Tuesday, June 17, 2014

#GST Siri 6 - Jom dedah pembohongan Rafizi di Wacana @SinarOnline

Dalam "Wacana GST Siapa Untung Siapa Rugi Bhg 1" on YouTube - Wacana GST Siapa Untung Siapa Rugi Bhg 1: http://youtu.be/HVL3dlgahLs ; terdapat sejumlah pembohongan yang dibuat oleh Rafizi Ramli. JOM sekolahkan dia!

1. PEMBOHONGAN 1 - Rafizi kata, SST 16% salah kerana ia perkara berlainan. Regim yang ada 10% cukai jualan dan 6% cukai perkhidmatan, bukan 16%

FAKTA - Rafizi cuba menafikan terdapat keadaan CUKAI BERTINDIH 16% yang wujud dalam SST. Dalam kes restoran makanan segera seperti KFC misalnya ada barangan yang dicukai 10% dan di restoran dikenakan lagi 6% cukai perkhidmatan. Di pusat servis kereta juga ada keadaan CUKAI BERTINDIH 16%.




HAKIKATNYA - Melalui GST memang ada keadaan penurunan cukai yang tinggi, iaitu 16% kepada hanya 6% kerana keadaan Cukai Bertindih dihapuskan.

2. Pembohongan 2 - Rafizi kata - rekod berhutang BN paling hebat di dunia. Sukar nak cari kerajaan macam ni kecuali kerajaan Afrika dan sewaktu dengannya.

FAKTA 1 - Hutang Singapura, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom jauh lebih tinggi daripada Malaysia




FAKTA 2 - Hutang Luar Malaysia adalah rendah berbanding negara lain.



FAKTA 3 - Hutang Domestik dalam negara agak tinggi tapi ia berpunca daripada hutang rakyat dalam pelbagai sektor, terutama pembelian hartanah.






3. PEMBOHONGAN 3 - Kenapa orang kaya di Malaysia membayar kadar cukai yang sama seperti orang lain?

FAKTA 1. Kadar cukai pendapatan untuk orang kaya tidak sama dengan yang berpendapatan lebih rendah

FAKTA 2. Berdasarkan trend dan nilai perbelanjaan harian, jumlah cukai yang dibayar oleh orang kaya lebih tinggi daripada yang berpendapatan rendah walaupun jika kadarnya sama.



Jadual kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu di Malaysia. Takkan akauntan bertauliah tak tau pasal perbezaan kadar ni?


4. PEMBOHONGAN 4 - GST boleh kutip lebih banyak daripada Cukai Pendapatan.



FAKTA - Cukai Pendapatan menyumbang kepada sebanyak 47.9% (RM 107 bilion) daripada hasil pendapatan negara, sedangkan Cukai Tidak Langsung, seperti Duti Kastam, Duti Eksais dan SST hanya menyumbang kepada 14.8% (RM33.2 bilion) daripada hasil pendapatan negara. Jika GST dilaksanakan, terdapat tambahan hanya sebanyak RM9 bilion, iaitu hanya sekitar 4% daripada jumlah hasil negara, masih tidak dapat mengatasi jumlah kutipan cukai pendapatan.

No comments:

Post a Comment