Tuesday, May 20, 2014

#PRKTelukIntan: PENIPUAN Dap, pencalonan calon Melayu #Dyana BUKAN sejarah baru


Kononnya sejarah baru. Bukan sejarah baru langsung. Tujuannya - hanya untuk kaburi mata orang Melayu bahawa kononnya Dap bukan anti Melayu. Strategi ini sudah lama digunakan oleh banyak pihak sebelum ini, termasuk Jepun dan Parti Komunis Malaya.

Pada zaman Jepun, datuk nenek kita memanggil mereka `Barua Jepun'. Pada zaman Komunis, mereka dipanggil `Talibarut Komunis' atau Agen Komunis. 

Siapa yang berpotensi untuk dijadikan `talibarut ' atau `barua' ini? Antaranya adalah Melayu dengan aqidah dan jati diri Melayu yang lemah; Melayu sosialis; Melayu liberalis; Melayu pluralis; Melayu atheis; Melayu yang kecewa dan Melayu yang gilakan jawatan, pangkat dan habuan material.

Ironinya Melayu PR sanjung mereka, walaupun mereka terang-terang menolak ajaran Islam dan membawa agenda sosialisme, liberalisme dan pluralisme agama.

Siapa mereka?

Ada empat Melayu yang dipergunakan Dap sebagai calon dalam PRU13 seperti yang dilaporkan oleh media. Empat Melayu-Dap yang dimaksudkan itu adalah Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, Mahdzir Ibrahim dan Zairil Khir Johari. 

Sebenarnya HANYA TIGA. Zairil Khir Johari sebenarnya bukan Melayu dan dipertikaikan keturunannya dan genetiknya kerana dikatakan hanya anak tiri kepada Khir Johari, sebaliknya hasil perkahwinan dua orang bukan Melayu.

Tengku Zulpuri bertanding di bawah tiket Dap menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi.

Mohd Ariff Sabri pula memang di kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan majoriti 2,814 undi.

Calon bukan Melayu Dap yang menggunakan nama Melayu, Zairil Khir Johari pula menang di kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi.

Ketiga-tiga tokoh Melayu-DAP itu bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina

Seorang lagi calon Melayu-DAP, Mahdzir Ibrahim tewas di Parlimen Tanjung Piai di tangan calon MCA-BN, Datuk Wee Jeck Seng yang mendapat 25,038 undi.

Pada PRU-13, jumlah keseluruhan pengundi Telok Intan adalah sebanyak 60,483 dengan komposisi kaum cina 25,400 (42 peratus); melayu 22983 (38 peratus) dan india 11490 (19 peratus) - Dyana, TIDAK bertanding di kawasan majoriti BUKAN Cina)

Selain 4 Melayu-DAP yang disebut di atas, semua calon DAP lain adalah bukan Melayu yang dimonopoli kaum Cina. Dalam PRU 13, DAP menghantar 103 calon di peringkat DUN dan 51 calon di peringkat parlimen.




Save the rhetoric and hyprocrisy, BN dah lama buktikan bahawa pengundi bukan Melayu boleh menang di kawasan majoriti Melayu. DAP baru nak sedar? Mungkin tak. Pemilihan CEC DAP membuktikan rasisme yang terus kukuh dalam sanubari mereka.

Lihat kawasan majoriti Melayu/Bumiputera Islam yang dimenangi oleh calon Bukan Melayu/Islam BN. 


PARLIMEN Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN); 2. PARLIMEN Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN); 3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS) Kalah vs Tsen Tsau Lin (BN); 4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN); 5. DUN Cheka (M69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN); 6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso(BN); 7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN); 8. DUN Pemanis (M-56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN); 9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN); 10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN); 11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN); 12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN);13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Amalan politik yang perlu diruntuhkan adalah amalan politik perkauman dan nepotisme dalam Dap serta penipuan dalam pemilihan CEC dan parti Dap.

No comments:

Post a Comment