kufur itulah, Islam haramkan assobiyyah. Sepatutnya BTN jerkah UMNO & PAS: Berhenti bergaduh! Indoktrinate
    mereka supaya bersatu - BERSATU
    DI DALAM SATU IKATAN TULEN -IKATAN AKIDAH ISLAMIYYAH. Hadapi musuh2
    mush2 Allah dgn berani, BUKAN TAKUT KALAU MEREKA TAK BERSATU DGN KITA!
    Sekarang mereka sdng baring2 di dalam kelambu UMNO/PAS. Tentu sdr pernah dengar kisah suku2 dlm masyarakat Minang NS dgn segala hukum-hakam adat. Akhirnya pecah kpd 11 puak. Itu assobiyyah TF!

    4 Tersinggung? Tak usah jadi fasilitatot BTN kalau tersinggung-tersinggung. Mereka kena sediakan
    diri mendepani provokasi minda. Hujah agama diluruskan dgn nash & dalil-dalil syari'i. Itulah fungsi BTN dari pandagnag Islam; sebab mereka pun Muslim belaka yg wajib menjadi da'i. [Yang ini Adna kena syorkan di dalam mesyuarat Anda kelak]

    Cukup untuk yg ini dulu, TF. Maaf, banyak makan ruang Anda. Harap2 dapat kita teruskan. Wassalam.

    ReplyDelete
  9. Assalaamu 'alaikum, TF & sdra-sdri Muslim yg melayari blog ini,

    TF, Anda tentu sudah sangat biasa dgn istilah ini - SEKULARISME : suatu fahaman yang mengakibatkan fungsi agama (dlm Islam ialah hukum-hukum syara' atau syari'at]
    dipisahkan dripada hal-hal/ urusan kehidupan; fahaman yg berlandaskan slogan; 'untuk dunia hukum dunia; untk akhirat hukum akhirat': hukum-hukum kehidupan dunia dan akhirat tidak m'punyai sebarang perkaitan. Itu bagi yang masih percaya kpd mana-mana agama. Bagi yng menolak kewujudan agama, tidak adalah hukum-hukum agama baginya, dan tidak adalah hari akhirat utk dia percayai.

    Fahaman skularisme ini akhirnya menjadikan individu, masyarakat, atau negara memutuskan seluruh urusan kehidupannya dari ketetapan-ketetapan agama.

    Muslim yg mengambil dan mendukung sekularisme ini akhirnya m'punyai berfahaman bahawa agama tdak lebih daripada melakukan ibadat-ibadat khusus, spt; solat, puasa, zakat, haji, doa, zikir,ikhtiar, sedekah,
    jaga silatur rahmi, jaga makan-minum halal, yg peka hukum aurat akan tutup aurat, dsb. Urusan kehidupan yng mencakup aspek-aspek
    politik/bernegara/pemerintahan,
    ekonomi, sosial, undang-undang, pendidikan, urusan h'bungan luar
    ngara [diplomatik], dsb, adalah urusan dunia semata-mata yg habis di dunia ini; tidak ada sebarang hak bagi agama untuk msuk campur; dan tidaklah akan ada apa-apa semakan akhir atau kiraan di hari
    akhirat kelak drp apa saja yang
    diamalkan di dunia.

    Akibatnya, wujudkanlah fahaman bahawa pahala-dosa hanya terkait dgn melakukan atau meninggalkan amalan/peribdatan khususnya itu sahaja. Amalan-amalan yg selain
    drp ibadh-ibadh khusus itu, Islam tidak tidak ambil peduli, tdak ambil kira sama ada berpahala
    atau mendatangkan dosa.

    Bukankah sungguh amat dahsyat kerosakan fahaman yang begini.
    [Kelahiran sekularisme: Baca sej 'Europe in The Dark Ages' [atau yg s'umpanya. Dlm net ada]

    Sekian utk yg ini dulu. Jumpa lagi, insya Allah. Salam hormat.

    ReplyDelete
  10. Assalaamu 'alaikum, TF & sdra-sdri Muslim yg melayari blog ini,

    SEKULARISME: antara yang saya muzakarahkan dgn fasilitator [ustaz dri sm di Pontian] dlm LDK. Berkali2 bertukar fikiran untk dilihatkan dgn terperinci kesan Sekularisme kpd akidah, pemikiran & kehidupan yg Islami. Sah, jika sejak mula dia memahaminya serta kesannya kpd fahamannya terhadap Islam, mungkin tidaklah suka-suka dia jadi fasilitator BTN. Itu yg dapat saya resa kesannya pada dirinya apbila pada hari akhir beliau kata pada saya, {lebih krang maksudnya}"....[nama sayalah
    tu..] T/kasih. Bnyak benda baru saya dapat dari awak; cara awak
    mmahami Sekularisme, Demokrasi, assobiyyah, HAK Asasi Manusia, sistem berkerajaan, halal haran undang2 sivil, dari kacamata Islam". [Tolong, jangan disalah
    tafsir, bukan niat mahu memuji diri; jauh sekali]. Saya kata,
    "Ustaz, itu bukan drp saya. Itu semua daripada ajaran akidah yang saya pegang".

    Seseorang Muslim yg ikhlas & benar2mahu mengambil Islam sebagai SATU-SATUnya jln selamat hidup di dunia untuk menjaminnya [srta keluarga & slruh ahlinya] bahagia di akhirat, pasti dapat menerima [redha] kpd hakikat; betapa JAUHnya semua idea itu dapat memesongkannya daripada jalan Islam yng murni, jalan lurus Rasulnya & terselisihnya dia dari segi kedua2 tuntutan akidah dan syari'at. Lalu, dia bersungguh2 BERUSAHA MENCARInya. Mudah saja. Jika shj mahu berpegang erat, pnuh yakin & dgn redha kdp [antaranya]
    ayat 44 Surah al-Ma'idah [hujung ayat],ayat 45 Surah al-Ma'dah; ayt 47 Surah al-Ma'idah [hujung ayat], ayat 50 Surah al-Ma'idah & ayat 85 Surah Ali Imran, jalan pemikiran Islaminya pasti jernih; pemikiran yg tidak Islami pasti tersisih, kerana dia YAKIN DGN PASTI bahawa di sana ada halal ada haram, ada dosa ada pahala - ADA SYURGA ADA NERAKA. Ini iktiqad benar seorang Muslim, iqtikad yang seWAJIBnya mengkristal [& dikristalkan] di
    dalam dirinya, zahir dan batin.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum WBT

    Tahniah diatas pendapat dan hujahan yang diberikan.

    Bukan hendak menunjuk padai tetapi sekadar memperingati dgn pandangan berlandaskan nas dan dalil.

    Akal adalah untuk memahami nas dan bukan unutk mengubah nas. Nas dan dalil yang digunakan haruslah "bersesuian" dgn keadaan.

    Cth... riba adalah haram tetapi ada ulama yang menghalalkan riba dengan menggunakan hadis "wasiat"... (meletakkan nas pada keadaan yang salah)

    Berbalik kepada tajuk dan diatas perintah Allah supaya memberi peringatan (rujuk Al-Ghasyiyah:21 mengenai tanggujawab memberi peringatan)......

    Rasulullah SAW bersabda :

    "bukanlah dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" (HR Abu Daud).

    Dari hadia di atas maka kita boleh melihat dengan jelas bahawa hadis ini sebagai "amaran dan ancaman" kepada kaum muslimin supaya menjauhi assabiyyah (bangsa).

    Perjuangan assabiyyah dan wataniah adalah perjuangan jahilillah. Sebelum kedatangan Islam manusia sering bergaduh serta berperang antara satu sama lain kerana ingin mempertahankan puak masing-masing.
    Setelah Rasulullah diutus, baginda terus menghapuskan ikatan ini dan menyatukan manusia seluruh dunia dengan satu kalimah iaitu La
    ilaha illallah Muhammad Rasulullah.

    Ikatan inilah yang membuatkan kaum Muhajirin dan Ansar bersatu menegakkan kalimah Allah.

    "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."[Al-Anfaal:72]

    Diantara mereka ini telah terjalin persaudaraan yang teguh diatas nama Islam hinggakan mereka menganggap sebagai saudara kandung.

    Perjuangan Baginda telah memusnahkan sempadan dan tembok penghalang diantara manusia. Diatas nama Islam pelbagai kaum telah bersatu tanpa mengira keturunan, warna kulit, rupa-paras dan sebagainya. Pemahaman jahiliyah telah hancur bilamana turun Islam dan ini terbukti apabila Islam telah mendahului dan memerintah 2/3 dunia dan ummatnya dilindungai dari musuh Islam.

    bersambung.......

    ReplyDelete
  12. Begitulah terjadinya penyatuan diantara Aus dan Khazraj sehinggakan sekumpulan puak yahudi menyelinap kedalam puak ini dan mengapikan pemikiran assabiyyah dan menyebabkan pergaduhan diantara mereka. Bila perkara ini sampai kepada Rasullah SAW maka Baginda dengan tegas bersabda: "Wahai kaum Muslimin, ingatlah kalian kepada Allah, ingatlah kalian kepada Allah! Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah, padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian.
    Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam, memuliakan kalian dengannya,
    memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian,menyelamatkan kalian dari kekafiran dan menyatukan
    hati kalian.”

    Bila mendengarnya maka mereka tersedar yang mereka telah termakan seruan jahiliyyah ini dan mereka telah kembali kepada seruan Islam. Didalam al-quran juga telah dinyatakan. Allah SWT berfirman :

    "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."[Al-Imran:103].

    Perbezaan kita dizaman dulu dan kini adalah....

    Semasa zaman Rasullah SAW, mereka yang menentang adalah manusia jahiliyyah namun di zaman ini, yang menentang adalah orang Islam sendiri dan orang Islam juga yang menyeru kepada seruan jahiliyyah ini. Bukan sahaja di peringkan bawah malah diperingkat negara dan menyedihkan lagi adanya para ulama yang menyokong seruan jahiliyyah ini.

    Wahai pembaca yang dirahmati Allah...

    Tidak dinafikan bahawa ulama dalah pewaris nabi namum harus di "INGATKAN" bahawa Ulama yang bagaimanakah yang mewarisi nabi???

    1. Yang mengikut seluruhnya tariqah dan fikrah Rasulullah SAW tanpa menambah atau mengurangkan sedikitpun apa yang dilakukan oleh Baginda.
    2. Yang mengikut Rasulullah dengan menolak dan menambah sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasullah SAW.

    Allah juga telah memberikan jalan dan juga jawapan kepada seluruh manusia...

    "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."[Al Ahzab:21]

    Diakhir kata....

    Setiap apa yang dilakukan akan dihitung diakhirat kelak. Maka pilihan ditangan antum semua.

    Semoga dengan sedikit penerangan ini dapatlah antum semua faham akan seruan jahiliyyah yang di"haram"kan oleh Rasullah SAW hinggakan Baginda tidak akan mengaku akan ummatnya di akhirat kelak...

    Sekian....

    Wassalam...

    jebbat
    hanya seorang hamba Allah.
    jebbat.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Assalaamu 'alaikum,

    Segala puji bagi Allah,

    Sdr TF, Sdr Jebbbat & semua sdra-sdri Muslimin-Muslimat, marilah berdoa, di smping mengusahakannya, moga-moga kita semua menjadi umat yg SATU; SATU pada pemikiran, SATU pada perasaan, berpandukan SATU Kitabullah, bersumber drp Allah Yang Satu.

    ReplyDelete
  14. sbb itu rasulullah saw tdk mengatakan perasaan cinta kpd kaum sebagai assobiyah; ini berbeza dengan faham sosialis yg mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Islam. Islam menmghalalkan fitrah sbb itu nik aziz salah jika kata tidak ada perbezaan di kalangan umat nabi adam. pertamanya, adakah hak seorg islam itu sama dgn bukan islam? bukankah mereka juga anak adam? kedua kenapa dlm faraid ada perbezaan antara penerima, kenapa tidak disamakan sahaja. malah kenapa di antara anak tiri, anak angkat dan anak sendiri juga ada perbezaan? tidakkah fitrah itu dihalalkan oleh islam... :)

    ReplyDelete
  15. Salam TF

    Kita berhujah berlandaskan dalil dan nas. Jadi bagi hujah anta berlandaskan dalil dan nas, bukan mengeluarkan soalan tanpa jawapan. Jika tuan blog ada dalil dan nas maka sila berikan. Lebih adil bagi pembaca untuk mengetahui kebenaran.

    Itu barulah berhujah dengn ilmiah. Bukannya hendak menjatuhkan seseorang TETAPI MEMBETULKAN SESEORANG.... itulah Islam...

    Muhasabah kepada kebaikan. Terpulang samada seseorang hendak menerimanya atau tidak. Yang penting tanggungjawab kita kepada Allah telah dilaksanakan.

    Jadi jika tuan blog mempunyai hujah, maka kemukakan dengan adil hujah anda. Tidak perlu mengelak dgn memberi persoalan-persoalan yang lari dari tajuk.

    Semoga kita dapat bertukar pandangan secara ilmiah. Itu lebih adil pada pembaca.

    InsyaAllah

    ReplyDelete
  16. kalau soalan semudah itu tak boleh dijawab bermaksud nik aziz tak ada hujah kukuh utk mempertahankan kenyataannya, bagi saya kenyataan nik aziz bukan keluar dari dalil tp dari pemikiran dangkal, sebab itu gagal menjawab 2 persoalan mudah yg saya utarakan.. :)

    ReplyDelete
  17. Bukan tiada jawapan tetapi jika di jawab maka ia akan memerlukan hujah yang panjang dan akan lari dari tajuk yang di berikan.

    Adalah lebih adil jika kita berhujah atas rujukan dalil dan nas. Dan berhujah secara ilmiah. Jika tidak, maka lupakan saja tajuk ini dan kita akan jumpa nanti dikahirat kelak dengan hujah masing-masing di depan Allah.

    Di sini ingin dinyatakan bahawa ana lebih selesa berhujah secara ilmiah walaupun berbeza pendapat dan "TIDAK BERMINAT" dengan hujah akal semata-mata tanpa rujukan dan tidak ilmiah.

    Wassalam...

    *boleh hubungi ana di jebbat@blogspot.com

    ReplyDelete
  18. "PEMBETULAN"

    boleh hubungi ana di jebbat@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,
    buat Abu Faiq dan jebbat, ternyata anda memang bijak dalam berhujah dan memberikan nas-nas yang bersesuaian dengan pandangan anda. Untuk tiu, terima kasih kerana berkongsi ilmu.

    Ketahuilah, bukan semudah bercakap untuk mendaulatkan 100% negara Islam, apatah lagi kita baru 52 tahun melangkah keluar daripada penjajahan British.

    Tidak dapat saya nafikan, kita masih merangkak ke arah kerajaan Islam yang paling ideal, tetapi saya nampak perubahan demi perubahan. Jika tidak, masakan negara Islam yang lain duduk berbincang dengan kita? Perlahan-lahan dan bawa banyak bersabar saudara. Empayar Islam yang dahulunya bukan terbina dalam masa yang singkat.

    Buat jebbat,
    Saya hormati pandangan anda..cuma apabila saudara menyatakan:

    Adalah lebih adil jika kita berhujah atas rujukan dalil dan nas. Dan berhujah secara ilmiah. Jika tidak, maka lupakan saja tajuk ini dan kita akan jumpa nanti dikahirat kelak dengan hujah masing-masing di depan Allah.

    Di sini ingin dinyatakan bahawa ana lebih selesa berhujah secara ilmiah walaupun berbeza pendapat dan "TIDAK BERMINAT" dengan hujah akal semata-mata tanpa rujukan dan tidak ilmiah."

    , saya agak sedih. Ini bukanlah sesuatu yang baik. Setahu saya, telah banyak ilmuwan dan pendebat Islam yang berhujah dan berdakwah dengan mereka yang berhujah dengan akal, malah yang langsung tidak mempercayai adanya Tuhan.

    Islam tidak meletakkan hanya satu cara sahaja untuk berdakwah dan berhujah. Apakah jika seseorang itu berhujah membabi buta, kita biarkannya? Tidak bukan?

    Oleh itu, gunakanlah kebijaksaan kurniaan Allah untuk berbincang. Jika seseorang itu hanya menggunakan akal, gunakan logik akal. Pasti saudara pernah terbaca kisah penggunting rambut yang tidak mempercayai Allah dengan pelanggannya.

    Didalam kisah itu, pelanggannya sedikit pun tidak menggunakan nas atau dalil naqli, tetapi masih mampu membuatkan penggunting rambut itu tersedar.

    Sekadar pandangan yang tidak seberapa.

    Wallahualam..

    ~ OnDaStreet
    http://ondastreet.wordpress.com

    ReplyDelete
  20. With all due respect Tun Faisal, the part where I stated "Jika seseorang itu hanya menggunakan akal, gunakan logik akal", it is in general terms, not addressing to you.

    ~ OnDaStreet
    http://ondastreet.wordpress.com

    ReplyDelete
  21. Terima Kasih atas pandangan anta.

    Akal adalah untuk memahani nas al-quran. Itu fungsi akal dan meletakkan nas pada keaddaan yang betul.

    Untuk pengetahuan, 52 tahun kita merdeka, belum nampak Islam seluruhnya di Malaysia. Rasulullah SAW terima wahyu semasa baginda berumur 40 tahun dan wafat pada umar 63 tahun (ada yang berbeza pandapat mengenai tarikh). Apabila menerima wahyu, beliau hanya seorang diri dan yang kufur adalah seluruh dunia. Tak sampai 30 tahun sudah wujud negara Islam pertama Iaitu Madinah.

    Berhujah dengan menggunakan akal... Astafirullah...
    Mana dapat ni???

    Saudaraku OnDaStreet

    Jumhul ulama dulu berhujah dengan memahami dan dan segala yang di hujah masih berada di ruang lingkup Islam.

    Namum... ulama kita berhujah menggunakan hukum akal sehinggakan riba jadi halal. Arak ada lesen kira halal. Babi berkelimpangan.

    Sebelum Baginda wafat, baginda telah berpesan kepada seluruh kaum muslimin. Aku tinggalkan kaum Al-Quran dan Sunnah. Ikutlah maka kamu tidak akan sesat.

    Berbeza pendapat tiada masalah dalam islam tetapi jika luar pada ruang lingkup Islam maka tidak dibenarkan.

    Maka jika hendak berhujah maka berikah hujah berdasarkan dalil dan nas yang saudara rasa perlu digunakan. Pembaca boleh mencari kebenaran dengan sumber yang diberikan.

    Itulah secara ringkasnya perbincangan di dalam Islam. Setiap hujah perlu ada rujukan.

    Seperti ana katakan, itu lebih adil dari berhujah ikut akal semata-mata.

    Persoalannya....

    Adalah patut kita letakkan akal lebih tinggi dari hukum Allah???

    Kenapa harus wujudnya hukum mencuri didenda sahaja sedangkan Allah memerintahkan potang tangan.
    Ini adalah kerana mereka menggunakan hukum akal tanpa rujukan.

    Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku.

    Apapun, terima kasih atas pandangan yang di berikan.

    Untuk lebih lanjut boleh hubungi ana di jebbat@gmail.com

    InsyaAllah, kita boleh bertukar pandangan.

    ------------------

    Kepada tuan blog...

    Mohon maaf kerna posting ini dah lari tajuk sikit.

    Mohon maaf.

    Apapun yang kita lakukan...

    pastikan Islam berada di tahap yang paling atas. Islam adalah deen (the way of life).

    ReplyDelete
  22. Saudaraku jebbat,
    saya tidak nafikan nas dan dalil naqli mengatasi dalil aqli. Apa yang terkandung dalam Al Quran dan Sunnah memang tidak dapat disangkal.

    Akan tetapi, tidak semua orang mampu berbicara berdasarkan cara yang sama dengan kita. Tidak semua muslim yang mempunyai tahap ilmu yang sama.

    Maka, apalah salahnya, kita berbicara dan berdakwah mengikut kesesuaian dan berhikmah. Tidak semua orang sesuai kena caranya.

    Itu yang saya maksudkan. :)

    ~ OnDaStreet
    http://ondastreet.wordpress.com

    ReplyDelete
  23. Syukran atas pandangan anta.

    Ana tidak mahu berhujah panjang kerna sudah lari dari tajuk asal.

    Apa kata klu saudara menghubungi ana dan kita berhujah dan bertukar pandangan secara ilmiah melalui email. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  24. saya tak rasa soalannya susah - adakah hak org bukan Islam sama dgn hak org bukan Islam? malah di negara Islam madinah - berdasarkan piagam madinah, apakah hak-hak org Islam dan bukan Islam sama? terutama dari segi memilih pemimpin?

    begitu juga dalam hal berkaitan faraid - ini merupakan garis panduan pengagihan harta pusaka dan kenapakah haknya tidak sama sedangkan semuanya anak adam? :)

    jawapannya ada secara naqli dan aqli - cuma sdr jebbat tidak mahu mencari dan berfikir.

    ulul albab itu - org yg melihat physical evidence, berfikir mengenainya (termasuk melahirkan ilmu dan teknologi darinya) dan mereka bertasbih memuji kebesaran allah swt (bukan bongkak dgn ilmu yg ada) - bermaksud kena berfikir, bukan main baca ayat quran tanpa berfikir.. :)

    sebab apa hujah nik aziz mudah ditangkis? sbb nik aziz berhujah tidak berlandaskan ajaran islam sebenar, sbb itu persoalan ini nampak sukar dijawab, wlupun hakikatnya jawapannya ada dlm al-quran dan hadis. sdr pergilah cari hadis dan ayat qurannya - semuanya ada.. :)

    yg tak boleh fikir menggunakan aqal lebih2 kerana ia melampaui batas kemampuan aqal manusia dan boleh membawa manusia ke arah kesesatan hanyalah perkara berkaitan aqidah, amalan ibadah khusus dan akhlak.

    ReplyDelete