Wednesday, July 2, 2014

#PemilihanPKR: 5 DIPECAT, 1 digantung hasil pengadilan berpilih Lembaga Dispilin PKR?



Pemilihan PKR penuh keganasan, penipuan dan rasuah - tindakan hanya diambil ke atas ikan bilis?


KENYATAAN MEDIA



Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 1hb Julai 2014 yang dipengerusikan DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain.




Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:




1) Sdr NASHARUDDIN MD ISA (Cabang Ampang)

Beliau telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27hb Jun 2014. Tindakan beliau melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1, “Larangan Membawa Parti ke Mahkamah; Tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara Parti ke mana-mana mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara otomatik.”



Sdr NASHARUDDIN MD ISA dengan ini tergugur keanggotaannya dari Parti Keadilan Rakyat.




2) Sdr NALLASAMY A/L KUMARASAMY (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan menendang peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014. Anak beliau, Nitish A/L Nallasamy (bukan anggota parti) turut terlibat dalam tindakan tersebut.



Sdr NALLASAMY A/L KUMARASAMY dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




3) Sdr SATHIASEELAN A/L NAGAMUTHU (Cabang Kota Raja)

Beliau telah melakukan kekasaran terhadap seorang anggota parti di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan berlangsung di Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014.



Sdr SATHIASEELAN A/L NAGAMUTHU dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




4) Sdr VIJAY KUMAR SAMY (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan memecahkan peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 22hb Jun 2014.



Sdr VIJAY KUMAR SAMY dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




5) Sdr MOHANATHAS A/L ALAGAN (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan memecahkan peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 22hb Jun 2014.



Sdr MOHANATHAS A/L ALAGAN dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




6) Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah didakwa membuat ugutan terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.



Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB dengan ini digantung keanggotaannya selama setahun, bermula serta-merta.




Dato' Dr Tan Kee Kwong

Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN



2hb Julai 2014

No comments:

Post a Comment