Alhamdulillah, akhirnya kerajaan boneka Perak tumbang selepas tidak sampai setahun memerintah. Mesej yang jelas adalah - PAS GAGAL dalam mentadbir sebuah negeri berbilang kaum. Pertama - gagal merealisasi hukum `hudud' tafsiran PAS, termasuk gagal mengharamkan judi dan penjualaan arak . Kedua - gagal mempertahankan hak orang Melayu, termasuk menganiayai anak-anak kecil untuk mendapatkan pendidikan awal dan gagal merancang ekonomi Melayu. Ketiga - gagal memperjuangkan isu bahasa Melayu, lebih-lebih lagi dalam kes papan tanda pelbagai bahasa.
Nyatanya, di dalam negeri berbilang kaum seperti Perak, nampaknya PAS bukan sahaja tidak mampu mengotakan retorik perjuangan Islam tafsiran mereka, malah seperti LEMBU DICUCUK HIDUNG; berdiam diri dan terpaksa mengikut telunjuk DAP. Nyatanya juga di bawah pemerintahan PAS, bukan sahaja syiar Islam tersekat, malah agenda Melayu juga turut terbuang.
Peringatan kepada Menteri Besar boneka Perak, sedarlah, walaupun kamu tidak memperjuangkan agenda Melayu, tetapi kamu dilantik menjadi Menteri Besar kerana KAMU ADALAH ANAK MELAYU hasil dari perjuangan agenda Melayu yang kamu pandang jijik selama ini. Sudahlah begitu, kamu khianati pula perjuangan Melayu dengan dasar-dasar yang ditentukan ke atas kamu oleh DAP. Kamu patut malu lahir dan hidup sebagai Melayu.
Sedarlah bahawa dalam negara berbilang kaum seperti di Malaysia, formula toleransi antara kaum yang diamalkan di dalam BN lebih stabil berbanding pendirian ekstrem PAS dan DAP. PKR pula hanya ibarat melukut di tepi gantang, tidak dipercayai serta tidak dapat diterima oleh DAP dan PAS dan akhirnya akan mati perlahan-lahan selepas ketiadaan Anwar. Allahuakbar. HIDUP UMNO. HIDUP BN.
Seronok ya meraikan kegagalan orang lain. Politik Malaysia, bertakbir atas kegagalan orang lain.
ReplyDeleteIsu orang Melayu hmmm
Dr. Mahathir tidak setuju tindakan BN
ReplyDeleteKUALA LUMPUR 4 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tindakan Barisan Nasional (BN) menerima sokongan bekas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhadapan dengan tuduhan rasuah bukan idea yang baik.
Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, beliau tidak setuju dengan tindakan BN kerana parti tersebut sepatutnya menerima mereka yang benar-benar berkualiti.
''Menerima ADUN yang berhadapan tuduhan rasuah tidak akan mempertingkatkan kualiti parti ketika BN berhadapan dengan masalah kualiti kepimpinan dalam parti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Sesi Strategi Eksklusif Krisis Kewangan Global anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini hari ini.
Dr. Mahathir mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN berjaya membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.
Pembentukan kerajaan baru itu berikutan keputusan tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.
Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO hari ini.
Dengan pengumuman itu, BN kini mempunyai sokongan 31 kerusi berbanding pakatan pembangkang sebanyak 28 kerusi.
Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.
Dr. Mahathir menjelaskan, sekiranya kedua-dua ADUN itu didapati tidak bersalah dalam kes rasuah selepas diterima oleh BN maka orang ramai akan melihatnya sebagai satu manipulasi.
Tegas beliau, bukan satu idea yang baik dengan membawa orang yang kualitinya teruk.
Ada satu kata-kata, "Orang suka melihat kegagalan orang lain dengan gembira, tapi lupa berfikir Maha Suci Allah yang meletakkan manusia pada tampuk kuasa dan mengalihkan dari tampuk kuasa...
ReplyDeleteKegembiraan melebihi keinsafan bahawa semua orang dalam apajua parti bakal berhadapan dengan keadaan yang sama.
Ya memang seronok mendapat semula kuasa yang sepatutnya milik kita. PAS, DAP dan PKR dari segi kesahihannya bukan bertanding sebagai SATU PARTI sewaktu PRU12. Dari segi kerusi yang dimenangi, kerusi yang dimenangi BN adalah paling tinggi mengatasi jumlah kerusi yang dimenangi DAP. Jadi memang selayaknya BN memerintah, berbanding DAP.
ReplyDeleteYa, memang tidak ada salahnya bertakbir; mengingati kebesaran Allah SWT yang memulangkan sesuatu yang hak; menarik kembali sesuatu dari seseorang yang tidak mampu melaksanakan tanggung jawab sebagai khalifah, yang bukan sahaja gagal menjaga kepentingan Islam, malah membuang langsung kepentingan Melayu, yang mengkhianati Melayu, sedangkan dia sendiri menjadi MB kerana dia Melayu di negeri yang berRajakan Raja Melayu.
Tentang komen Tun M, yang membawa calon tidak berkualiti adalah PKR dan PAS. Yang memenangkan calon yang tidak berkualiti ini dulu adalah pengundi negeri Perak yang juga tak berkualiti, yang mudah tertipu dengan janji kosong, yang membuat pilihan bukan secara rasional, tetapi dengan penuh emosi, yang sanggup menjual agama dan bangsa demi kuasa politik dan kerana mahu memerintah negeri. Jadi kalau calon yang tidak berkualiti sudah mulai sedar dan mahu kita gilap agar menjadi berkualiti, apa salahnya UMNO membuka seluas-luas ruang untuk mereka yang berminat.
Allah SWT dan Rasulnya juga mempunyai sifat pengampun yang tinggi. Apa salahnya kita beriman dan beramal dengan sifat Allah dan RasulNya yang mulia
seperti ini.
Saudara bila lagi? :)
Bukankah Pak Lah kata, orang yang melompat itu orang yang tak setia dengan perjuangan, nampaknya orang UMNO lawan Pak Lah juga ye...
ReplyDeleteTidak ke dulu dalam amalan demokratik UMNO mereka yang dituduh rasuah tidak akan diterima kembali sebagai jaga integriti, mengapa sistem yang baik dikotak katik.
Ini lagi jejaskan UMNO. Saya percaya PKR menang bukan kerana PKR tetapi sikap UMNO yang endah tak endah dengan perubahan sikap yang serius. UMNO Baru jauh berbeda dengan zaman pak guru Ghafar Baba dan rakan-rakannya.
Nilai juangnya sangat-sangat diragui....
Kata tuan Tun,
Yang memenangkan calon yang tidak berkualiti ini dulu adalah pengundi negeri Perak yang juga tak berkualiti, yang mudah tertipu dengan janji kosong, yang membuat pilihan bukan secara rasional, tetapi dengan penuh emosi, yang sanggup menjual agama dan bangsa demi kuasa politik dan kerana mahu memerintah negeri
Dalam Astro Awani analisis politik sudah menjangka inilah kata-kata yang selalu menumbangkan kerajaan (seperti kes permatang pauh dan trengganu), disebutnya, Politik adalah bisnes jual harapan, tetapi penjualnya sering menjenamakan pelanggan sebagai orang bodoh.
Jadi ayat seperti tun ini backfire kepada kekalahan orang didukung, "Umpamanya berkata kepada pelanggan, beli nasi ayam di tempat saya lebih sedap. Yang disana tidak ada kualiti..."
Terima kasih kepada tuan tun yang menyedarkan saya betapa hinanya saya jika memangkah UMNO hanya kerana jika saya memilih PKR dikatakan bodoh oleh orang-orang kaya macam tuan...
Mulai hari ini saya tidak akan mengikut UMNO lagi kerana penghinaan tuan kepada orang luar bandar seperti kami yang mahu memilih cara demokrasi
Bukan ke demokrasi itu sesuatu yang dihormati pilihan bukannya dicerca-cerca kami ini. Jadi apa bezanya tuan si kaya ini dengan orang lain yang mencerca?
Terima kasih banyak-banyak....
Jika saudara ingin terus mengundi PKR kerana rasa terhina sebab kenyataan saya itu, saudara boleh teruskan. Itu yang saya maksudkan -pengundi yang tidak rasional, yang mengundi dengan emosi. Tahniah kerana saudara telah membuktikan kenyataan saya sebelum ini ada asasnya.
ReplyDeleteOrang luar bandar lebih ramai yang bijak pandai dari saudara dan mereka ini tidak membakar kelambu kerana marahkan nyamuk.
Saudara mungkin di kalangan orang yang tidak benar-benar faham perjuangan UMNO, tidak benar-benar menyelami perjuangan PKR (asal usulnya, struktur kuasa di dalamnya, janji-janji palsu dan lakonan hebat pendukungnya) dan disebabkan itu saudara terus mengundi PKR.
Dalam negara Demokrasi memang terserah kepada saudara untuk membuat pilihan, tetapi dari perspektif seorang Melayu dan seorang yang beragama Islam, pilihan saudara itu bukanlah pilihan yang bijak. Terserahlah kepada saudara untuk menafsirkan `bukan pilihan bijak itu' sebagai `pilihan yang bodoh' atau tidak.
Sama ada saya kaya atau miskin, dari bandar atau luar bandar, itu semua tidak relevan kerana kalau saya miskin merempat sekalipun, saya tetap akan mengatakan pilihan saudara itu tidak bijak.
Ambillah pengajaran dari titah DYTM Raja Nazrin “Bisikkan kepada mereka (anak-anak kita) akan petua orang tua-tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia. Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dulu lagi terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah. Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja.”
Hakikatnya, denial syndrom di kalangan orang UMNO menjadikan mereka tidak muhasabah diri dan menganggap mereka lebih baik dari yang lain.
ReplyDeleteIsu memilih PKR bukanlah bermaksud marahkan nyamuk kelambu dibakar, ia satu reminder kepada pemimpin UMNO yang terlalu selesa dengan sikap dan pemikiran mereka yang mereka lebih baik dan selamat dalam banyak keadaan.
Dalam kes pilihanraya yang mampir jelas, UMNO mencanang kisah kepayahan beberapa kawasan sedangkan itulah kawasan yang dipegang BN buat beberapa lama. Perkara yang mahu dikempenkan meraih pilihanraya menjadi senjata makan tuan dalam pilihanraya besar dan kecil lalu.
Nampaknya tun sendiri membuktikan betapa tebalnya sikap menidakkan penyakit feudal orang UMNO dalam membela (?) nasib rakyat. Benarlah kata veteran UMNO, inilah UMNO baru yang nilai juangnya diragui.
Hinggakan veteran terpinggir dan suara mereka bagai tidak berguna kepada UMNO (?)baru.
Siapa yang bersikap denial sebenarnya? Orang yang tidak boleh menerima hakikat yang dia mengundi PKR atas sebab yang salah? Apa yang betulnya tentang PKR, entahlah...
ReplyDeletePemimpinnya meliwat. Perjuangannya mengenepikan agenda bangsa Melayu. Rasuahnya, sebelum jadi kerajaan lebih kuat, kalau jadi kerajaan entahlah... janji? penuh pembohongan. banyak janji-janji yang hanya sekadar janji sampai hari ini(atau lebih kepada rasuah pilihan raya), lakonan? dari watak sakit tengkuk ke keracunan arsenik ke cerita bohong tentang ahli parlimen BN lompat parti... dan macam-macam lagi. Entah apa perjuangan PKR sebenarnya, yang banyak hanya mengkucar kacirkan negara dengan pelbagai HELAH politik yang tentu sahaja tidak Islamik. HELAH politik ini hanya bertujuan menjadikan negara tidak stabil dan keyakinan terhadap negara semakin terhakis. Sanggupkah kita menghancurkan keharmonian dalam negara dan keyakinan terhadap ekonomi hanya kerana mahu menjadi Perdana Menteri?
Kita boleh terima jika atas dasar hendak mengajar UMNO, saudara memilih parti yang lebih baik dari UMNO. Tapi, yang saudara pilih adalah parti `cap ayam' yang tidak jelas perjuangannya, begitu juga parti `cap sesumpah' yang pemimpinnya berbangga ada Tuhan yang mencarut.
Kalaulah saudara veteran, bagi saya generasi muda malang jika ada veteran seperti saudara. Kalau nak jadi veteran, jadilah veteran yang ada kualiti macam tun mahathir.
Mungkin di zaman Jepun saudara dah lama jadi tali barut Jepun. Kalau di zaman melaka, mungkin saudara adalah si Kitul.
Terima kasih sahajalah atas pandangan saudara. Saudara boleh terus dihanyut mimpi dan dibuai kelentong si Anwar.
Nampaknya tun (?) tidak mampu menjawab mengapa UMNO baru bersikap mengetepikan suara veteran UMNO, jelas dalam persidangan, veteran sudah menjadi tidak relevan kerana sikap (?) UMNO baru yang mengenepikan veteran lama. Sudah lama dinasihati makin sombong menjadi-jadi.
ReplyDeleteBenarlah apa yang disebut oleh Tun Ghafar dahulu.
(BN)UMNO hari ini sangat diragui...
"Dalam kes pilihanraya yang mampir jelas, UMNO mencanang kisah kepayahan beberapa kawasan sedangkan itulah kawasan yang dipegang BN buat beberapa lama. Perkara yang mahu dikempenkan meraih pilihanraya menjadi senjata makan tuan dalam pilihanraya besar dan kecil lalu."
Memetik kata-kata Pak Lah, orang yang lompat parti orang yang tidak ada roh perjuangan. Nampaknya orang yang lompat sana-sini ke BN kembali adalah pejuang yang pernah dilabel begitu.
Tapi dilabel semula, "Orang mahu kembali dan bertaubat"
Persis bicara orang ramai, apabila rasuah dalam pemilihan UMNO disebut politik wang
Bak kata Mahathir, "Inilah nilai orang UMNO (sambil menunjukkan nombor undian dan pendedahan RM200 duit untuk tidak mengundi Tun yang kesnya tidak selesai (?)"
Siapa pula yang mengenepikan pandangan veteran UMNO? Kalau pandangan yang baik tak ada salahnya kita terima. Contohnya pandangan Tun Mahathir memang sentiasa bernas.
ReplyDeleteTapi bila Tengku Rithaudeen mencadangkan agar sayap UMNO dibubar, itu mengarut. Bila Musa Hitam mengatakan Melayu patut kurang ajar, itu cakap yang keluar dari mulut orang yang kurang diajar.
Tidak ada UMNO baru atau UMNO lama. Yang ada cuma UMNO. Semangatnya sama. Perjuangannya sama, memartabat agama, bangsa dan negara, dulu, kini dan selamanya.
Apa yang perlu saudara faham, setiap pandangan yang baik, walaupun datang dari orang semuda 'Hang Nadim' sekalipun wajar kita terima.
Tetapi, tidak ada syarat atau peraturan yang mengatakan `asal sahaja perkataan itu keluar daripada golongan veteran - ianya mesti kita terima'. Kebijaksanaan bukan dimonopoli oleh seseorang, bukan oleh satu bangsa atau bukan oleh satu peringkat umur. Yang lama tak semestinya lebih bijak dari yang muda, belajarlah dari sejarah Singapura di langgar todak.
Yang pasti UMNO BUKAN untuk tempat orang kecewa seperti saudara.
Bukan semua orang di dalam UMNO bodoh dan buta kerana wang.
Malah masih ramai yang berada dalam UMNO kerana perjuangan UMNO adalah jauh lebih jelas dan konsisten berbanding PKR dan PAS.
Seperti kata saya, terserah kepada saudara jika kerana kecewa saudara mahu mengundi PKR.
Cuma, bila saudara berbuat demikian, saya melihat bahawa iman saudara terhadap perjuangan UMNO terlalu tipis, mungkin ilmu saudara tentang sejarah, agenda dan perjuangan UMNO terlalu cetek. Kurang kursus agaknya.
Lebih baiklah budak muda seperti saya dan rakan2 yang faham akan sejarah, semangat, nilai dan erti perjuangan UMNO; dan orang seperti kami, insyaallah tidak akan kecewa berjuang hanya disebabkan emosi atau kerana kepentingan peribadi tidak dipenuhi.
Untuk pengetahuan saudara, saya tidak dibayar untuk mewujudkan blog ini. Saya juga tidak dibayar untuk melaksanakan pelbagai program di Putrajaya. Semua ini saya dan rakan2 lakukan secara PERCUMA demi perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara.
Percayalah masih ramai lagi di dalam UMNO seperti kami semua dan UMNO akan kekal relevan kerana ada orang seperti kami yang tidak minta dibayar untuk berjuang.
Yang keluar dari UMNO atau hilang imannya terhadap UMNO hanyalah orang-orang yang kecewa dan dan yang membuat keputusan mengikut emosi seperti saudara.
Tetapi, bagi saya, saya tidak risau kerana yang patah pasti tumbuh, yang hilang pasti berganti. Ramai lagi orang-orang muda yang akan bersama kami dan bersemangat seperti kami.
Saudara boleh terus bermimpi....