Friday, June 12, 2015

#Nothing2Hide: Program lancar jika tidak diganggu tamu tak diundang


Kronologi Program Dialog Bersama PM "Nothing To Hide" 
seperti yang dikeluarkan oleh laman facebook Dialog PM bersama NGO


1. Ulasan mengenai program Dialog PM bersama NGO Nothing to Hide tanpa fakta sebenar mengakibatkan ramai tersasar jauh dari kebenaran dan akhirnya meletakkan kesalahan ke atas tempat yang salah. 

2. Saya telah mengambil sedikit masa untuk meneliti bahan-bahan yang disebarkan berkaitan program Dialog PM bersama NGO dan bertanya beberapa orang urusetia program bagi memahami kronologi peristiwa yang berlaku.

3. Program Dialog PM bersama NGO adalah suatu program yang sangat baik. Ia adalah platform masyarakat sivil yang membolehkan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) berdialog dan berinteraksi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sesuai dengan temanya Nothing To Hide, pemimpin dan ahli NGO boleh bertanyakan apa sahaja kepada Perdana Menteri. 

4. Perdana Menteri juga telah BERSETUJU untuk hadir dan bersetuju dengan tema program, iaitu Nothing To Hide kerana tidak ada apa yang ingin beliau sembunyikan. Beliau sendiri memberikan tarikh 5 Jun, iaitu sebelum beliau berangkat menunaikan umrah dan PWTC dicadangkan sebagai lokasi program bagi memudahkan peserta menunaikan solat Jumaat.

5. Persetujuan PM diperolehi pada tarikh 19 Mei. Bermaksud urusetia mempunyai kurang daripada tiga minggu (17 hari) untuk membuat persiapan. Mesyuarat pertama mengenainya dibuat pada 21 Mei. Pengumuman pertama dibuat pada hari Ahad, 31 Mei dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dan sidang media pertama dibuat pada 2 Jun.

6. Jemputan dibuat melalui dua cara, pertama secara langsung kepada sejumlah NGO. Kedua, secara terbuka melalui hebahan media. Hanya 1,200 tempat disediakan di dalam dewan. NGO yang berminat perlu mendaftarkan diri dan kad jemputan akan diberikan berdasarkan siapa yang terlebih dahulu membuat permohonan (first come first serve).

7. Semua urusan berjalan lancar tanpa banyak masalah sehingga ada kenyataan media sosial daripada seorang pemberita pada 3 Jun bahawa pegawai Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kedatangan beliau ke majlis ini. Selepas itu, urusetia menerima banyak panggilan bagi mengesahkan kehadiran Tun M. 


Tweet pertama yang mengundang masalah

8. Jawapan yang diberikan urusetia adalah `tidak pasti’ kerana tidak ada jemputan rasmi dibuat kepada Tun M. Urusetia tidak menjangkakan Tun M akan datang memandangkan program ini tidak kena dengan taraf beliau. Lagipun program ini lebih khusus untuk PM dan kehadiran Tun M amat tidak sesuai disebabkan serangan beliau terhadap PM kebelakangan ini.

9. Pada malam yang sama, ada mesej disebarkan menjemput seramai mungkin ahli Perkasa Selangor ke PWTC. Dalam mesej tersebut dinyatakan program ini adalah `program terbuka’ (sedangkan program ini hanya untuk jemputan) dan kehadiran ahli Perkasa ini adalah untuk menjaga keselamatan Tun M. 


Paparan skrin mesej jemputan daripada Perkasa yang disebarkan melalui media sosial di panjangkan oleh Pak Darus Saat dalam Kumpulan Whatsapp (1) Melayu Berani Bersatu. Dato Hamidah Osman adalah antara ahli dalam kumpulan ini.


10. Kehadiran Tun M dan mesej jemputan kepada ahli Perkasa ini mengundang masalah baru kerana dilihat oleh pihak berkuasa sebagai provokasi dan tanda permulaan kekecohan.

11. Pada malam Khamis, 4 Jun, urusetia telah memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan tentang kehadiran Tun M dan ahli Perkasa. Pihak polis dan Pihak Keselamatan PWTC turut dijemput bagi mendapatkan pandangan. 

12. Dalam mesyuarat khas ini, urusetia telah ditanya sama ada terdapat di kalangan mereka yang membuat jemputan rasmi kepada Tun M. Semua anggota, termasuk Datuk Khairul Anuar Rahmat, Pengerusi Suka Guam menafikan ada menjemput Tun M. 

13. Memandangkan Tun M tetap ingin hadir walaupun tidak dijemput, maka pihak urusetia, pihak polis dan keselamatan PWTC telah berbincang sama ada mahu membenarkan Tun M masuk atau tidak. Terdapat DUA pandangan. Pertama, untuk tidak membenarkan Tun M masuk kerana sebarang pertikaman lidah antara Tun M dan PM akan merosakkan imej kedua-dua pemimpin, UMNO dan negara. Lebih buruk lagi jika pertikaman lidah ini disahut penyokong masing-masing sehingga mengundang kejadian yang tidak diingini. Pandangan kedua, adalah untuk membenarkan beliau masuk.

14. Urusetia akhirnya bersetuju membenarkan Tun M masuk dengan syarat, hanya dua kerusi disediakan di bawah pentas bersama tetamu kehormat yang lain, iaitu untuk Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah. Tiada pengiring dan penyokong Tun M dibenarkan masuk. Sebuah bilik menunggu juga disediakan supaya Tun M dan tetamu kenamaan lain dapat menunggu dengan selesa.


Kerusi yang disediakan oleh urusetia untuk Tun M atas dasar menghormati beliau, 
jika beliau benar-benar hadir, bukan bermaksud beliau diundang


15. Perlu ditegaskan bahawa kerusi ini disediakan atas dasar rasa hormat dan bukan bermakna Tun M mendapat undangan. Pada waktu yang sama, seperti audien yang lain, Tun M masih perlu menghormati majlis, tertakluk kepada peraturan majlis dan tidak wajar berbuat sesuka hati di dalam program ini. 

16. SEJAK MALAM KHAMIS lagi, pihak polis telah menyatakan kebimbangan tentang tahap kawalan dan keselamatan majlis. Pihak polis telah mencadangkan agar program ini ditangguhkan, tetapi disebabkan ramai yang telah bekerja keras selama hamper tiga minggu untuk menjayakan program ini, urusetia cuba meyakinkan pihak polis bahawa keselamatan adalah dalam kawalan kerana hanya 1,200 orang jemputan sahaja yang akan berada di dalam dewan. Pihak lain yang tidak menerima jemputan tidak dibenarkan masuk ke dewan. Jumlah anggota Rela dan pegawai keselamatan PWTC telah ditambah untuk mengawal keadaan. Urusetia juga meminta pihak polis memberi masa sehingga keesokan pagi sebelum keputusan penangguhan majlis ini dibuat. 

17. Pihak polis bersetuju untuk memberi sedikit masa kepada penganjur dan turut menempatkan sejumlah anggota berpakaian preman bagi mengawasi keadaan.

18. Pada hari Jumaat, 5 Jun, sekitar jam 845 pagi, urusetia dimaklumkan bahawa dewan telah penuh sesak. Lebih 1,500 orang sudah berada di dalam dewan dan masih ramai jemputan yang tidak dapat masuk. Urusetia juga telah dihubungi oleh pihak polis yang menasihatkan agar program dibatalkan kerana jumlah audien di dalam dewan sudah melebihi jumlah yang dijanjikan penganjur. 


Jumlah hadirin di dalam dewan telah melebih 1,200, iaitu jumlah peserta jemputan

19. Sekitar jam 855 pagi, urusetia dimaklumkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan tweet agar program ini dibatalkan. Atas arahan ini, pihak polis telah meminta penganjur segera membuat pengumuman pembatalan program.


Tweet Ketua Polis Negara mengarahkan program dibatalkan


20. Ketika ini Tun M berada di bilik menunggu. Urusetia dimaklumkan bahawa Tun M telah beberapa kali meminta diberikan peluang berucap selama sejam. Bagaimanapun anggota urusetia terbabit memaklumkan bahawa dia tidak dapat membantu Tun M dalam hal itu kerana seperti NGO lain, Tun M hanya dibenarkan bertanya soalan, bukan memberi ucapan.

21. Pada waktu ini, saya sudah berada di dalam dewan, di ruang hadapan pintu depan dewan berhampiran dengan rostrum. Pengacara wanita dari sebuah stesen TV membuat pengumuman bahawa pihak polis telah mengarahkan agar program dibatalkan, tetapi menyebut pihak penganjur `masih berunding’ walaupun hakikatnya telah ada arahan daripada pihak polis untuk membatalkan program.

22. Tidak berapa lama selepas itu, Datuk Khairul mengambil tempat di rostrum. Baru sahaja beliau ingin mengucapkan sesuatu, rombongan Tun M telah merempuh pintu hadapan dan meluru masuk ke atas pentas. Lokman Noor Adam yang berada di hadapan pintu, saya berhampiran pentas, Datuk Khairul yang berada di rostrum dan ramai lagi telah dirempuh secara kasar oleh rombongan Tun M.



23. Di atas pentas, seorang urusetia telah memaklumkan Tun M bahawa kerusi yang disediakan untuk Tun M berada di bawah pentas. Namun Tun M tidak berganjak dan penyokong-penyokong beliau mendesak agar beliau diberikan peluang berucap. Selepas seketika Tun M berucap, seorang anggota polis dengan sopan meminta Tun M berhenti berucap. Tun M akhirnya akur, bagaimanapun meneruskan dengan mengadakan sidang akhbar di atas pentas yang sama.



24. Siapa salah? Di mana silapnya?

25. Adakah program ini salah atau bodoh (a stupid program)? Tidak mungkin sebuah program yang membenarkan PM berinteraksi dengan 1,200 orang ahli dari 313 NGO seluruh negara, membolehkan mereka bertanya apa saja soalan dan menggambarkan kredibiliti dan ketelusan PM boleh dianggap sebagai program yang tidak baik dan bodoh. 

26. Adakah ini salah penganjur? Ya dan tidak. Ya mungkin kerana kelemahan dalam aspek kawalan keselamatan dan pendaftaran sehingga lebih 1,500 orang berada di dalam dewan. Ya, kerana mereka lambat membatalkan program seperti yang dinasihatkan oleh polis dan terlalu memberi muka kepada Tun M. Tidak, kerana dalam tempoh kurang daripada 3 minggu mereka berjaya menyusun program ini dengan baik dan mendapat penyertaan 1,200 orang peserta dari 313 NGO. Mereka juga telah mendapatkan nasihat polis dan pegawai keselamatan PWTC bagi mengendalikan hal kawalan keselamatan.

27. Adakah ini salah PM? Tidak, PM telah BERSETUJU untuk hadir. PM juga telah BERSETUJU dengan tema Nothing To Hide dan menjawab segala persoalan dengan telus. Program telah dibatalkan atas arahan Ketua Polis Negara dan polis telah menasihat PM agar tidak hadir.

28. Adakah salah Tun M dan penyokongnya? Tun M dan sebahagian besar pengikutnya adalah tetamu yang tidak diundang. Kehadiran Tun M menyebabkan penganjur menjadi serba salah. Tun M mendesak untuk berucap selama sejam sejak di bilik menunggu lagi. Tun M juga tidak berganjak dari atas pentas ke tempat duduk yang disediakan di bawah pentas. Penyokong Tun M sengaja mensabotaj majlis apabila menghantar mesej mengajak ahli Perkasa Selangor hadir beramai-ramai dan berbohong bahawa program ini adalah `program terbuka untuk sesiapa sahaja’. Ada di antara mereka juga telah menyelinap memasuki dewan lebih awal dan ada yang merempuh pintu semasa mengiringi Tun M masuk. 

29. Dalam penganjuran program ini, rukun yang penting adalah penganjur, pengisian, peserta dan PM. Dengan empat rukun ini, program boleh berjalan lancar tanpa sebarang masalah sama seperti program-program PM yang lain.

30. Kenapa timbul masalah? Kerana ada satu faktor yang tidak diperlukan dan tidak menyumbang kepada pelaksanaan program, iaitu pengganggu. Penganjur, pengisian, peserta dan PM apabila ditambah penganggu (Tun M dan pengikutnya) mengakibatkan program bermasalah. 

31. Kerja 3 minggu dibazirkan kerana ada penganggu. Bayangkan jumlah masa, tenaga, perbelanjaan dan usaha yang telah dibuat bagi melaksanakan program ini. Bayangkan berapa banyak persoalan mengenai isu semasa yang boleh dijawab oleh PM dalam masa 2 jam. Bayangkan kesannya jika jawapan ini sampai kepada rakyat melalui 1,200 pemimpin dari 313 buah NGO sekiranya program ini dapat dijayakan tempoh hari. 

32. Tidakkah ia akan membantu kerajaan BN? Kenapa PM diganggu dari memberi JAWAPAN?

33. Suatu masa dulu, semasa Tun menjadi PM, saya pernah mendengar Tun M menyelar tetamu yang tidak diundang di bumi Palestin, yang mengambil sedikit demi sedikit tanah rakyat Palestin sehingga akhirnya mengambil alih bumi Palestin dan mengusir rakyat Palestin. Tun M mungkin sudah lupa mengenainya, tetapi saya masih ingat ucapan Tun M itu. Bukankah ini yang berlaku dalam program Dialog PM bersama NGO?

34. Datuk Khairul Anuar dan urusetia terlalu baik dan sopan terhadap Tun M. Kesilapan mereka hanyalah kerana menyediakan dua buah kerusi yang akhirnya mengakibatkan bukan sahaja pentas dikuasai Tun M, malah seluruh program diambil alih.

3 comments:

  1. Kita kena bersikap rasional. Kita tidak ingin membenci atau berpihak sesiapa, kerana kedua- tokoh ini sudah / sedang memimpin Umno.

    1. Jika Tun M sudah menerima tetamu nya PM memberi penjelasan, kenapa tidak di maklumkan terperinci ? Sebagai bekas PM, beliau berhak tahu kerana telah di desak oleh rakyat, walauoun Tun M awal nya tidak mencampuri urusan PM Najib. Kekalutan 1MDB memang perkara serius melibatkan 42 Bilion hutang mega yang tiada tata urusan tidak melalui proses kewangan negara. Mudah nya Kerajaan Malaysia di cagar dengan hutang !

    2. Kita tahu beberapa penyelesaian belakang tabir di usahakan, namun buntu, tiada keihklasan. Ada Tun M berniat terselindung?

    3. Kita bersangka baik. Selama ini Umno di momok "penyamun", parti bangsawan, parti merekrut ahli-ahli tidak berpelajaran, parti taraf orang2 kampung (baca balik The Star dan penghinaan Dap) dan berbagai-bagai gelaran konon nya Melayu itu memang bodoh dan senang di perbodohkan ! Mudah di lekakan !

    4. Kita lihat kepada yang kebih besar. Saya secara peribadi mengharap Najib mampu dan boleh melonjakkan Bangsa Melayu / Rakyat Malaysia dan Islam. Itu janji beliau. Namun hakikat tidak seperti di laungkan. Beliau lebih rela befsekongkol dengan piihak lawan yang tidak mendatangkan faedah kepada beliau sedikit pun, kecuali luka-luka politik yang meninggalkan kesan mendalam.

    Pernah Allah SWT menyuruh Islam berkawan dengan orang-orang yang menghina dan ingin menghapuskan kita ? Jika sebalik nya sikap mereka, Islam itu di ajar bersikap lebih baik.

    5. Umno perlukan wajah baru lebih telus, berani dan agresif. Lebih terbuka kepada penyelesaian masaalah. Mesti kebih bersikap terbuka kepada lapisan generasi anak-anak Malaysia. Demi persaingan global dan mekestarikan kebangsaan bernusa, berjiwa dan berdisipilin. Bukan menghukum mereka bila darah muda di satriakan secara patriotik ! Sesekali tunjukkan semangat juang bahawa Melayu itu bukan melayu ! Boleh menjadi memampan dan menyekang apa jua musuh menggarang !

    6. Nothing2hide satu platfom yang terbaik. Najjb mesti berdiri dan telus menjawab persoalan. Tidak timbul huruhara jika Polis itu berwibawa ! Ini lah masa pembuktian bahawa Melayu itu HIDUP ! Melayu itu boleh sahaja menggerunkan jika sesiapa melampaui batas politik ekstrim yang selama ini hanya di momok kepada Melayu dan Islam ! Lihat Hj Hadi dan Dap. Begini kah Ulama Islam yang konon nya bijak, berhemah? Mahfum taraf beliau, di kaki LKS dan LGE. Tidak malu ? Mana maruah dan kebijaksanaan Melayu konon nya Islam ? Perilaku Melayu sekarang bukan sebagai Islam. Terlalu banyak lagho, toghut dan mensyirikkan Alkah SWT. Mulut lain tapi hati masih berdengki iri, membunuh bangsa dan saudara sendiri. Lihat jua perilaku Pas yang jelik.

    Jangan kita bodoh di perbodohkan dalam negara sendiri. Jangan kita semarakan rasuah dan 'kepenyamunan' membaham bukan HAK ! Api neraka jua di dalam perut.

    Maka tugas Mekayu itu membuang kejahilan, dari tiada kepada ada, dari sedikit menjadi banyak dan ramai, dari jahil menjadi berilmu, dari hodoh menjadi segak sejahtera menjaga Nusa dan Bangsa nya.

    Ingat lah Melayu itu ingin di hapuskan ! 1MDB jija tidak di tangani, ada lah katalis paling efektif kemujaraban kuasa Melayu di bumi sendiri.

    Kita tidak di terima di lain-lain negara dengan tradisi dan ketamadunan yang terukir sejarah nya di bumi ini. Kita hanya di terima di negara ini dan lain nya jika sebagai Murtad !

    ReplyDelete
  2. Bagi la alsan apa pun the fact remains that the PM has chicken out.

    ReplyDelete
  3. Jelas manusia hanya merancang tapi Allah menentukan segalanya. Begitu juga dengan program nothing to hide.

    ReplyDelete