Wednesday, June 28, 2017

Miranda Kerr pulangkan set barang kemas berlian dan isteri MO1 perlu buat perkara yang sama?

1. Tidak menjadi kesalahan jika Miranda Kerr mahu 'memulang'kan set barang kemas berlian yang diberikan oleh Jho Low kepadanya. Cuma kenapa perlu 'memulangkan'  atau menyerahkannya kepada DOJ?

2. Pertama, belum terbukti barang kemas tersebut dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB atau hasil dari kegiatan jenayah atau penggubahan wang haram. DOJ perlu membuktikan kes mereka dan memenangi perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum mengambil alih sebarang aset yang disenaraikan dalam saman sivil ke atas Kumpulan Hotel Viceroy. Kes belum berjalan lagi dan saman ini baru sahaja difailkan.

3. Kedua, apa yang akan dilakukan oleh DOJ dengan barangan kemas tersebut? DOJ belum mendapat hak untuk mengambil alih aset ini. Jika mengikut proses perundangan, lebih wajar Kerr menyimpan dahulu barangan kemas tersebut atau mungkin lebih wajar memulangkannya kepada Jho Low sehingga DOJ mendapat perintah mahkamah dan mendapat hak untuk menyimpan dan mengambil alih barangan kemas ini.

4. Wajarkah desakan agar isteri MO1 memulangkan set barangan kemas yang didakwa diterimanya?

5. Pertama, tiada sebarang bukti isteri MO1 menerima atau menyimpan set barangan kemas seperti yang didakwa oleh DOJ. Berbeza dengan Kerr yang memang terbukti menerima pemberian Jho Low tersebut dan dinamakan secara jelas dalam saman sivil DOJ.

6. Kedua, barangan kemas yang didakwa diterima oleh isteri MO1 hanya sekadar cerita dalam aduan pengadu, tiada bukti ia dibeli menggunakan wang 1MDB yang didakwa dicuri, tiada bukti ia diserahkan kepada isteri MO1 dan tiada bukti kesemua set barangan kemas ini disimpan oleh isteri MO1. Ia juga tidak disenaraikan sebagai aset yang hendak diambil alih oleh DOJ. Segala ini membuktikan DOJ sendiri tidak pasti mengenai kebenaran cerita pengadu berkenaan barangan kemas ini dan dakwaan terhadap isteri MO1.

7. Seperti yang dinyatakan oleh DOJ sendiri, "aduan melucut hak sivil hanyalah sekadar dakwaan yang menyebut bahawa terdapat wang atau harta yang terlibat atau merupakan hasil dari perlakuan jenayah. Dakwaan-dakwaan ini belum terbukti benar sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat."

8. Sebenarnya selain kewajaran memulangkan barangan kemas ini kepada DOJ yang bukan 'pemilik yang berhak' atau 'penjaga yang telah diberi hak oleh mahkamah AS' untuk menyimpan barangan kemas ini, terdapat juga polemik tentang kewajaran menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ berdasarkan konteks saman sivil ini.

9. Apabila Kerr menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ, adakah Kerr berpandangan DOJ akan menjualnya dan memulangkan wang hasil jualan tersebut kepada 1MDB dan rakyat Malaysia dalam keadaan 1MDB berulang kali menyatakan wangnya tidak dicuri?

10. Lagipun jika bersandarkan dokumen saman sivil yang difailkan oleh DOJ ke atas Kumpulan Hotel Viceroy ini, dana yang didakwa diselewengkan untuk membeli barangan kemas tersebut secara perundangannya tidak dipunyai atau dikawal selia oleh 1MDB, tetapi adalah dana yang dimiliki atau dikawal selia oleh pihak-pihak yang mempunyai perkaitan dan kepentingan dengan syarikat Aabar dan IPIC milik Abu Dhabi.

Tun Faisal Ismail Aziz

5 comments:

  1. Siapa MO1?

    Siapa isteri MO1?

    Apa bukti isteri MO1 tidak menyimpannya?

    Mungkin MO1 tolong simpan.

    MO1 dan isteri MO1 belum dikenalpasti, apa sebabnya tulisan ini bersusahpayah mempertahankannya? Apa kepentingan?

    ReplyDelete
  2. Tuduh org buat salah lps tu suruh yg kena tuduhbuktikan tak bersalah. Apa punya bahalul otak pembangkang.tuduh org bdrsalah kau buktikanlah yg kena tuduh tu bersalah. Yg kena tuduh hanya akm bela diri di mahkamah bkn di kefai kopi macam pembangkang yg bodoh. Nak baeak kr mahkamah pun tak berdaya. Ekeke. Bodoh punya pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Sorry to say this sir, but are some of those who have acquired some communal viral spread which causes a run down in mental capacity? The reason am asking is because is it not what DOJ detailed that it was Jho Lok who presented the jewels? Why should the part go low gives jewellery accepted but not the part the funds were from 1MDB. Unfair & Selective processing for sure. Pretty sure if WSJ comments something on the forex scandal, it would be placed next to QURAN

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Tuan Tun, may I ask why is so much prominence given to DOJ's 256 page report on the allegations, but all quiet about the convictions took place at our southern neighbour..

    ReplyDelete