Rupanya ramainya juga orang yang tidak gemar cara Samseng Bahasa. Akhirnya mereka bersuara. Pandangan-pandangan ini saya kutip dari akhbar harian hari ini, semalam dan hari sebelumnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?2009&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
BI: Usah perlekeh anak Melayu
Isu Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kini semakin hangat diperkatakan, dengan gesaan agar ia dimansuhkan makin lantang. Antaranya usaha yang bersungguh-sungguh diperjuangkan oleh Gerakan Mansuh Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (Mingguan Malaysia Ahad, 1 Februari 2009).
Senario ini jelas membuktikan pemikiran yang memperlekeh dan merendah-rendahkan keupayaan bangsa dan anak-anak sendiri; suka hidup dalam zon selesa; berfikiran cetek; budaya demonstrasi; kakitangan yang tidak menghayati dan suka menentang dasar majikan dan organisasi.
Majoriti orang Melayu hanya menguasai satu bahasa. Jika dilihat bangsa lain majoritinya menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa (bahasa ibunda dan Bahasa Melayu). Adakah orang Melayu kurang keupayaan berfikirnya dan kemahiran lingustiknya? Sepatutnya Bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua orang Melayu, tidak kira di desa atau di kota. Malangnya seperti biasa kita suka merendahkan keupayaan anak-anak kita yang mempunyai potensi yang cukup besar.
Isu terbesar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah bukanlah isu anak-anak yang merasakan ia sukar. Tetapi ia lebih kepada kurang kesungguhan golongan yang terbabit dalam mewujudkan kesedaran yang tinggi terhadap anak-anak dan kesukaran mereka untuk keluar dari zon selesa (mengajar dalam Bahasa Melayu). Budaya sukar keluar dari zon selesa ini telah menyebabkan anak-anak menjadi mangsa dan mewarisi budaya yang sama.
Bahasa Inggeris adalah bahasa global, bahasa ilmu, bahasa perdagangan dan merupakan salah satu bahasa terpenting dunia. Fakta dan andaian dengan penggunaan Bahasa Melayu juga boleh melahirkan saintis, pakar perubatan dan cerdik pandai lain sememangnya benar. Tetapi pernahkah kita terfikir berapa ramai di kalangan golongan professional berasa rendah diri kerana tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik? Malah mereka sering terfikir alangkah baiknya mereka dilahirkan di dalam pendidikan beraliran Inggeris supaya mereka dapat menembusi pasaran luar negara dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia.
Secara asasnya saya berpandangan kebanyakan ahli Kelab Pemansuh PPSMI ini bukan saja tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik malahan menjadi penghalang masa depan Bangsa Malaysia baru.
Pemikiran yang cetek ini perlu diperdalamkan dalam memperjuangkan pendidikan anak-anak kita. Seperti kata Saidina Umar "Didiklah anak kamu kerana anak kamu akan dibesarkan dengan bukan zaman kamu".
Kebelakangan ini kita dapat melihat satu arus perubahan yang cukup dinamik dalam politik semasa. Masyarakat Malaysia sudah bersedia untuk berubah, malah semua orang telah begitu pandai berhujah sehingga kita sendiri tidak tahu siapakah yang pandai, siapakah yang tidak.
Pemandu seolah-olah pakar ekonomi membincangkan isu Petronas dan sudah bercita-cita tinggi untuk tinggal bersebelahan dengan rumah doktor pakar (analogi kerana semua orang cuba berlagak pandai).
Terdapat juga pegawai-pegawai kerajaan yang digaji untuk mendokong dasar-dasar kerajaan telah menjadi 'pembunuh' dan penghalang dasar. Mereka sudah mula menggunakan pemikiran yang ada sehabis boleh untuk menentang dasar kerajaan yang sedia ada untuk kepentingan peribadi, bukannya kepentingan generasi akan datang.
Pada masa dahulu tiada kemudahan media massa, infrastruktur cukup terhad, nisbah pelajar dan guru sangat tinggi jurangnya. Guru-guru tiada latihan yang begitu sistematik tetapi masih mampu melahirkan pelajar yang mampu berbahasa Inggeris. Kenapa sekarang tidak? Kalau dalam isu bahasa pun kita tidak mampu berubah, bagaimana kita mengimpikan satu bangsa dan satu negara maju?
Kita perlu berfikir untuk kebaikan semua, kebaikan masa depan anak-anak kita. Berfikir untuk menjayakan dasar kerajaan untuk anak-anak bangsa Malaysia.
Ibu-bapa harus memainkan peranan penting untuk berubah. Daripada asyik bergebang di kedai kopi dan berdemonstrasi di tepi jalan, baliklah mengajar anak-anak Bahasa Inggeris di samping meningkatkan Bahasa Inggeris sendiri.
Demonstrasi tidak sesuai dengan isu PPSMI ini. Kerana perkara yang ditakuti adalah kita beranggapan 'kita hero' dalam memperjuangkan nasib anak-anak kita tetapi sebenarnya kitalah penghancur masa depan anak-anak kita, seperti dalam filem Anakku Sazali.
Guru-guru anggaplah perubahan ini satu pengorbanan besar untuk perubahan diri sendiri dan 'survival' anak-anak kita. Kerajaan perlu melihat dengan telus apakah masalah utama PPSMI ini.
Jika kurang latihan, pertingkatkan latihan. Kalau kurang guru, tambah jumlah guru. Kalau kurang kemudahan, perbanyakkan kemudahan. Tetapi kalau sikap dan disiplin yang tidak dapat diubah, ambil tindakan sewajarnya demi masa depan anak-anak kita.
AL-JAHIZ
Kota Bharu, Kelantan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
Banyak cara lain daulatkan Bahasa Melayu
SAYA berasa pelik dan hairan dengan tingkah laku pejuang Bahasa Melayu yang sehingga sanggup untuk mengadakan demostrasi bagi mengugut Kementerian Pelajaran agar memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Saya sering tertanya-tertanya adakah perbuatan mereka ini kerana memperjuangkan kepentingan mereka atau pun kepentingan pelajar?
Adakah kerana mereka merasa terancam kerana tidak mampu mengajar dengan baik kepada para pelajar menggunakan Bahasa Inggeris sehingga menjejaskan prestasi mereka? Atau adakah kerana mereka malas untuk mengambil inisiatif bagi menambah penguasaan mereka di dalam Bahasa Inggeris?
Saya amat bersetuju dengan pandangan Mohd. Khairi dari Kulim dan juga Guru Pendalaman dari Sarawak. Saya sendiri melihat terdapat peningkatan dalam pencapaian para pelajar di dalam UPSR dari setahun ke setahun. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak menpunyai masalah untuk belajar dalam Bahasa Inggeris. Jika pun ada, ini menunjukkan para pelajar kita telah dapat menyesuaikan diri mereka dengan penggunaan Bahasa Inggeris.
Jangan jadikan para pelajar kita sebagai mangsa akibat ketaksuban kita dalam memperjuangkan Bahasa Melayu. Saya berpendapat adalah lebih baik ketaksuban ini disalurkan ke arah usaha- usaha yang lebih berkesan seperti:-
- Meminta pihak swasta menggunakan Bahasa Melayu didalam urusan peniaagan mereka.
- Menggandakan lagi usaha untuk menterjemah buku-buku ilmuan ke dalam Bahasa Melayu.
- Berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengenalpasti atau mewujudkan istilah-istilah yang digunakan di dalam bidang Ssains, Matematik dan Teknologi di dalam Bahasa Melayu, bukannya mencedok terus daripada bahasa asing dan dimelayukan.
Ke manakah perkataan-perkataan baru yang diwujudkan oleh DBP seperti PAWAGAM, KUGIRAN, ANGKASAWAN, PERAGAWAN? Kini perkatan cineplex, band dan model sebagai contoh, yang digunakan secara meluas.
Perkataan daripada Bahasa Inggeris pula dimelayukan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, automobile menjadi otomobil. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana menggunakan angkasawan dan bukannya astronaut/astronut.
- Memantau pengunaan Bahasa Melayu oleh stesen - stesen penyiaraan dan akhbar harian.
Saya rasa banyak lagi perkara - perkara seperti di atas boleh difikirkan oleh golongan pejuang Bahasa Melayu untuk memertabakan Bahasa tercinta ini.
Tetapi jangan korbankan masa depan para pelajar kita.
Sebarang polisi memerlukan masa untuk berjaya. Enam tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk melihat keberkesanan sesuatu polisi. Bahasa Melayu tidak akan lenyap disebabkan oleh PPSMI. Saya lihat para pelajar yang belajar di SJK (Cina), SKA, SMKA ataupun di Maahad Taafiz masih lagi boleh bertutur dan membaca dalam Bahasa Melayu.
Tetapi jika para pejuang Bahasa Melayu gagal mengambil tindakan di atas perkara - perkara seperti yang saya nyatakan di atas, maka walau semua mata pelajaran diajar dalam Bahasa Melayu pun, bahasa tercinta ini pasti akan terhakis di bumi sendiri.
AJK PIBG
Kelantan

PPSMI: Guru dan Gapena
SAYA sering mengikuti perkembangan tentang isu yang membabitkan bahasa kebangsaan. Dan paling sensasi adalah isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang masih lagi diperkatakan hingga menimbulkan kontroversi apabila Gabungan Penulis Nasional atau Gapena berhajat untuk menyaman kerajaan kerana keengganan kerajaan memansuhkan PPSMI secepat mungkin.
Dan yang lebih mengejutkan apabila Gapena mengadakan tunjuk perasaan menentang PPSMI. Sebuah gabungan yang saya fikir sebuah pertubuhan pemikir telah bertindak emosional dalam menangani isu ini. Adalah lebih baik sekiranya Gapena berjumpa dengan Menteri Pelajaran dan berbincang dengan cara yang lebih 'dewasa'.
Saya menyokong apa yang disuarakan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkenaan dengan isu ini yang menurutnya kerajaan tidak boleh memansuhkan PPSMI sewenang-wenangnya.
Kajian sedang dan masih dijalankan. Saya berpendapat Gapena terlalu emosi dalam menangani masalah ini.
Perlaksanaan PPSMI masih terlalu awal untuk dihukum oleh pihak tertentu. PPSMI boleh dianggap sebagai budak tadika yang masih belum boleh membaca dengan lancar.
Memang benar, pendapat pelbagai pihak harus diambil kira terutamanya guru-guru yang terlibat secara langsung dalam isu ini.
Pada saya yang juga seorang guru dan juga pelaksana PPSMI malah bertugas di luar bandar, saya menjadi hairan mengapa semua pihak menyatakan bahawa murid-murid di luar bandar tidak boleh mengikuti program PPSMI ini.
Ramai juga yang berpendapat bahawa PPSMI menyebabkan pelajar di luar bandar jauh ketinggalan. Bahkan, Gapena sering menjadikan masalah ini sebagai masalah pokok untuk memansuhkan PPSMI.
Yang peliknya, pelajar saya tidak pernah merasa terasing dengan masalah ini. Mereka belajar dengan begitu baik. Mereka seronok belajar subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi apabila mereka dihidangkan dengan pelbagai sumber seperti adanya komputer riba dan perisian-perisian yang begitu menarik.
Saya terpanggil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku terutama di kawasan pedalaman. Kerana apa yang dimaklumkan kepada orang awam tidak sama dengan apa yang berlaku. Adakah ini sekadar polemik pihak-pihak tertentu yang berkepentingan untuk menghapuskan PPSMI?
Malah anak didik saya yang mengikuti PPSMI ini telah berjaya dengan cemerlang dalam UPSR tahun lepas. Walaupun UPSR bukan kayu pengukur sebenar tetapi pandangan dan pendapat mereka yang hanya memandang dari luar pagar sekolah hanya tahu memberi komen sahaja.
Pada mulanya saya mengakui amat sukar pelajar-pelajar di luar bandar untuk mengikuti sesi P&P di dalam Bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Namun setelah enam tahun berjalan, pelajar-pelajar sekarang sudah kian sebati dengan penggunaan Bahasa Inggeris ini.
Gapena harus berfikiran positif dan bukan emosi. Malah ramai kalangan pelajar sekolah menengah yang ditanya sudah resah seandainya ia dimansuhkan memandangkan pertukaran yang bakal berlaku akan menambah beban untuk mereka. Jadi apa salahnya jika PPSMI ini dikekalkan. Maka pelajar-pelajar kita pun tidak terus tertekan dengan sikap kita. Saya percaya pelajar-pelajar di Malaysia sekarang masih tertanya-tanya apakah status PPSMI pada masa ini.
Saranan saya kepada Gapena juga supaya tidak hanya memandang PPSMI sebaliknya cuba mencari masalah lain yang lebih memerlukan pandangan dan tindakan seperti isu bahasa rojak.
PPSMI menggunakan bahasa yang lengkap dan tidak pernah membunuh mana-mana bahasa. Sedangkan zaman ini, kehadiran teknologi seperti telefon bimbit telah menjahanamkan bahasa kebangsaan. Malah bahasa di papan tanda seluruh negara begitu banyak yang mencacatkan bahasa kita. Saya kira Gapena perlu bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan bahasa.
PPSMI tidak wajar dimansuhkan.
GURU PEDALAMAN

Salam.
ReplyDeleteSaya dapat perhatikan bahawa saudara tidak mengetahui sejarah PPSMI ini. Walaupun pihak kami dimaklumkan bahawa saudara adalah individu yang bertanggungjawab dalam hal PPPSMI ini di Kementerian Pelajaran. Barangkali saudara orang kuat Hishammuddin dan dianugerahkan pangkat dan jawatan sebagai 'pegawai khas'
Aneh bagaimana saudara cukup mempertahankan PPSMI ini walaupun hujah saudara bagai menegakkan 'menegakkan benang yang basah'.
Ada beberapa persoalan yang ingin ditanya:
Pertama:
Sila nyatakan berapa kajian ilmiah yang mengatakan bahawa PPSMI berjaya. Sebutkan nama pengkaji, tahun dan laporan.
Kedua:
Siapa tokoh-tokoh bahasa, budayawan dan sasterawan yang bersetuju bahawa PPSMI ini berjaya?
Ketiga:
Adakah kesemua menteri UMNO dan ahli UMNO takut dengan Tun Mahathir kerana dasar ini adalah idea beliau?
Keempat:
Berapa juta kontrak dan wang yang sudah dibelanjakan oleh Kementerian untuk laksanakan PPSMI ini?
Namun apa yang penting adalah saya harap saudara dapat menjawab soalan 'Pertama' dan 'Kedua'.
Selamat berkenalan dengan saudara.
www.prihatin.net
www.gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com
Satu lagi....kami ini bukan samseng seperti yang saudar gembar gemburkan.
ReplyDeleteSewaktu dasar ini mahu dilaksanakan...apakah kerajaan memanggil sidang meja bulat? Melakukan kajian terlebih dahulu? Memanggil tokoh bahasa dan sasterawan negara?
Tidak...kerjaan langsung tidak pedulikan itu semua...terus melaksanakan PPSMI yang difikirkan baik...walaupun tiada kajian yang dilakukan.
Sekarang ini siapakah samseng sebenarnya?
Kami ini hanya mencari keadilan dan kebenaran. Mempertahankan yang benar....
Tidak ada masalah kalau saudara hendak menegakkan kebenaran. Masalahnya jangan dicampur adukkan kebenaran dengan penipuan, manipulasi dan tingkah laku biadap. Jangan menyalah tafsir ayat al-Quran dan menyalah guna agama demi menegakkan pendirian. Jangan bersikap 'double standard'; menentang PPSMI tetapi menyokong dalam senyap perbuatan pakatan pembangkang yang tidak pedulikan pun hal bahasa, termasuk yang giat meng'Arab'kan bahasa Melayu dan yang merendahkan martabat bahasa Melayu; menjadikannya setaraf dengan bahasa Cina dan Tamil di papan-papan tanda. Jangan sekadar mahu mengusung keranda, tapi tidak ambil peduli apa yang berlaku dalam kalangan orang bahasa sepanjang 20 tahun ini yang menyebabkan bahasa Melayu semakin hilang nilai kepenggunaannya dalam kalangan masyarakat Melayu dan Malaysia. Jangan sekadar retorik dan melaung slogan, tapi bekerja keraslah memajukan bahasa. Jangan kurang adab membawa perjuangan murni ke jalanan. Letakkan kepentingan perjuangan memartabat bangsa terlebih dulu, bukan keliru sehingga sanggup menagih sokongan pakatan pembangkang yang tiada agenda bangsa Melayu dalam perjuangannya. Kalau sampai menjual agama, menjual bangsa dan menjadi samseng di jalanan dan di tempat awam - itu SAMSENG BAHASA.
ReplyDelete1. Jika saudara meneliti kajian Juriah Long, Ishak Haron dan Pembina, lihatlah sampel, instrumen dan kesimpulan kajian yang diragukan. Itu yang dipersoalkan semasa persidangan meja bukat.
Bagi saya kajian dan tinjauan Kementerian Pelajaran lebih kukuh dari segi sampel, instrumen dan kesimpulannya. Lihat sahaja Kajian Trend, Analisis Ujian Diagnostik, ujian kompetensi bahasa Inggeris guru-guru PPSMI, analisis keputusan peperiksaan awam malah kajian menyeluruh PPSMI.
Dari segi trend, secara umumnya kelihatan terdapat peningkatan dan bukan penurunan. Dari segi kesediaan guru juga terdapat peningkatan penguasaan, persediaan dan kompetensi, bukan penurunan yang drastik dan mendadak. Yang penting bagi saya tidak ada penurunan drastik dan sangat membimbangkan seperti yang diramalkan oleh mereka yang menentang ppsmi; yang boleh ditafsir sebagai KEGAGALAN. Mungkin ia bukan kejayaan yang gemilang, tetapi dalam masa yang singkat ada kemajuannya.
2. Bagi saya tokoh bahasa bukan meneliti sangat sampel, instrumen dan kesimpulan kajian pencapaian pelajar dan guru bila menyimpulkan PPSMI gagal atau berjaya, tetapi lebih kepada pertimbangan kesannya terhadap bahasa. Malangnya, ada pula samseng bahasa yang tidak kisah lagi tentang adab perbezaan pendapat dan berhujah tanpa menghormati tradisi ilmu dan intelektual. Ada pula yang tiada beza dengan samseng jalanan. Akhirnya pejuang tulen bahasa dan masyarakat terkeliru dengan penipuan dan manipulasi samseng bahasa.
3. Soal takut kepada Tun M langsung
tidak relevan dalam isu ini.
4. Tentang perbelanjaan itu saudara boleh rujuk kenyataan-kenyataan Kementerian Pelajaran sebelum ini. Carilah di mana-mana.
5. Walaupun sebelum ini tidak ada persidangan meja bulat, itu tidak bermaksud kerajaan tidak dinasihatkan oleh profesional pendidikan, termasuk yang bergelar doktor di dalam pelbagai bahagian (Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Dasar Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah, Bahagian Pendidikan Guru dan Bahagian Sekolah) di dalam Kementerian Pendidikan (ketika itu).
Sehingga hari ini saya perhatikan golongan profesional pendidikan majoritinya di dalam Kementerian Pelajaran mahukan dasar ini diteruskan, melainkan pelobi sekolah dan bahasa Cina dan Tamil dan sejumlah guru-guru dalam kesatuan guru tertentu yang lebih sedikit jumlahnya. Tetapi tentulah, golongan profesional pendidikan ini membuat keputusan berdasarkan perspektif dan penilaian dari segi pendidikan, bukan dari aspek lain.
Saudara silap;
1. saya tidak mempertahankan PPSMI, saya cuma rasa hujah mereka yang menentangnya masih tidak cukup meyakinkan saya. Lebih-lebih lagi apabila ia disulam dengan penipuan, manipulasi, kepentingan diri dan parti, pengkhianatan terhadap bangsa, kesanggupan menjual agama dan sikap samseng individu dan kumpulan tertentu. Berhujahlah secara rasional dalam lingkungan tradisi ilmu.
2. saya bukan mempertahankan PPSMI, tetapi sepanjang pengamatan saya, saya tidak rasa ia akan membunuh bahasa Melayu seperti yang diperbesar-besarkan oleh golongan tertentu(seperti yang saya hujahkan di dalam artikel saya sebelum ini), tetapi hanya dijadikan alasan oleh golongan `orang bahasa' untuk menutup kelemahan dan kelalaian mereka sepanjang tempoh 20 tahun ini di dalam usaha memartabat dan memperkasa kedudukan bahasa Melayu di dalam negara. Dalam kalangan mereka ini termasuk mereka yang banyak bercakap di kedai kopi tapi kurang bekerja, yang melembabkan kegiatan penerbitan, penterjemahan, kebahasaan dan kesusasteraan di dalam negara; 'ulama' bahasa yang menyusahkan pengguna; yang bertutur dalam bahasa yang begitu tidak `natural' kedengarannya; yang hanya berjuang untuk memastikan hanya karya mereka dibeli oleh Kementerian Pelajaran sehingga meminggirkan karyawan-karyawan muda dan yang keliru tentang peranan dan tanggungjawab mereka di dalam Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wallahua'alam
Oh satu lagi perkara. Jangan saudara buat andaian melulu bahawa saya tidak tahu sejarah PPSMI. Semasa Tun M mengumumkan hendak mempertimbangkan untuk mewujudkan semula aliran Inggeris, saya berada di dalam dewan tersebut, di PWTC.
ReplyDeleteProfesor lawan profesor (Petikan universitipts.com)
ReplyDeleteProf. Di-Raja Ungku Aziz sudah maju ke hadapan yang menyatakan pendiriannya menentang PPSMI.
Mana dia muka profesor-profesor yang pro-PPSMI? Kita sedang menunggu mereka bercakap dalam forum-forum TV. Kita mahu mendengar hujah-hujah ke-profesosr-an mereka.
Penyelidikan lawan penyelidikan
Mana dia laporan hasil-hasil penyelidikan oleh profesor-profesor yang pro-PPSMI?
Kita mahu mendengar profesor-profesor Melayu yang pro-PPSMI itu mengemukakan hujah dan data-data empirikal yang mungkin dapat meyakinkan masyarakat bahawa kanak-kanak belajar sains lebih baik selepas PPSMI dilaksanakan. Mana dia data-data itu?
Dato' Profesor Emeritus Dr. Isahak Haron dari Fakulti Pendidikan UPSI sudah membentangkan laporan penyelidikan oleh pasukan pengkaji UPSI yang dijalankan selama 2 tahun, lengkap dengan data-data yang membuktikan PPSMI gagal.
Prof. Dr. Norhashimah dari Jabatan Linguistik UKM juga sudah membentangkan laporan penyelidikannya.
Prof. Dr. Ratnawati Mohd. Asraf dan Prof. Dr. Ismail Sheikh Ahmad dari Kuliyyah Pendidikan UIA sudah membentangkan laporan penyelidikan mereka.
Datin Prof. Dr. Juriah Long dari Fakulti Pendidikan UKM juga sudah membentangkan hasil penyelidikannya.
Mana dia laporan hasil kajian profesor-profesor yang pro-PPSMI?
Prof Ungku Aziz tidak bercakap berasaskan data. Walaupun beliau merupakan orang yang bijak suatu masa dulu, tetapi hari ini beliau sudah tidak lagi hands on dengan data dan perkembangan terkini. Manakala kajian-kajian yang disebutkan oleh saudara itu mempunyai kelemahan dari segi sampel, instrumen dan kesimpulannya; orang awam biasanya tidak melihat sampel, instrumen dan kesimpulan kajian dengan teliti menyebabkan mereka secara mudah dimanipulasi dan ditipu. Cubalah ambil sedikit masa dan lihat sendiri instrument juriah long, isahak haron dan pembina, saudara akan faham maksud saya. Tapi kalau saudara malas, maksudnya saudara sengaja membiarkan diri saudara dimanipulasi oleh mereka.
ReplyDeleteIni adalah senarai kajian yang dibentangkan di dalam persidangan meja bulat PPSMI. Seperti yang saya katakan, ia bukan `a rosy picture' tetapi memadai untuk menidakkan hujah bahawa PPSMI gagal atau memadai untuk menunjukkan bahawa trendnya tidak menurun, lebih-lebih menurun dengan sangat drastik dan membimbangkan.
Kertas-Kertas yang akan dibentangkan adalah seperti berikut :
Kertas 1 : Penilaian Pelaksanaan Program PPSMI Fasa 1 2008 oleh EPRD
Kertas 2 : Pemantauan dan Bimbingan Pelaksanaan PPSMI 2007 oleh JNS
Kertas 3 : Kajian Penilaian Pelaksanaan Program PPSMI oleh EPRD
Kertas 4 : Kajian PPSMI di Kolej Matrikulasi oleh Bhgn. Matrikulasi
Kertas 5 : Analisis Keputusan Peperiksaan PMR dan SPM oleh LPM
Kertas 6 : Analisis Keputusan Peperiksaan STPM dan MUET oleh MPM
Kertas 7 : Ujian Diagnostik 2007 oleh LPM
Kertas 8 : Kajian Status Pencapaian Murid oleh BPK
Kertas 9 : Kajian Trend 1 dan Kajian Trend 2 oleh BPK
Kertas 10 : Pelaksanaan PPSMI oleh UM
Kertas 11 : Kajian Kesan Dasar PPSMI di SR dan SM oleh UPSI
Kertas 12 : Implementation of PPSMI – a Malaysian Perspective – oleh UiTM
Kertas 13 : Pelaksanaan PPSMI dalam Konteks Kepelbagaian Pelajar oleh UKM
Kertas 14 : Challenges of PPSMI in Retrospect – Ways Ahead oleh UPSI
Kertas 15 : Penilaian Tahap Profesiensi BI Guru Matematik dan Sains oleh BPG
Kertas 16 : Kajian Penilaian Program Rintis ELITE oleh EPRD
Seperti yang saya katakan, kajian isahak haron dan juriah long dalam persidangan meja bulat pertama kurang meyakinkan, melainkan kepada `si luncai' yang kurang mengerti.
Namanya sahaja Universiti Terbuka PTS, tetapi komen yang menyanggah penipuan mereka takut pula hendak disiarkan. Mungkin takut kita membuka minda ahli dan pengikutnya? Malah ada komen-komen terdahulu yang membongkar pembohongan mereka, dipadamkan begitu sahaja. Namakan sahaja Universiti Bermuka-muka PTS, mungkin itulah tempat yang selayaknya...
ReplyDeleteanak saya, sdr mara dan kawan2 banyak belajar di sekolah dan matrikulasi...katanya banyak guru masih ajar dlm bahasa melayu, campur2 melayu dan inggeris dan banyak juga guru yg bi dlm spmnya pun dapat 7. janganlah cuba2 nak tipu kami,mentang2 kami org kampung. kami pun tahu keaadaan sebenar di sekolah. janganlah nak ampu dan bodek saja. ingat ini malaysia bukan england atau amerika.
ReplyDeleteApakah ada kemungkinan KPM akan memberikan pilihan kepada ibubapa dan generasi akan datang pilihan samada untuk ambil "MCE" (Malaysian Certificate of Education) di Sekolah Kebangsaan Baru (SKB)atau SPM?
ReplyDeleteUntuk struktur SKB ini, perlu di keluarkan satu kertas kerja dalaman KPM dan dibahaskan...dan di implimentasikan sebagai salah satu strategi teras pembelajaran bagi BN menghadapi Pilihanraya ke 13 mungkin Sdr Tun?
Sounds good right? :) Spin it.
Salam,
UKNOW
Tidak salah kalau belajar dan mengajar dalam bahasa yang bercampur-campur jika hendak membina keyakinan. Namanya pun belajar. Bagi saya tidak ada masalahnya kalau sebelum belajar berjalan kita bertatih terlebih dahulu. Saya tidak faham apa masalahnya?
ReplyDeleteSaya tidak perlu menipu seperti profesor dan doktor pujaan saudara semata-mata untuk menegakkan pendirian. Saya juga tidak perlu mengampu kerana saya ada pendirian saya sendiri yang saya bentuk berasaskan laporan dan kajian yang saya terima. Saya bukan manusia yang boleh diyakinkan oleh kajian palsu dan penipuan seperti orang-orang tertentu.
Saya baru balik dari Sabah. Di sana saya telah bertemu dengan ramai guru yang mengajar di beberapa daerah, termasuk kawasan pedalaman. Kebanyakan mereka berkata sayang jika dasar ini tidak diteruskan. Bagi mereka, mereka nampak ada perkembangan positif dalam kalangan anak-anak di sana.
Bagi mereka, tidak mengapa susah sedikit, tapi mereka berbangga kerana anak murid mereka semakin yakin berbahasa Inggeris. Mereka sendiri belajar perkara yang baru dalam proses mereka mengajar anak-anak di kelas.
Apa masalah saudara sebenarnya?
PKPIM DEDAHKAN DAPATAN KAJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS 2007) ANJURAN INTERNATIONAL ASSOCIATION FOR THE EVALUATION OF EDUCATIONAL ACHIEVEMENT (IEA) PDF Print E-mail
ReplyDeleteWritten by spp
Monday, 09 February 2009 14:06
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melalui sumber yang boleh dipercayai telah menerima dokumen kertas kerja makluman dapatan kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). Kertas kerja tersebut telah dibentangkan sebagai makluman dapatan kajian TIMSS 2007 kepada Ahli Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia.
TIMSS 2007 adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kurikulum Sains dan Matematik. Penyertaan Malaysia di dalam kajian ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Ogos 2000 selepas dibentangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). Malaysia telah terlibat di dalam kajian ini sebanyak tiga kitaran iaitu kitaran pertama, 1998 hingga 2000, kitaran kedua, 2001 hingga 2004 dan kitaran ketiga, 2005 hingga 2008. TIMSS 2007 telah disertai oleh 59 buah negara daripada seluruh dunia.
Penglibatan Malaysia dalam kajian ini melibatkan murid Tingkatan 2. Seramai 4,466 orang murid Tingkatan 2, 150 orang guru Matematik dan 150 guru Sains yang mengajar Tingkatan 2 daripada 150 buah sekolah menengah di seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Murid Tingkatan 2 dalam kelas yang terpilih menduduki ujian pencapaian dan menjawab soal selidik murid. Guru yang mengajar Matematik dan Sains di kelas tersebut menjawab soal selidik guru, manakala Pengetua atau Penolong Kanan menjawab soal selidik sekolah.
Soalan-soalan telah disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia menggunakan format soalan aneka pilihan dan soalan terbuka. Mengikut trend, separuh dari soalan TIMSS 2003 telah digunakan semula dalam soalan TIMSS 2007. Soalan trend (soalan TIMSS 2003) tersebut masih ditulis dalam Bahasa Malaysia, manakala soalan baru (soalan TIMSS 2007) telah ditulis dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Perlu diberi perhatian bahawa murid Tingkatan 2 yang menjadi responden kajian TIMSS 2007 adalah generasi pelajar Malaysia yang melalui program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Justeru itu, dapatan TIMSS 2007 ini turut memberi gambaran akan keberkesanan PPSMI terhadap para pelajar Malayisa sekalipun tidak dikaitkan secara langsung di dalam kertas kerja yang dibentangkan kepada Ahli Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dengan ini, PKPIM mendedahkan dapatan kajian tersebut adalah seperti berikut;
Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Matematik
1. Kedudukan Malaysia di dalam TIMSS bagi mata pelajaran Matematik telah merosot daripada kedudukan tempat ke-10 daripada 46 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2003 kepada kedudukan tempat ke-20 daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007.
Negara-negara yang memperolehi skor purata yang lebih tinggi dan perbezaannya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei (598), Korea (597), Singapura (593), Hong Kong (572), Jepun (570), Hungary (517), England (513), Rusia (512), Amerika Syarikat (508), Lithuana (506), Republik Czech (504), Slovenia (501), Armenia (499), Australia (496), Sweden (491), Malta (488), Scotland (487) dan Serbia (486).
Enam daripada sembilan buah negara yang mendahului Malaysia dalam TIMSS 2003, masih mengatasi Malaysia dalam TIMSS 2007. Manakala 11 buah negara yang ketinggalan di belakang Malaysia dalam TIMSS 2003, telah melonjak dan mendahului Malaysia dalam TIMSS 2007 iaitu England, Rusia, Amerika Syarikat, Lithuana, Slovenia, Armenia, Australia, Sweden, Scotland, Serbia dan Itali. Dua peserta baru dalam TIMSS 2007 turut mendahului Malaysia iaitu Republik Czech dan Malta.
1. Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Matematik ialah 474 berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500, dan perbezaan ini adalah signifikan dari segi statistik. Skor purata Malaysia telah merosot sebanyak 34 daripada 508 (TIMSS 2003) kepada 474 (TIMSS 2007).
Peningkatan prestasi sebelas buah negara yang mendahului Malayisa dan enam negara lagi yang yang hampir sama dengan Malaysia dalam TIMSS 2007 berbanding dengan kedudukan mereka yang lebih rendah dari Malaysia dalam TIMSS 2003 mungkin menyumbang kepada peningkatan skor purata antarabangsa dalam TIMSS 2007. Ini memberi gambaran bahawa ketika prestasi Matematik murid antarabangsa meningkat, prestasi Matematik murid Malaysia menghadapi kemerosotan.
Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Sains
1. Kedudukan Malaysia di dalam TIMSS bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot daripada kedudukan tempat ke-20 daripada 46 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2003 kepada kedudukan tempat ke-21 daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007.
Negara-negara yang memperolehi skor purata yang lebih tinggi dan perbezaannya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah Singapura (567), China Taipei (561), Jepun (554), Korea (553), England (542), Hungary (539), Republik Czech (539), Slovenia (538), Hong Kong (530), Rusia (530), Amerika Syarikat (520), Lithuana (519), Australia (515), Sweden (511), Scotland (496), Itali (495), Armenia (488), Norway (487) dan Ukraine (485).
1. Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Sains ialah 471 berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500, dan perbezaan ini adalah signifikan dari segi statistik. Skor purata Malaysia telah merosot sebanyak 29 daripada 510 (TIMSS 2003) kepada 471 (TIMSS 2007).
PKPIM mendapati hasil daripada pengamatan daripada dapatan kajian di atas, majoriti negara-negara yang memperolehi skor purata yang lebih tinggi dan mendahului kedudukan di tangga teratas di dalam TIMSS 2007, menggunakan Bahasa Kebangsaan masing-masing sebagai bahasa pengantar di dalam pembelajaran dan pengajaran subjek Sains dan Matematik. Nasib buruk pula yang menimpa Malaysia di dalam TIMS 2007 kerana padah menggunakan Bahasa Inggeris yan bukan Bahasa Kebangsaan Malaysia sebagai bahasa pengantar di dalam pembelajaran dan pengajaran subjek Sains dan Matematik.
Laporan penuh TIMSS 2007 boleh dimuat turun daripada laman sawang rasminya di alamat, www.timss.bc.edu/TIMSS2007/intl_reports.html yang memecahkan kepada dua iaitu laporan TIMSS 2007 untuk Matematik dan Laporan TIMSS 2007 untuk Sains.
PKPIM berasa kesal terhadap KPM kerana tidak mendedahkan laporan TIMSS 2007 kepada umum. KPM seolah-olah cuba menyembunyikan fakta laporan ini yang jelas tidak berpihak kepada KPM. PKPIM kesal kerana KPM tidak bersikap objektif di dalam menilai keberkesanan PPSMI demi menjaga air muka dan kepentingan KPM setelah melakukan kesilapan dengan melaksanakan PPSMI sejak tahun 2003 dahulu. KPM secara jelas mengenepikan kepentingan dan untung nasib para pelajar dan guru yang terbeban dengan PPSMI.
PKPIM turut kecewa dengan KPM yang seolah-olah tidak ambil peduli akan laporan TIMSS 2007. Laporan TIMSS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu seharusnya menjadi kayu ukur letak duduk para pelajar Malaysia di arena antarabangsa. Ia turut menggambarkan betapa program PPSMI yang dilaksanakan telah merudumkan prestasi para pelajar Malaysia di dalam Matematik dan Sains.
Dengan ini, PKPIM mengulangi pendirian membantah dan menolak PPSMI. Sudah jelas betapa PPSMI bukan hanya mengancam kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang dilindungi kedudukannya oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pelajaran, bahkan mengancam masa depan pelajar dan hala tuju pendidikan Malaysia. PKPIM komited memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pendidikan. PKPIM memberi mesej yang jelas bahawa PPSMI harus ditamatkan.
PKPIM sedar bahawa penamatan PPSMI secara mendadak ketika sesi persekolahan tahun ini yang sudah pun bermula akan membawa kesan buruk kepada para pelajar. Justeru, PKPIM mendesak KPM untuk segera memutuskan penamatan PPSMI menjelang tahun hadapan. PKPIM menawarkan diri untuk terlibat di dalam menyumbangkan pendapat dan cadangan di dalam merangka pelan peralihan PPSMI untuk kembali menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan dalam pada masa yang sama mencari jalan ke arah memperkasakan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan para pelajar.
KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Masalah dengan PKPIM adalah mereka lebih suka menjadi `rubber stamp' pembangkang dari menjadi golongan yang berfikir dan bebas membawa idealisme sendiri.
ReplyDeleteKadang-kadang kita rasa kita lebih `cool' dan lebih `glamour' bila membawa perjuangan pembangkang. Kadang-kadang kita rasa lebih gempak bila kita menentang `mainstream'. Kadang-kadang kita fikir dengan membawa idealisme pembangkang kita rasa kita bebas, tetapi sebenarnya kita juga tidak bebas dan bertaqlid dengan pembangkang sebenarnya.
Kemudian seperkara lagi, nasihat saya kepada PKPIM, buatlah kerja dengan ikhlas bukan sekadar nak mencari glamour.
Saya pernah memanggil anak-anak muda PKPIM untuk berbincang dan berbahas mengenai PPSMI, dan seperti yang pernah saya tulis di dalam kolum saya, mereka tidak begitu arif tentang apa yang berlaku dalam perjuangan bahasa sepanjang tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Malangnya dengan pengetahuan yang belum cukup matang, mereka terlalu berani ke hadapan untuk membawa pemikiran pembangkang. Akhirnya, kita lihat mereka hanya menjadi `alat' atau `bidak' kepada parti pembangkang sahaja.
Saya telah menjelaskan tentang TIMMS sebelum ini, mungkin ada yang tak membacanya. Penjelasan saya adalah seperti berikut;
The Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2007 is the fourth comparison of mathematics and science achievement carried out since 1995 by the International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA), an international organization of national research institutions and governmental research agencies. In 2007, 36 countries participated at grade four and 48 participated at grade eight. (Malaysia cuma terlibat dalam ujian kepada pelajar di gred 8 (Tingkatan 2))
• Laporan akhir Kajian TIMMS 2007 telah dihantar secara rasmi kepada KPM pada 21/11/08 dan dapatannya telah diumumkan pada 9/12/08. (Disebabkan itu bukan soal Menteri Pelajaran mendiamkan diri, tetapi saya percaya beliau tidak boleh mengumumkan apa-apa mengenainya melainkan selepas mendapat keputusan rasmi, itupun selepas dianalisis oleh pegawai-pegawai profesional pendidikan di KPM) dan Laporan Awal dapatan analisis tersebut dimaklumkan pada bulan Januari lalu.
Biarpun terdapat penurunan, dalam kalangan 18 negara Asia, kedudukan Malaysia masih sama, iaitu 2007 - tempat ke-6 , 2003 - tempat ke-6,
1999 – tempat ke-6 (Maksudnya biarpun PPSMI dilaksanakan, berbanding negara-negara Asia yang tidak melaksanakan PPSMI, kedudukan Malaysia tidak terjejas. Ini bertentangan dengan HARAPAN ramai pejuang bahasa yang mengharapkan ia bukan sahaja terjejas, tetapi terjejas dengan teruk)
Setelah dianalisis, didapati prestasi Malaysia ini menurun disebabkan terdapat tajuk yang ditanya belum dipelajari murid Malaysia dalam Tingkatan 2 seperti probability dan algebra - sebahagian besar tajuk berkaitan diajar selepas murid menduduki pengukuran TIMMS. Bagi tajuk chance pula, ia tidak diajar semasa murid di Tingkatan 2.
Bagi Mata pelajaran Sains, sebenarnya penurunannya selepas PPSMI tidaklah signifikan sebab dalam tahun 1999, biarpun PPSMI tidak dilaksanakan lagi, kedudukannya masih lebih rendah daripada tahun 2007. Kedudukan Malaysia 2007 - tempat ke-21, 2003 - tempat ke-20, 1999 – tempat ke-22. Di kalangan 18 negara Asia, kedudukan Malaysia masih sama: 2007 - tempat ke-7, 2003 - tempat ke-7,1999 – tempat ke-6.
Seperti Matematik, pencapaian menurun juga disebabkan murid belum mempelajari sebagaian besar daripada aspek penting yang diukur dan mereka juga tidak didedahkan dengan aspek penggunaan (applicability) dan penyelesaian masalah (problem solving) konsep yang dipelajari, misalnya dalam aspek; aplikasi dan biologi. Bagi tajuk Sains Bumi (Earth Science), ianya belum diajar secara mendalam atau sepenuhnya seperti yang diukur dalam TIMMS semasa mereka di Tingkatan 2.
Membaca laporan tidak sama dengan membuat analisis tentang sasuatu laporan. Kadang-kadang yang kita rasa pendedahan itu sebenarnya bukan pendedahan, tetapi sesuatu yang telah dijelaskan kepada orang ramai.
Inilah masalahnya bila berjuang mengharapkan nama dan glamour. Renung-renungkan sedikit maksud riya' dan ujub.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya ingin berbicara dengan saudara, Setiausaha Agung, En Khairul Anwar bi Shazali mengenai ,
PKPIM DEDAHKAN DAPATAN KAJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS 2007) ANJURAN INTERNATIONAL ASSOCIATION FOR THE EVALUATION OF EDUCATIONAL ACHIEVEMENT (IEA)
Saudara Khairul, kita sebagai orang Islam mestilah jujur dalam menkaji dan membahas sesuatu isu. Kadang kadang kita terlepas pandang dan tujuan saya menulis ini ialah untuk cuba membetulkan satu pandangan yang saya anggap terlepas pandang oleh pihak anda.
Seperti yang dimaklumkan oleh En. Khairul PPSMI telah di mulakan pada tahun 2003 hanya kepada murid di tahun satu (yang berumur tujuh tahun) di sekolah kebangsaan dan murid Tingkatan Satu di sekolah menengah.
Pada tahun 2007 kohort ini masih berusia 11 tahun.
TIMSS 2007 di tujukan kepada murid Tingkatan 2 (14 tahun). Mereka ini masuk darjah satu pada tahun 2000, sebelum PPSMI. Mereka mempelajari sains dan math dalam bahasa Malaysia pada peringkat sekolah rendah dan bertukar kepada bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah.
Kekurangan pengetahuan sain dan math dalam bahasa Inggeris pada peringkat sekolah rendah inilah yang menyebabkan kemorosotan pencapaian dalam TIMSS 2007.
Kohort 2003 baru lepas UPSR dalam tahun 2008 dan pencapaian mereka sungguh memerangsaan. Kohort ini akan masuk Tingkatan 2 pada tahun 2010 dan di jangka TIMSS 2010 akan meningkat dengan mendadak bagi negara Malaysia.
Saudara Khairul, telah memaklumkan yang PKPIM telah memperolehi TIMSS 2007 melalui "sumber yang boleh di percayai"
Saya rasa "sumber yang boleh dipercayai" tersebut mengetahui perkara sebenar mengenai kecacatan hujah mereka apabila menggunakan TIMSS 2007 sebab perkara ini telah di bentang dan di bahas oleh ramai pihak termasuk pihak Kementerian Pelajaran.
Saya hairan mengapa "sumber yang boleh dipercayai" tersebut mahu memperalatkan PKPIM yang boleh memberi gambaran kepada pihak yang berpengetahuan, termasuk pihak Kementerian bahawa PKPIM ini tidak tahu menganalisa kajian-kajian antarabangsa ini, tidak tahu apa yang dia cakap dan seolah-olah meniru sahaja pendapat sumber yang saya anggap tidak boleh anda percayai lagi.
Izin kan saya menambah pengetahuan pihak PKPIM ( say mohon maaf jika berbunyi riak, tetapi saya rasa adalah satu ibadah untuk menerangi hati saudara sepejuangan)
PPSMI tidak mengabaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
Ini kerana ratio atau nisbah pengajaran dalam bahasa Inggeris (English, Sain dan Math) berbanding dengan dalam bahasa Malaysia (semua mata pelajaran lain) adalah 40:60. Jadi dengan 60 peratus pengajaran dalam Bahasa Malaysia, kedaulatan BM masih di jaga dan tidak akan hilang di bumi ini.
Pihak pejuang Bahasa sepatutnya mempersoalkan kedaulatan BM di SJKCina dan SJK Tamil yang mengabaikan Bahasa Kebangsaan.
Ingin saya mengingatkan satu hadith pesanan rasullalah kita, " Carilah ilmu walaupun hingga ke negeri Cina" Hadith tersebut mengutamakan kita mencari ilmu dengan apacara sekali pun dan walaubagaimana susah pun, usaha mesti di buat.
Satu masa dulu bahasa ilmu sains dan matemetik adalah bahasa Arab dan rakyat Europah menguasai bahasa Arab untuk mendapat ilmu.
Tetapi zaman sekarang semua pihak akur bahawa Bahasa Inggeris adalah "lingua franca" untuk sains dan matematik di dunia ini. Jadi berilah peluang untuk anak-anak kita menguasai ilmu ini dalam bahasa ilmu zaman ini. Kekalkan PPSMI.
Pihak pejuang bahasa Melayu juga merendahkan-rendahkan kemampuan anak-anak kita diluar bandar untuk menguasai ilmu dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya apa-apa kekurangan PPSMI pada masa kini adalah kekurangan perlaksanaannya bukan salah policynya. Jika di beri peluang dan kemudahan yang baik anak-anak kampong boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diberi.
Janganlah PKPIM mengikut jejak pejuang bahasa ini, seperti penjajah orang putih dahulu yang mengatakan Melayu ini bodoh dan oleh kerana itu tidak diberi peluang untuk belajar di sekolah. Pejuang Bahasa ini mengatakan Melayu kampong ini bodoh dan menidakkan mereka menguasi ilmu sain dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Akhir sekali saya juga ingin mengingati kita bersama bahawa kita adalah Islam pertama dan Melayu kedua. Walaupun Bahasa Melayu kita ini lenyap di bumi ini, kita tidak akan di persoalkan mengenainya di akhirat nanti.
Tetapi jika kita tidak menguasi ilmu sains dan matematik dan oleh kerana kekurangan ilmu ini, bangsa dan agama kita tergadai kepada pihak bukan Islam, maka pemimpin kita dan diri kita akan dipersoalkan kewajiban fardu kifayah kita di akhirat nanti. Wallahuallam.
Saya akhiri dengan mohon ampun maaf jika tersinggung perasaan atau terlepas kata.
Harap maaf.
Salam
Sulaiman Mahran
leman511@gmail.com