1. Memang dijangka Tun Dr Mahathir
Mohamad akan mengulang semula cerita yang dikitar semula, yang telah dijawab
dan yang telah basi. Kenyataannya ini akan di’spin’ untuk beberapa hari dan
tidak lama selepas ini dia akan mengulang lagi perkara yang sama.
2. Tun M memulakan postingnya dengan
angkuh, mendakwa dia “telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana
Menteri Malaysia,” tetapi sekarang dia “mahu dia (Najib) disingkirkan, meletak
jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.” Seperti yang disebut oleh Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, dakwaan ini tidak
benar kerana ahli UMNO dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah memilih untuk
menaikkan Najib sebagai Presiden parti dan rakyat Malaysia yang kemudiannya memberi
mandat kepada BN untuk terus menjadi kerajaan dan ini membolehkan Najib menjadi
Perdana Menteri.
3. Tun M menuduh Najib gagal
membangunkan negara. Mungkin Tun M lupa, Najib mengambil alih kerajaan di saat
negara berhadapan krisis ekonomi global, kesan krisis kewangan yang bermula
sejak tahun 1998 dan krisis politik yang sedikit sebanyak berpunca daripada Tun
M. Tun M lupa Tun Abdullah pernah menegaskan bahawa negara boleh bangkrap jika
beliau mengikut cakap Tun M. Ini kerana negara belum pulih sepenuhnya dari
kesan krisis matawang tahun 1998 sehingga kerajaan perlu mengemukakan
belanjawan defisit bagi menyokong semula ekonomi dan pembangunan negara.
Kesan krisis matawang 1998 dan kemelesetan ekonomi 2009 terhadap belanjawan negara
4. Sebaik
Najib mengambil alih, mungkin Tun M tidak sedar, ekonomi negara bertumbuh
dengan begitu baik dan stabil sehingga hari ini. Matawang negara juga mengukuh
terhadap Dollar AS sepanjang tahun 2009 sehingga penghujung 2014 dan defisit
fiskal negara semakin menurun dari setahun ke setahun.
Pertumbuhan ekonomi negara sehingga 2014
Najib berjaya mengurangkan defisit negara daripada -6.7% kepada 3.5% (2014)
5. Selepas
Najib mengambil alih kepimpinan negara, kadar pertumbuhan ekonomi negara pada
tahun 2009 (-1.5%), 2010 (7.4%), 2011 (5.2%), 2012 (5.6%), 2013 (4.7%), 2014
(6.0%). dan 2015 (4.9% - suku kedua 2015). Secara perbandingan antara negara bagi
suku kedua pula, kadar pertumbuhan ekonomi AS adalah pada 2.7%, China 7%, Jepun
0.7%, Thailand 2.8%, Indonesia 4.67%, Australia 2%, New Zealand 2.6%, Korea
Selatan 2.2%, India 7%, Filipina 5.6%, Italy 0.7%, Jerman 1.6% dan Singapura
1.8%.
Kadar pertumbuhan tahunan negara-negara pada suku kedua 2015
6. Tun
M mengaitkan Najib dengan kejatuhan nilai ringgit. Mungkin Tun M tidak sedar, jika
pergerakan nilai ringgit sejak Januari 2009 dianalisis (Rajah
1), nilai ringgit ketika itu adalah RM3.70 kepada 1
Dollar Amerika (AS$). Pada Januari 2010, nilai ringgit meningkat kepada RM3.30.
Peningkatan nilai ringgit hampir mencecah RM2.90 pada Julai 2012 dan nilai ini
turun naik di antara RM3.20 ke RM2.95 sepanjang tempoh Januari 2012 sehingga
Julai 2014, sebelum turun kepada RM3.20 pada penghujung tahun 2014 seterusnya
kepada RM3.70 pada Mac 2015. Sejak
tahun 2009 sehingga hujung tahun 2014, nilai ringgit meningkat kukuh berbanding
AS$, tetapi ketika nilai ringgit naik, kenapa Tun M tidak pernah mengaitkannya
dengan Najib?
Kenaikan nilai ringgit sepanjang tempoh 2009 - 2014 tidak dikaitkan dengan Najib?
7. Hakikatnya
bukan sahaja ringgit jatuh tetapi matawang lain juga turut jatuh. Dollar
Australia antara yang jatuh teruk. Nilai Ringgit pernah meningkat 6% dan Dollar
Australia pula pernah meningkat 7% terhadap Dollar AS. Bagaimanapun sehingga
pertengahan bulan Ogos, Ringgit telah mengalami penurunan sebanyak 13.33%,
Rupiah Indonesia 9.88%, Won Korea Selatan 8.35%, Baht Thailand 6.99% dan Dollar
Australia pula lebih 20%.
8. Kenapa nilai matawang kebanyakan
negara jatuh? TIGA faktor paling utama, PERTAMA, spekulasi peningkatan kadar
faedah AS, KEDUA, harga minyak mentah dan komoditi yang rendah dan KETIGA,
nilai Yuan China menurun. Matawang negara-negara Asia jatuh berikutan penurunan
nilai matawang oleh China yang dikatakan sengaja dilemahkan bagi meningkatkan
kembali pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Dijangka China akan menurunkan
nilai Yuan sehingga 10%. Ketika ini, penurunan Yuan baru sekitar 4.61 %. Harga
minyak mentah global, Brent yang turun sehingga 29% sejak bulan Mei memberi
kesan kepada Malaysia yang sejumlah pendapatannya datang dari sumber minyak.
Pengeksport komoditi lain seperti Australia, Kanada dan New Zealand juga
mengalami kemerosotan kerana kebanyakan komoditi diniagakan menggunakan Dollar
AS. Seperti Malaysia, Australia juga turut terjejas dengan penurunan Yuan
kerana jumlah eksportnya yang tinggi ke China.
9. Tun M mengaitkan Najib dengan
penyusutan harga saham. Mungkin Tun M tidak sedar, harga saham global juga
mengalami penyusutan. Selain Bursa Saham Kuala Lumpur, pasaran saham di seluruh
rantau ini juga jatuh dengan Indeks Komposit Jakarta mendahului dengan
kejatuhan 3.1 peratus diikuti oleh Indeks Hang Seng Hong Kong yang turun 2.38
peratus. Analisis Indeks MSCI ke atas pasaran saham dunia sejak Januari
sehingga Ogos 2015, menunjukkan penurunan global pasaran saham (dalam Dollar
AS) sebanyak - 6.7%, 'Emerging Markets'
(-16.7%), AS (-5.0%) dan UK (-9.7%). China mengalami penurunan sebanyak -15.0%,
Korea Selatan (-14.1%), Taiwan (-14.7%), Australia (-19.7%), Singapura
(-21.5%), Malaysia (-26.0%), Indonesia (27.3%), Germany (-6.4%) dan Sweden
(-6.3%)
10. Tun M cuba mengaitkan kos sara hidup
yang kononnya meningkat selepas pelaksanaan GST. Jika dakwaan Tun M ini benar,
sudah pasti rakyat di negara lain yang mempunyai kadar GST yang lebih tinggi
akan jauh lebih terbeban. Kadar GST di Malaysia hanya 6%, sedangkan di Thailand
(7%), Indonesia (10%), Singapura (7%), Korea Selatan (10%), India (12.36%),
China (17%), Australia (10%) dan New Zealand (15%). Hakikatnya, dari segi Indeks Kos
Sara Hidup, sehingga pertengahan tahun 2015, kedudukan Malaysia
adalah di tangga 94, bermaksud kos sara hidup di Malaysia masih lebih rendah
berbanding 93 buah negara lain di dunia. Berdasarkan Indeks Kos
Sara Hidup Expatistan pula, kos sara hidup di KL hampir sama
dengan Jakarta, lebih rendah 4% daripada di Manila, 6% lebih rendah daripada
Bangkok dan 56% lebih rendah daripada Singapura.
Indeks Kos Sara Hidup: Malaysia di kedudukan ke-94
Indeks Kos Sara Hidup di Asia: Malaysia di kedudukan ke-29
11. Seterusnya Tun M mengulangi tuduhan
lapuk yang dikitar semula mengenai 1MDB. Cuma bezanya kali ini Tun M tidak lagi
berani mengatakan RM42 bilion lesap sebaliknya mengatakan hanya RM20 bilion
lesap. Kali ini Tun M tidak lagi menyebut kadar faedah adalah hampir 7%,
sebaliknya sudah menukarnya kepada hanya 5.9%. Tun M masih menuduh Goldman
Sachs menerima komisen sebanyak 10%. Bagaimanapun sehingga hari ini, dia masih gagal
memberikan sebarang bukti bahawa Goldman Sachs menerimen komisen sebanyak itu. Tun
M juga gagal memberikan sebarang bukti ke mana duit pelaburan PetroSaudi lesap,
melainkan hanya mengulangi dakwaan ia mungkin dilesapkan untuk anak tiri,
isteri, perkahwinan anak Najib dan dimasukkan ke dalam akaun Najib. Cuma kali
ini Tun M lagi tidak menyebut tentang Jho Low dan Paris Hilton. Tun M
mengulangi tuduhan ini tanpa bukti dan tanpa menjelaskan mengenai sumber dana
yang dikatakan lesap dan dimasukkan ke dalam akaun Najib, sama ada ia dari
PetroSaudi atau dari negara Timur Tengah yang lain.
12. Tun M menuduh kononnya 1MDB membeli
loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran, tanpa dapat
memberikan nilai sebenar loji kuasa tersebut dan gagal membezakan di antara
pembelian stesen janakuasa dengan pembelian syarikat pembekal kuasa (IPP).
Bezanya kali ini, Tun M tidak lagi berani menyebut mengenai soal lesen yang
hampir tamat.
13. Tun M juga tidak berpuas harti apabila
1MDB membeli tanah pada harga yang murah. Mahal salah, murah pun salah. Cuma
kali ini, Tun M menyebut harga pasaran hanya RM3,000 dan bukan lagi RM7,000. Tun
M membuat dakwaan ini tanpa menjelaskan bahawa 1MDB perlu mengalihkan aset,
bangunan dan penempatan, membina semula kemudahan tersebut di kawasan yang
lain, membayar pampasan, membuat kerja tanah dan membangunkan infrastruktur di
tapak tersebut. Semua itu memakan kos sekurang-kurangnya RM1,500 sekaki
persegi. Ini tidak termasuk kos akibat faktor masa kerana perlu membangunkan
terlebih dahulu 8 kemudahan baru untuk tentera dan polis, sebelum boleh
merobohkan aset di Sungai Besi dan memulakan kerja tanah untuk Bandar Malaysia.
14. Tun M juga membuat kesalahan fakta
apabila mengatakan bahawa “satu-satunya
aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala
Lumpur,” sedangkan hakikatnya 1MDB masih mempunyai tanah di Pulau Pinang
dan Selangor, serta mempunyai asset kewangan yang disahkan kewujudannya dalam
penyata akaun diaudit 1MDB dan telah disemak oleh Ketua Audit Negara.
15. Tun M terus membuat kesalahan fakta
apabila menyebut “Najib tidak dapat
membuktikan bahawa orang Arab itu telah memberinya wang.” Hakikatnya, SPRM telah mengesahkan bahawa
wang tersebut dari sumber derma dan terdapat empat surat berkaitannya. SPRM
juga memaklumkan bahawa mereka telah menghubungi penyumbang tersebut. Pada
waktu yang sama, Tun M sekadar membuat tuduhan liar bahawa derma tersebut
adalah untuk UMNO, tanpa memberikan bukti atau dapat bertanya sendiri kepada penderma
dan mengesahkan samada sumbangan tersebut memang benar-benar untuk UMNO atau
untuk membantu Najib. Tun M juga gagal
menjelaskan bahawa selama ini dana, saham dan aset UMNO pernah dipegang
oleh individu atau proksi, sehingga menyebabkan ia sukar dikesan dan hilang
begitu sahaja.
Penjelasan mengenai pengesahan dari SPRM bahawa sumber kemasukan wang ke dalam akaun Najib adalah derma dan SPRM telah menghubungi penderma untuk mengesahkannya
Penjelasan mengenai siasatan polis terhadap pegawai SPRM dan penjelasan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengenai pertukaran pegawai SPRM
16. Walaupun kes pembunuhan Altantuya
dibicarakan selama 9 tahun dan Razak Baginda mengesahkan hubungannya dengan
Altantuya, Tun M tanpa malu, cuba mengaitkan pembunuhan ini dengan Najib. Secara
tiba-tiba Tun M sudah mempercayai media asing yang merupakan musuh yang tidak
dipercayainya selama 22 tahun pemerintahannya. Kata Tun M, “ia telah menjadi satu skandal antarabangsa. Ia telah memalukan
Malaysia.” Mungkin Tun M lupa bahawa selama ini, dia lebih banyak disebut
oleh media asing, bukan sahaja berkaitan pelbagai skandal ekonomi, kapitalisme
kroni dan bail-outs tetapi juga
berkaitan tindakannya ke atas Anwar Ibrahim, penahanan musuh-musuh politiknya
dan pembunuhan di Memali. Mungkin Tun M tidak malu, tetapi ramai juga di kalangan
rakyat Malaysia yang malu dengan tindakan-tindakannya yang dilaporkan media sepanjang
tempoh pemerintahannya.
17. Antara tajuk yang pernah
mencemar nama baik Malaysia melibatkan Tun M adalah:-
- “Rescue Plan for Perwaja Carries a Hefty Price Tag,” WSJ, December 31, 1996
- “MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir's Son,” WSJ, May 1, 1998
- “Malaysia: Turning A Cash Cow Into A Beast Of Burden (Int'l Edition),” Businessweek, August 15, 1999
- “Privatisation and Bailouts in Malaysia: The truth about privatization,” Aliran Monthly, Volume 25, issue 6 2005
- “We encourage Mahathir’s evil,” Free Malaysia Today, September 13, 2013
- “Malaysia Reins In Opposition,” Washington Post, August 12, 2001
- “Malaysia's ex-PM Badawi hits out at predecessor,” Jakarta Post, August 9, 2013
- “Mahathir’s Disastrous Financial Speculation,” Asia Sentinel, March 5, 2012
Ini belum pelbagai dakwaan lain, termasuk laporan
bahawa Tun M membazirkan dan mengakibatkan negara kerugian RM100 bilion seperti yang
didakwa oleh Barry Wain, dalam
buku "Malaysian Maverick – Mahathir Mohamad in Turbulent Times."
18. Jika Tun M bercakap benar dan
berdasarkan fakta, Tun M sudah tentu sedar bahawa menjatuhkan Najib TIDAK AKAN
memulihkan ekonomi Malaysia SECARA DRASTIK. Najib dan 1MDB TIDAK ADA di
negara-negara yang disebutkan tadi tetapi pertumbuhan ekonomi di negara-negara
tersebut tetap merosot, nilai matawang dan indeks saham juga terus jatuh, kos
sara hidup dan kadar GST lebih tinggi, hutang negara jauh lebih banyak dan kadar
pengangguran juga jauh lebih tinggi.
19. Bolehkah Tun M memberi jaminan bahawa penyingkiran Najib dapat memaksa
AS menghentikan rancangan untuk menaikkan kadar faedah, meningkatkan harga minyak mentah dan komoditi dunia dan memaksa China
meningkatkan nilai Yuan? Jika ia tidak mampu menterbalikkan kesan TIGA faktor utama kejatuhan matawang ini, maka menjatuhkan Najib untuk pemulihan ringgit dan ekonomi segera hanya AUTA dan
PEMBOHONGAN Tun M semata-mata. Adakah Tun M begitu terdesak kerana rancangan untuk menggulingkan dan menjenayahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak bulan Mac masih belum menjadi kenyataan?
Apa saja kamu nak kata kata lah blog admin hoi , asal tuan kamu puas hati dengan cara jilat kamu , apa pun Tun M tak ada pun wang negara disapu masuk akaun sendiri macam boss kamu itu ,sungguh tak tau malu .
ReplyDeleteMana kamu tau Tun M tak salah guna kuasa buat anak dia kaya?
DeleteMana kamu tau Tun M tak salah guna kuasa buat anak dia kaya?
Deletetak de fakta, pi main jauh2 roslan :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteTun F, nampak mcm hebat la kan... Tp sy ni rakyat biasa xde apa2 mcm kamu. Cuma sy fikir kamu punya tulisan hanya tulisan yg x bw apa2 makna pun. Mungkin kamu blh buat sesuatu yg lbh berfaedah.
ReplyDeleteTo me Tun M has been telling half truth. Half truth equals to a lie.
DeleteMembongkarkan pembohongan yg mengugat kestabilan negara kamu kata tak berfaedah? Saya nak tanya, berita apa yg berfaedah pada negara? Berita Dari WSJ dan SR? Oh ya, berita Dari WSJ Dan SR Banyak membantu mengukuhkan Ringgit barangkali?
To me Tun M has been telling half truth. Half truth equals to a lie.
DeleteMembongkarkan pembohongan yg mengugat kestabilan negara kamu kata tak berfaedah? Saya nak tanya, berita apa yg berfaedah pada negara? Berita Dari WSJ dan SR? Oh ya, berita Dari WSJ Dan SR Banyak membantu mengukuhkan Ringgit barangkali?
Sapa t/faizal ni.. malaun mna ni.. ni mai habaq kat hang sebenarnya tun hanya mahu penjelasan dr najib yg jadi masalahnya jawapan yg najib bagi dh jadi cerca merba. Smpai dlm parlimen pun najib ckp x betul.. kalau hang nk tau isu2 yg berbangkit ni dh jadi masalah negara jadi segala penjelasan dan kenyataan mestilah keluar dr jabatan perdana menteri @'najib itu sendiri. Pada balaci @ macai x perlu sibuk ... nk tanya sat.. umur hang la ni berapa tahun.. tolong habaq mai sat noo..
ReplyDeletesekurangnya terima kasih pd Tun M masa jd PM Tun byk kali pesan pd muda mudi rakyat mgutamakan pelajaran..buka mcm2 universiti,kolej..smpai sy brjaya n ramai muda mudi brjaya kini...lebih baik siasat Najib dulu sblm siasat Tun M .dgn umurnya skrg apala Tun M nak utk diri Tun M skrg..sy pn boleh fikir pnjang.
ReplyDelete