Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal hanya seorang anak nelayan, tetapi berjaya memperoleh 19A1 dan 1A2. Ironinya beliau adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang mengikuti program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kejayaan Nik Nur Madihah membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan.
Nur Madihah memperoleh 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Paling menakjubkan bagi seorang anak nelayan, beliau turut mendapat A1 dalam subjek English for Science and Technology (EST), Matematik, Sains, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.
Saya seronok untuk melihat reaksi penentang PPSMI tentang keputusan SPM ini. Saya percaya mereka berasa kecewa kerana mereka mengharapkan keputusan SPM akan jatuh merudum dan ini akan membolehkan mereka memberi lebih justifikasi terhadap penentangan mereka dan membolehkan mereka mengumpul lebih ramai orang untuk berhimpun di jalanan. Sekarang ini pun di media maya, ada pihak yang sedang menyebar fitnah kononnya pelaksanaan PPSMI dipertahankan kerajaan kerana didalangi korupsi dalam kalangan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Malangnya hasrat ini tidak tercapai kerana keputusan SPM adalah stabil dan pencapaian mata pelajaran tertentu meningkat berbanding tahun lepas. Pencapaian mata pelajaran Sains dan Kimia misalnya meningkat ketara (melebihi tiga peratus) dari aspek kelulusan 1A hingga 8E, cemerlang 1A dan 2A serta kepujian 3B hingga 6C. Pencapaian Sains dan Kimia didapati konsisten di bandar dan luar bandar.
Pencapaian Matematik meningkat dari aspek kelulusan, cemerlang dan kepujian. Manakala pencapaian Fizik dan Biologi meningkat dari aspek kelulusan, dan kepujian. Pencapaian kesemua mata pelajaran ini juga konsisten di bandar dan luar bandar. Jika ada penurunan pun, ia adalah untuk subjek Matematik Tambahan. Itu pun penurunannya tidak ketara, iaitu pada tahap 0.6 peratus.
Keputusan SPM 2008 yang cemerlang membuktikan bahawa pelajar kohort PPSMI sudah semakin selesa menggunakan bahasa Inggeris bagi mempelajari subjek berkaitan Sains dan Matematik.
Keputusan SPM ini bukan sahaja konsisten dengan dapatan ujian diagnostik yang dilaksanakan malah turut konsisten dengan Kajian Status Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan Sains Tambahan (Tingkatan 5) dan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris (Tahun 5 dan Tingkatan 5) yang dibentangkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) di dalam Persidangan Meja Bulat PPSMI Pertama.
Berdasarkan nota saya, dalam kajian ini didapati trend pencapaian murid kohort PPSMI di peringkat sekolah menengah (2003 – 2007) adalah serupa dengan trend pencapaian murid sebelum dasar PPSMI. Di bawah program PPSMI trend ini kekal bagi murid dari kelompok Sains Tulin, Sains Tambahan dan Sastera / bukan Sains semasa di Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.
Didapati juga murid aliran Sains Tulin masih memperolehi prestasi yang lebih baik daripada murid aliran Sastera / Bukan Sains dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Murid dari aliran Sains Tulin (Tingkatan 5 Tahun 2007) mempamerkan keputusan yang sangat baik dengan lebih 70 peratus lulus keenam-enam mata pelajaran dan lebih 25 peratus murid mendapat keputusan cemerlang dalam Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.
Murid dari kelompok Sains Tambahan pula menunjukkan peningkatan dalam pencapaian subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Matematik Tambahan semasa di Tingkatan 5 (2007) berbanding di Tingkatan 4 (2006). Manakala murid kelompok Sastera / Bukan Sains menunjukkan peningkatan dalam markah min Matematik, Sains dan BI semasa di Tingkatan 5(2007) berbanding di Tingkatan 4(2006).
Saya angkat topi kepada guru-guru di Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi yang bertungkus-lumus berusaha menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak murid mereka biarpun terpaksa bergelut melaksanakan pengajarannya di dalam bahasa Inggeris.
Saya percaya guru-guru Nik Nur Nadihah adalah dalam kalangan mereka yang kuat berusaha dan bukan jenis yang memberi pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan PPSMI. Sebaliknya mereka ini telah memanfaatkan sepenuhnya segala program latihan, perkakasan, perisian dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang diperuntukkan kepada mereka dan menunaikan amanah mendidik anak bangsa dengan cemerlang sekali.
Ini jelas menerusi kata-kata Nik Nur Madihah, ''Saya tidak ikut kelas tambahan di luar sekolah, hanya tumpukan perhatian pada apa yang boleh ditimba di sekolah".

Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
Rabu, 18 Mac 2009
Laut jangan ditafsir dengan hanya satu cedokan di tepi pantai.
ReplyDeleteSaya mohon tuan, fikirkan nasib anak-anak kampung dan pedalaman yang lain.
Sekarang memanglah dapat lepas, sebab masih boleh menjawab dalam bahasa Melayu. Itupun, ramai yang sangkut. Tapi tak apalah, kalau sudah cuping mahu ditutup sahaja. Di kubur nanti, lidah yang bercabangpun akan musnah.
Saudara Yusof,
ReplyDeleteBacalah hujah-hujah saya sebelum ini. Bacalah hujah-hujah Tun M sebelum ini. Jangan pandang rendah kepada anak-anak kampung. Yakinlah dengan keupayaan anak bangsa sendiri. Semuanya terbukti berdasarkan kajian yang dibuat, berdasarkan pencapaian peeriksaan awam, berdasarkan kajian trend.
Jangan sekadar menembak kosong sdr, nanti orang kata, orang Melayu bodoh
kalau betul la kajian tu dijalankan ke atas pelajar Sains Tulen, berapa pula peratusan mereka yg ambil subjek sains tulen dan matematik tambahan? adakah makin bertambah atau berkurangan?
ReplyDeletelihat dan perhatikanlah dengan mata hati, bukan dengan mata buta..
Yusuf Nur sayangkan anak lebih dari sayang masa depan anak. Luangkan masa anda abg Yusuf untuk duduk & kaji intipati PPSMI. Kata2 sastera anda x membantu anak kampung bila mereka di U nanti.
ReplyDelete:)
bro joe han,
ReplyDeleteitu je hujah yg terbaik dari lu bro? Renungkan kata2 tun dr mahathir;
"Tetapi berhujahlah secara yang masuk akal. Berhujah seperti saudaralah yang menyebabkan orang lain anggap orang Melayu bodoh."
tahniah buat Nik Nur Madihah atas kejayaan yang cemerlang dalam spm.
ReplyDeletekenapa orang2 masih lagi menganggap orang kampung dan pedalaman tidak pandai?sedangkan kita manusia sama sahaja.
bila tiada pendedahan ilmu, bising..dah beri pendedahan ilmu pon bising.bila nak maju kalau begini..btul tak tun?
maafkan saya en yusuf..
ReplyDeletetapi aku rasa agak cetek tahap pemikiran en yusuf ni..
Aku cukup tak puas hati bila orang bagi alasan perlu mansuhkan PPSMI sebab kesian kat budak-budak kg dan pedalaman...
rasa cam nak gi luku kepala orang2 tu...
aku budak Kg dan Aku SOKONG PPSMI!!!
http://gapodio.blogspot.com/2009/03/ppsmiapa-sebenarnya.html
saya dah baca tulisan saudara, saudara terlalu mengkritis orang yang tak setuju dengan saudara, kita digalakkan berfikir secara kreatif dan kritis ,adakah pendapat yang diberi mesti mengakibatkan orang melayu bodoh,itu idea orang ,kalau setuju nak terima,terimalah ini tidak sikit-sikit kalau fikir macam tu melayu bodoh,kalau ikut saudara melayu pandai ke?.nama je negara orang melayu yang perintah tapi dari segi ekonomi orang lain pegang,baru nak 30 % dah tak dapat nak laksanakan
ReplyDeleteSaya percaya, keputusan cemerlang dari adik Nur Madihah tidak ada kaitan dengan PPSMI. Keputusan cemerlang beliau jelas adalah hasil usaha yang tekun dari beliau sendiri dan para guru. Sekiranya taun 2008 tidak dijalankan PPSMI tentu tidak akan merosakkan pencapaian beliau.
ReplyDeleteSebelum ini pun ketika PPSMI sendiri belum dilaksanakan, ramai para pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Jadi ini tidak boleh di jadikan ukuran.
Keputusan peperiksaan yang semakin cemerlang dalam sains dan matematik juga perubahan gred kelulusan yang ditentukan oleh kerajaan.
CONGRATULATIONS!!! Jangan lupa adik-adik......GOOD LUCK ALWAYS! - Che Aa
ReplyDelete