Sunday, July 13, 2014

Serangan Di Sabah: Orang lama PDRM pertikai pembubaran Polis Marin

Nota: Ada beberapa orang lama PDRM (sebelum 2008) yang memberi komen tentang insiden sempadan Sabah dibolosi berulang kali. Ada yang mempertikaikan keupayaan kapal peronda tentera dan polis, ada yang mempertikaian tentang keupayaan risikan konvensional dan moden pasukan tentera dan polis; dan di bawah ini mempertikaikan tindakan kerajaan membubarkan pasukan polis marin. Apa penyelesaiannya kepada masalah yang semakin menjolok mata ini? 

Luahan  org lama PDRM dlm FB.. 

Rakan rakan seperjuangan. 

Saya ingin nak share sikit pengalaman yang saya alami selama hampir 40 tahun berkhidmat dalam PDRM. 16 tahun dalam PPH dan selebihnya tugas sekarang.

Saya mula dihantar ke Sabah pada tahun 1977 bagi Ops Tayang untuk membantu hanya satu Bn disana iaitu Bn 16. 

Bn dari Sarawak Bn 14,15,17 dan 18 (Bn saya). 

Pada masa itu saya rasa dengan adanya kami di sana mengawal sempadan (Pulau) dapat terkawal dari sisipan masuk merindui/penyamun Filipina. Ini adalah hasil kerjasama kita dengan pasokan Polis Marin kita yang sentiasa membuat rondaan di perairan kita.

Saudara saudara, 

ini nampak jelas, setiap rondaan yang kami buat di sekeliling pulau, kita pasti akan bertembung dengan kapal Marin kita sama ada PX,PZ,PB dan sebagainya. Ini menandakan pihak Marin Polis masih perlu dalam aspek membantu (..ada perkataan lain lagi kah) dalam menjaga keselamatan perairan kita.

Soalan saya?

1.Kenapa mereka dibubar dan ditubuh APMM?

2.Kenapa sejak APMM mengambil alih sebagai Raja Laut, pencerobohan Lahad Datu, penculikan di Sabah berlaku?

3.Kenapa diberhentikan Ops Tayang yang dibuat seperti dulu, ditempatkan sekurang kurangnya satu seksyen di setiap kwasan yang kita fikir/rasa perlu.

4.Di sini saya ingin bertanya, apa APPM buat?Sejak tertubuhnya APMM berapa kejayaan mereka dapat?

5.Dalam peristiwa Ops Daulat, apa sumbangan mereka?

6.Masa penculikan warga Cina dan  kes di Lihak Lihak apa peranan mereka?

7.Dan terakhir ini dimana dan apa mereka buat sehingga musuh yang masuk or dalam perairan kita pun tidak dapat di bendung dan yang hilang nyawa pula anggota Polis Marin.

8.Kenapa semua kapal kita diserahkan kepada APMM dan hanya tinggalkan Penyengat yang buruk untuk mereka dan mampukah bot itu melawan musuh yang ada?

9.Oleh itu saya bertanya sekali lagi, haruskah APMM diteruskan khidmat mereka atau bubar saja mereka dan serahkan keselamatan perairan kita kembali kepada Polis Marin kita sperti dulu dan kembalikan semua asset yang ada kepada mereka, kerana saya percaya anggota  Pasukan Gerakan Marin PDRM kita lebih Arif dalam menjaga keselamatan perairan kita dari di masuki penceroboh asing.

Saya berkata demikian kerana selama 16.tahun bersama menjalani Ops Tayang di Sabah bersama anggota Marin kita, banyak kejayaan telah di perolehi kerana bantuan dari Polis Marin kita.
Oleh yang demikian Kuasa dan Raja Laut perlu di serah balik kepada Polis Marin kita. 

Thump up jika setuju dan dialu alukan komen kekawan. Saya terima dengan hati terbuka, kerana sejak sejak ini setelah APMM diberi kuasa menjaga laut APA KEJAYAAN mereka?
Akhir sekali, berapa orang anggota mereka dah M............!! 
😤😤

No comments:

Post a Comment