Tuesday, June 3, 2014

Syed Mokhtar labur RM 2.5 bilion agar 2 juta rakyat miskin dapat tonton siaran TV Digital

puncaksemangat

Transformasi dari ANALOG ke DIGITAL - terima kasih Syed Mokhtar dan Puncak Semangat kerana menjadikan hasrat untuk mendigitalkan siaran RTM, TV3, NTV7, TV Hijrah dan sebagainya SATU KENYATAAN. Projek ini yang dilaksanakan secara Inisiatif Dana Swasta atau Private Funding Initiatives (PFI), bakal mengubah lanskap penyiaran TV dan penghasilan konten melalui pelbagai saluran TV yang disampaikan melalui infrastruktur gentian optik ke rumah rakyat Malaysia. Bila ia bermula? Tahun depan - April 2015! 


File:Digital broadcast standards.svg

Negara-negara yang telah menggunakan DTTV


Apa itu DTTV?

DTTV (digital terrestrial television, sometimes also abbreviated DTT) is digital television (DTV) broadcast entirely over earthbound circuits. A satellite is not used for any part of the link between the broadcaster and the end user.

DTTV signals are broadcast over essentially the same media as the older analog terrestrial TV signals. The most common circuits use coaxial cable at the subscriber end to connect the network to the TV receiver. Fiber optic and/or microwave links may be used between the studio and the broadcast station, or between the broadcast station and local community networks.

DTTV provides a clearer picture and superior sound quality when compared to analog TV, with less interference. DTTV offers far more channels, thus providing the viewer with a greater variety of programs to choose from. DTTV can be viewed on personal computers. Using a split-screen format, a computer user can surf the Web while watching TV - baca lagi di sini.



2 juta Set-Top-Box (STB) dan alat kawalan jauh bernilai RM2.5 bilion untuk pengguna TV di kalangan rakyat miskin dan kurang berkemampuan di dalam senarai e-Kasih dan BR1M.


Puncak Semangat labur RM4.5 bilion untuk siaran TV digital
2014/06/02 - 18:47:56 PM Oleh Che Wan Badrul Alias Cetak Emel Kawan

KUALA LUMPUR: Puncak Semangat Sdn Bhd, syarikat dikuasai Billionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, akan melabur RM2 bilion sebagai perbelanjaan modal dan RM2.5 bilion bagi perbelanjaan operasi sepanjang tempoh konsesi DTT seperti yang ditetapkan SKMM.

Pengarah Projek, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, berkata pelaburan itu meliputi pembangunan Hab Penyiaran Media Digital (DMBH); Pusat Pemulihan Bencana (DRC); pembinaan enam pusat panggilan serantau dan lapan pusat perhubungan pelanggan; menaik taraf dan memasang 60 pemancar di kawasan utama termasuk 32 di Semenanjung dan bakinya di Sabah dan Sarawak. 

Pelaburan juga diperuntukkan bagi merapatkan jurang liputan di 30 kawasan kecil seluruh negara; mendapatkan perkhidmatan daripada penyedia rangkaian dan transponder satelit; dan pakej Set-Top Box (STB) dan antena mudah alih (CPE). 

“Pelaksanaan DTT akan dilaksanakan bermula dari kawasan luar bandar seterusnya ke bandar utama berdasarkan pengguna di luar bandar yang tidak memiliki ASTRO dan bergantung kepada penyiaran FTA.

“Kami bermula di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, Perlis, kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sebelum ke fasa terakhir iaitu di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya,” katanya dalam sidang media pengumuman pelan pembangunan DTT di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Projek DTT Puncak Semangat, Mohamed Redzwan Yahya, akan menyediakan dua juta unit Set-Top Box percuma kepada pengguna kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka menerima siaran percuma (FTA) Televisyen Digital Daratan (DTT). 

Katanya, apabila fasa pertama DTT yang akan bersiaran mulai April 2015 dilaksanakan, pengguna perlu menggunakan Set-Top Box untuk menerima siaran televisyen dalam format digital yang akan mempunyai keupayaan hingga 30 siaran. 

Siaran FTA DTT dijangka dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara menjelang Jun 2016. 

Bagaimanapun, bagi kalangan pengguna ASTRO sedia ada tidak perlu menggunakan Set-Top Box untuk mendapat siaran televisyen digital itu. 

Beliau berkata, syarikat sedang berunding dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menetapkan spesifikasi Set-Top Box dan harga peranti terbabit.

Puncak Semangat yang memenangi konsesi 15 tahun bagi membangunkan kemudahan rangkaian dan infrastruktur DTT FTA Malaysia, yakin menyediakan liputan kepada 85 peratus penduduk dalam fasa pertama pelaksanaan sebelum berkembang kepada 98 peratus dalam fasa kedua. 

Sistem penyiaran analog sekarang memberi liputan kepada 98 peratus penduduk. 


No comments:

Post a Comment