Pertembungan di Putrajaya
- Walaupun saya boleh menulis dengan baik, tetapi ini adalah kali pertama saya menulis tentang senario dan perkembangan politik, khususnya Pergerakan Pemuda UMNO di Putrajaya. Alasan saya mudah, saya berusaha berpegang kepada tata etika pemilihan UMNO. Walaupun tata etika ini agak ketat dan boleh menumpulkan kemahiran berkempen ahli , namun sebagai ahli UMNO, saya berusaha mematuhinya sebaik mungkin.
- Tataetika UMNO pada Perkara 5.3 menyebut dengan jelas bahawa ahli dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan di media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mempengaruhi dan mendapat undi.
- Begitupun, beberapa hari sebelum persidangan pemuda bahagian, terdapat kenyataan (serangan?) media dan berita yang dikeluarkan di Harian Metro, Berita Harian dan Star yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pertandingan ini.
- Bagi saya, hujah asasnya adalah mudah; tentulah ada sebab kenapa berlaku pertandingan di antara saya dan Datuk Ahmad Zaki Zahid. Jika lebih banyak perkara yang indah daripada yang kurang indah, sudah tentu tidak ada pertandingan di dalam Putrajaya.
- Jika mahu main selamat (play safe) saya tidak perlu bertanding jawatan Ketua Pemuda, sebaliknya cukup untuk menerima tawaran Zaki bagi betanding jawatan Naib Ketua Pemuda. Tetapi kenapa saya memilih untuk bertanding?
- Pilihan ini saya buat setelah memikirkan semasak-masaknya - bukan tentang karier politik saya semata-mata, tetapi kerana saya mementingkan masa depan Pemuda UMNO dan UMNO Putrajaya, kehendak ahli-ahli Pemuda UMNO (dibaca bukan sekadar perwakilan) dan masa depan UMNO di dalam negara yang penuh ketidak tentuan akibat dasar-dasar (termasuk dari tingkat empat?) yang kurang menguntungkan UMNO dan orang Melayu.
- Ini merupakan PANDANGAN dan PILIHAN PERIBADI saya sebagai seorang ahli UMNO di Putrajaya dan TIDAK ADA SEBARANG KAITAN dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
- Secara mudahnya ada tiga kelemahan utama Zaki di dalam mentadbir Pemuda UMNO Putrajaya. Pertama; sikap kurang mesra rakyat. Kedua; ketiadaan hala tuju yang jelas. Ketiga; pendekatan di dalam pentadbiran bahagian dan cawangan.
- Sikap kurang mesra rakyat adalah bersifat peribadi, tetapi di dalam senario politik di dalam negara hari ini, ia adalah satu faktor yang amat utama. Saya tidak berminat menjelaskannya dengan lebih lanjut. Mungkin lebih wajar soalan ini ditanya sendiri kepada ahli-ahli UMNO Putrajaya.
- Bagi saya kelemahan paling utama yang boleh menjejaskan kekuatan UMNO di Putrajaya adalah ketiadaan hala tuju yang jelas. Hala tuju akan menentukan program yang hendak dilaksanakan. Jika hala tuju tidak jelas, maka tujuan sesuatu program yang dirangka juga tidak jelas. Bila hala tuju tidak jelas, maka keutamaan tidak boleh ditetapkan dengan baik. Akhirnya segala program, termasuk mesyuarat akan dilaksanakan secara ad-hoc dan hilang impaknya.
- Sebagai contoh, pertandingan futsal diadakan bertujuan untuk menarik golongan muda mendekati UMNO. Selepas pertandingan, tentulah gerak kerja utama adalah untuk memastikan golongan muda ini menyertai UMNO dan menjadi pengundi (jika cukup umur). Anak-anak muda ini, kemudiannya wajar diberi pendedahan yang secukupnya agar semangat dan kefahaman mereka terhadap perjuangan UMNO dapat ditingkatkan. Seterusnya mereka wajar diberikan kemahiran yang secukupnya agar mereka dapat menyebarkan agenda UMNO di dalam masyarakat. Paling penting, mereka juga wajar diberikan latihan dan kemahiran bagi menghadapi pembangkang semasa pilihan raya umum. Mereka mesti mampu melaksanakan gerak kerja yang berkesan semasa pilihan raya kerana tiada gunanya memegang jawatan di dalam UMNO jika parti kalah.
- Bagaimanapun bila hala tuju tidak jelas, setiap tahun golongan muda ini akan bermain futsal dan mengisi borang keahlian berulang kali (sebab syarat penyertaan utama adalah mereka mesti merupakan ahli UMNO dan mereka ini susah sekali untuk diterima menjadi ahli) tetapi ke mana mereka hendak dibawa selepas itu tidak begitu jelas. Lambat laun, kita mungkin mempunyai ahli yang ramai, tetapi kualitinya semakin kurang, ibarat banyaknya buih di lautan.
- Hala tuju yang tidak jelas juga akan menyebabkan kita tidak mempersiapkan pasukan yang kuat untuk berdepan dengan pembangkang di dalam pilihan raya umum.
- Banyak lagi yang saya boleh perjelaskan berkaitan hala tuju ini. Mungkin di kesempatan lain saya akan cuba menghuraikannya dengan lebih mendalam.
- Dari segi pendekatan pula, boleh dikatakan pendekatan yang digunakan tidak membolehkan Pemuda UMNO Putrajaya diuruskan dengan cekap serta tidak membantu memupuk semangat kesepunyaan dan perpaduan.
- Saya pernah menasihatkan Zaki agar tidak mentadbir 23 buah cawangan di Putrajaya dengan 4 orang pegawainya. Pendekatan ini mengundang kemarahan ramai ketua pemuda cawangan dan menyebabkan program yang dibuat tidak dibantu sepenuhnya oleh mereka. Ini adalah salah satu daripada punca utama masalah yang sentiasa berlaku di antara penyokong Khairun dengan penyokong Zaki.
- Saya sudah mula menasihatkan Zaki tentang kelemahan-kelemahan beliau ini sejak bulan Jun tahun lepas tetapi saya tidak dapat melihat banyak perubahan.
- Bagaimanapun, alhamdulillah selepas saya memutuskan untuk menentang beliau, setidak-tidaknya ramai dapat melihat Zaki yang berubah; Zaki yang boleh menjawab panggilan telefon dan SMS; yang boleh berada lebih lama di dalam kejiranan Putrajaya; yang boleh melepak di kedai kopi bersama-sama ahli-ahli Pemuda dan yang lebih pemurah dalam memberikan bantuan dan sumbangan.
- Alhamdulillah, disebabkan pertandingan ini nampaknya agenda perpaduan yang gagal dilaksanakan sepanjang tempoh 4 tahun yang lalu juga sudah mula terlaksana. Kumpulan Zaki dan Khairun rupanya boleh bersatu padu!!!
sdr tun, harap dapat bersabar dengan dugaan allah swt ini. sdr kadang-kadang terlampau jujur sehingga terlalu mempercayai kawan. tanpa sedar kawan yang dipercayai inilah yang sebenarnya menjadi duri dalam daging dan pembelot di saat akhir. Zaki bukan menang kerana dia pemimpin hebat yang boleh membawa pemuda putrajaya ke suatu tahap yang lebih tinggi, tetapi kerana para perwakilan dan kawan sdr ramai yang tidak berprinsip.
ReplyDeletetapi tak mengapa. saya percaya zaki tidak sehebat sdr. wawasan zaki tidak sejauh sdr. kita lihat saja lah nanti.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete3 undi saja tun. maksudnya 49% perwakilan bersama tun. Zaki - jangan ingat you boleh control yop, khairil dan mat noh. kalau kawan seperti tun boleh mereka khianati, yang bukan kawan macam you apa lagi. Kita ucap selamat sajalah
ReplyDeleteTak lama lagi kita akan dengar komen-komen sama macam dulu. Zaki bossy, tangkat telefon, kedekut nak keluar duit, lembab buat keputusan, semua last minit, macam-macam lagi. tunggguuuuuuuuu
ReplyDelete