Wednesday, March 18, 2009

Ayahanda Tun, anakanda Tun....

Saya gembira kerana rupanya pemikiran saya tidak jauh berbeza dengan mantan Perdana Menteri dan Negarawan Terulung Negara, Tun Dr Mahathir Mohamed. Ini memberi semangat kepada saya, walaupun rupa saya tidak sekacak Ayahanda Tun, kalau saya berusaha lebih gigih, mungkin sebelum hayat saya berakhir saya mungkin boleh menjadi sehebat beliau.. ha ha ha. Apa salah sekali sekala berangan-angan, kalau angan-angan boleh menjadi harapan, harapan boleh menjadi cita-cita, cita-cita dengan usaha keras, doa, nasib dan taqdir boleh menjadi realiti. Seronok rasanya.... Macam saya katakan, berhujahlah tanpa menipu dan memanipulasi, berhujahlah dengan rasional, bukan emosional, berhujahlah dalam lingkungan tradisi intelektual dan budaya ilmu.


SOUND BITES
By
Dr. Mahathir Mohamad on March 18, 2009 6:42 PM Comments (2) TrackBacks Nasha bin Edwin

1. Ya saya akui tidak dapat buat roket ke angkasa, atau kereta boleh terbang atau boleh berubah jadi bot. Apakah semua orang yang fasih berbahasa Inggeris semua boleh buat roket? Tetapi yang belajar berkenaan dengan roket sains memang boleh. Setakat ini belum ada yang tidak belajar sains dalam Bahasa Inggeris yang mencipta roket. Orang Cina dan India pun mengguna ilmu sains yang terkini yang terdapat dalam Bahasa Inggeris untuk roket mereka. Ahli roket Jepun pun mengguna hasil kaji selidik dalam Bahasa Inggeris untuk menjayakan program roket mereka.
2. Nak sokong parti lawan sokonglah. Tak bersetuju dengan saya pun tak apa.
3. Tetapi berhujahlah secara yang masuk akal. Berhujah seperti saudaralah yang menyebabkan orang lain anggap orang Melayu bodoh.

15 comments:

  1. Berbicaralah tuan sebagai makmum dan maksumkan sahaja yang tuan junjung.
    Saya pasti, sejarah akan jadi penerang untuk generasi masa hadapan. Yang kita lakukan hari ini, adalah apa yang kita pikul di hari pembalasan.

    ReplyDelete
  2. Personally i have nothing against PPSMI. tak da masalah.Nanti masuk U,kena belajar dalam english gak.cuma masalah sekarang sasterawan negara dan prof diraja dan rakyat rasa mcm martabat BM tercalar, dan rasa bahasa kita direndahkan kerana PPSMI ni.Ini semua persepsi Tun, macam mac tahun lepas BN kalah partly kerana ini juga, pengurusan persepsi (mcm dlm awani mlm tadi),blog, PR, media kome tak pandai handle. Kalau kome ble pikir macamana nak menerangkan satu2 isu dgn lebih mantap kan bagus. Tapi mungkin dah agak terlambat, patut mula dulu terus bagi penerangan. sekarang susah la sikit, dah demo apa semua. Polis pula sembur pemedih mata sampai dlm masjid, lagi ramai sympathiser for the cause. Kome pikir2 la.

    ReplyDelete
  3. Sdr Yusuf, itu saja hujah sedara? Macam dah tak mampu berhujah je lagi, dah penat? :)

    Sdr haitheking, betullah apa yang saudara kata, tetapi cabaran mengurus parti yang menjadi kerajaan tak sama dengan mengurus parti pembangkang. Lagipun orang dalm UMNO tak cukup jahat macam orang dalam PKR dan PAS. Pasal tu isu-isu kelemahan PKR dan PAS tidak diserang sampai ke tahap serangan peribadi. UMNO setakat menyatakan kebenaran sahaja, mcm kes Anwar Ibrahim, belum sampai ke peringkat mengada-adakan cerita. Tunggulah bila ada barisan kepimpinan yang sama ganas, baru bertemu buku dengan ruas.

    Saja nak berkongsi nukilan Zurinah Hassan tentang Pak Pandir; Inilah realiti pembangkang dan penyokong pembangkang sekarang

    Ya, Pak Pandir
    kau tentu tak menyangka
    kami pun begitu juga
    tak pasti mana yang lebih besar
    antara harga yang dibayar
    dengan untung yang dikejar

    mengharap seuncang untung
    terbuang modal sekarung
    seperti rusa yang terbuang ke sungai
    yang terkorban mungkin lebih bernilai
    daripada matlamat yang dicapai


    Zurinah Hassan
    Modal Pak Pandir


    Ah, Pak Pandir jangan tak tahu
    Kesilapan seperti itu
    Memang mudah berlaku
    Umpamanya kami tak arif membezakan
    Yang tulen dengan yang palsu
    Yang warak dengan yang tamak
    Kerana ramai yang pandai menyamar
    Di sebalik pakaian dan ucapan
    Mentafsir ayat suci
    Mengikut agenda peribadi

    Kami pun mudah terpedaya
    Dalam seni retorik
    Kreativiti pengiklan
    Dan putar belit media
    Yang membingungkan dunia

    Kau tidak keseorangan
    Sesiapa pun mudah menjadi keliru
    sepertimu

    Zurinah Hassan
    Jangan Risau Pak Pandir


    renung-renungkan lah.. :)

    ReplyDelete
  4. Tun,
    benar mengurus pembangkang n kerajaan tak sama, tgk saja skrg di selangor,penang,perak. Sapa saja kalau dah pegang kuasa mmg camtu, membangkang memang seronok.
    Paragraph ni saya tak setuju..
    "Lagipun orang dalm UMNO tak cukup jahat macam orang dalam PKR dan PAS. Pasal tu isu-isu kelemahan PKR dan PAS tidak diserang sampai ke tahap serangan peribadi. UMNO setakat menyatakan kebenaran sahaja, mcm kes Anwar Ibrahim, belum sampai ke peringkat mengada-adakan cerita."
    Saya campur dua dua BN and PR, dua dua ada jahat.. dua dua ada baik,politician bang, dime a dozen. cuma masalah umno ni orang kata dah peringkat hanging the dirty laundry to the public, tu yang nampak teruk sangat.tambah DR M pun sendiri kata kat UMNO,memang lg down la saham(walaupun mainly dai hentam tok lah).
    Mcm ni lah Tun, saya tau dalam UMNO ada geng muda2 mcm Tun, KMU,Promuda apa semua kan, you all saja lah yang mampu merubah bagi harum balik UMNO ni.
    Dan untuk itu kita tak perlu membanding dengan pembangkang,hanya umno boleh jatuhkan umno.Mari kita tgk lepas Tok Lah pi ,macamana Tok Najib punya idea.Dan tgk pilihanraya kecil ni mcamana sentimen rakyat... saya ada beberapa idea.nanti ada masa saya nak bincang.

    p/s: aku lah ilham..
    lawat di www.guitaril.blogspot.com
    or www.hailtheking.wordpress.com

    ReplyDelete
  5. Insyaallah bro. Tak cukup jahat dalam konteks nak mengada2kan cerita, nak memfitnah pembangkang. tu yang heran nya. Klu sesama sendiri tak tau la pulak kan.. ha ha ha. Apapun umno bashing shd stop. malangnya kita terpaksa tunggu sampai bulan 3 habis. ish ish ish

    ReplyDelete
  6. Itu bukan hujah. Itu sekadar kata-kata untuk kita Tun. Nasihat untuk yang mahu mendengar. Sekali lagi, untuk kita.

    ReplyDelete
  7. berkenaan dengan PPSMI. sebagai batch pertama mengikuti PPSMI, saya rasa cukup gembira kerana terma2 sains dan matematik tidak menjadi masalah apabila saya ke alam IPT kini. ramai daripada seniur saya selalu mengganggap kami batch yang bertuah kerana "foundation moulding" yang kukuh untuk menghadapi alam ipt.

    persoalan meruntuhkan bahasa inggeris ada isu yang ditimbulkan oleh mereka yang amat pesimis sebenarnya. apakah apabila saya mempelajari s&m dalam bahasa orang, bahasa sendiri saya pinggirkan? langsung tidak. malah, kalau nak kira penurunan penghayatan terhadap bahasa sendiri, itu tuduhan melampau, adakah sepanjang rutin saya bercakap dlm english akibat drpd ppsmi ini?

    sepatutnya, kita tak usah la nak menuduh, berdemonstrasi dan sebagainya.. gerakan menentang ppsmi sepatutnya menukar nama kepada KELAB PENCINTA BAHASA, kelilingi seluruh negara,membantu DBP dan kerajaan mempromosi Bahasa MELAYU. barulah gerakan ini akan kelihatan lebih berpatriotik. ini bukan, nama je demonstrasi bahasa, namun penuh dengan permainan politik, gerakan ini sendiri telah menunjukkan kepada kita perjuangan bahasa kini bukan lagi seperti pendeta zaaba dan sealirannya yang menjunjung bahasa dengan penuh kemuliaan.

    saya mengesyorkan saudara tun faisal supaya memperjuangkan pembelajaran sastera BM di peringkat IPT diwajibkan walaupun dalam bidang kejuruteraan dan perubatan. agar, matapelajaran BM itu sendiri kita perkasakan. ppsmi jangan sekali kita mansuhkan.

    ReplyDelete
  8. bro, njib pun dah suport. kira berani juga dia, ambil keputusan tak popular ni.

    ReplyDelete
  9. salam
    tahniah di atas kemenangan saudara dalam pemilihan exco pemuda umno pusat.

    gap mengharapkan saudara dapat memperjuang pemartabatan islam dan bangsa.

    murtad, anwar ,lieralisme islam, biadap pada raja dan hak melayu dapat saudara berjuang habis-habisan.

    moga amanah dari ALLAH ini dapat saudara pikul.

    ReplyDelete
  10. Tahniah atas kemenangan daripada www.permatangpauh2u.com

    ReplyDelete
  11. First of all a congratulation is in order to you, for winning the pemuda exco. 4 seats from Putrajaya!! wow!
    Another pleasant news, Ust Sharin my senior from SMKA Segamat also won.My only regret is Khaled Nordin and Mukhriz didn't win.
    KJ winning is a very very unpleasant suprise. People are questioning Umno seriousness in curbing graft or money poltics. Even the panel in Astro Awani concluded on this.
    Dah menang tu dah lah, bang. Kasi update la blog ni!!!

    ReplyDelete
  12. SALAM SDR TUN

    TAHNIAH ATAS KEMENANGAN SDR TEMPOH HARI. SAYA BTUL2 X SANGKA ADA JUGA DIKALANGAN PARA WARGA BLOGGER DPT JUGA BERKONGSI MENGECAPI KEGEMILANGAN DALAM MEWANCANA HALATUJU UMNO..TAHNIAH SEKALI LG DR SAYA UTK SDR.

    HARAPAN KAMI ORG2 DI BAWAH KHASNYA SAYA SEBAGAI AHLI BPN MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA KPD SDR TUN.

    MUDAH2AN KITA AKAN BEROLEH KEJAYAAN INSYALLAH..

    http://jeffrydamien09.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. bro..tahniah atas kemenenangan. kita kene ingat bahawa jika kita mempunyai sedikit kuasa kita perlu menggunakannya untuk kebaikan dan membaiki rakyat, parti, kerajaan dan negara.kita tidak perlu untuk mempamerkan kelemahan dan kepincangan pihak lain tetapi jika kita bekerja kuat dan menunjukan bahawa kita bekerja dan berjuang untuk pembangunan negara semua pihak akan mengetahui hala tuju dan niat kita...jangan sekali-seklai kita memburukkan orang lain cuma kita boleh membetulkan keadaan jika mereka membuat sesuatu yang tidak betul. selamat berjuang bro.

    ReplyDelete
  14. salam,

    1st of all, tahniah le bro atas kemenangan sbg EXCO Pemuda.Bukan mudah utk 4 calon dr cawangan dan bahagian yg sama utk menang...but you all did it! How? some say in the negative perspective...tp aku think +ve. Aku harap kita jadikan Pemuda ini benar2 Pemuda...

    Sentuh sket pasal PPSMI. Macam Dato Hisham cakap...kepentingan orang yg menyokong PPSMI juga perlu diambilkira...Aku secara peribadi menyokong PPSMI...dan dengan menyokongnya aku tidak merasakan bahawa Bahasa Melayu akan aku lacurkan. Aku pun pelik macam Dato Hisham pelik...nape lepas 6 tahun baru nak menyalak...Adakah Melayu memang bersikap demikian? Soalnya, adakah PPSMI akan dilihat dari perspektif pendidikan anak2 kita atau persepsi politik?

    Pasal UMNO vs pembangkang...betul lah tu bro...UMNO tak lah seganaz dan tak beretika sptmana puak sebelah. Kadang terpikir jugak...kita layan ganaz sama lah...baru buku bertemu ruas. Tapi orang kata kalau kita ikut sifat orang gila kita cenderung untuk menjadi orang gila...So, jom fikirkan jalan paling sempoi nak bagi buku bertemu dengan ruas...

    Salam Transformasi....

    http://warisantamar.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. apabila kita berhadapan dengan masyarakat kita perlu menunjukan bahawa kita bekerja untuk membangunkan negara dan memajukan negara.banyak pelaburan telah negara buat khususnya dalam pendidikan tetapi masyarakat tidak melihat kejayaannya hasil dari pelaburan berkenaan kerana banyak faktor..antaranya ialah pelaburan kita tidak dihebahkan dan lambat menampakan hasil..kita sibuk dan asyik menyalahkan orang itu orang ini, berbanding dari mencari jalan penyelesaian untuk mencari alternatif terbaik..lihatlah isu PPSMI masing-masing mencari kesalahan..tidak ramai pegawai kjaan yang membuat kenyataan dan membetulkan keadaan..kita membiarkan pihak lain yang membuat penerangan dan roadshow..mana pergi golongan profesional? begitu juga dengan usaha-usaha kita yang kita buat untuk memajukan masyarakat, kerajaan dan negara..ramai yang gemar berusaha menjatuhkan orang itu dan orang ini..saya sangat memuji usaha dan idea ahli MT kita yang baru mencadangkan agar golongan guru atau pegawai kerajaan boleh terlibat dalam politik dann membantu membetulkan keadaan..sama2 kita berusaha..tidak ada bezanya golongan itu adalah politik, usahawan, kakitangan kerajaan malah penggangur sekalipun jika niat bersama adalah untuk membangunkan negara dan memakmurkan rakyat.

    ReplyDelete