Friday, April 4, 2014

Quality Hotel ditutup atau bakal dijual? Kerajaan PR Selangor lemah #PRperintahRakyatsusah



Apa tujuan penutupan? Kerajaan PR Selangor selama ini gagal urus sampah, sekarang gagal urus hotel pula. Hotel di tengah-tengah bandar Shah Alam boleh rugi? Biar betul? Banyak sangat ke persaingan dalam bandar Shah Alam? Adakah ini akibat bila Pemimpin PR nak semua free - pendidikan free, lukisan free dan duduk hotel pun free sampai hotel rugi? Pemimpin PR sibuk nak demo sana sini, reformasi sana sini, terlalu sibuk dengan pemilihan parti, akhirnya nasib lebih 100 pekerja hotel tidak terbela..


Hotel Quality ditutup, lebih 100 orang dibuang kerja


Hotel Quality di Shah Alam telah ditamatkan operasinya, sekaligus menyebabkan nasib lebih 100 orang kakitangan hotel yang telah beroperasi semenjak 26 tahun lalu tidak ketahuan hala.

Alasan yang diberikan oleh Syarikat Perangsang, pemilik hotel tersebut yang juga merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor ialah hotel berkenaan tidak menguntungkan dan beroperasi dengan kawalan kos.

Notis pemberhentian kerja telah dikeluarkan pada 31 Mac lalu dan ditandatangani oleh Pemangku Pengurus Besar hotel tersebut, Amar Maarof Abdullah.

Kata pecacai Pakatan, Selangor hebat dan diuruskan dengan cara yang sangat bagus. Pelancong pun ramai. Ekonomi Selangor memuncak dan tersangatlah hebatnya.

Namun semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri, sudah banyak aset negeri yang dijual dan penjualan tersebut diisytiharkan sebagai keuntungan dan perolehan. Sebelum ini, tanah-tanah dan aset-aset milik Yayasan Selangor, YBK dan PKNS telah dijual tanpa penebusan. 

Nampaknya perangai yang sama, berulang lagi tahun ini.

Cuma bezanya, peringkat awal ini, Perangsang menyatakan bahawa 7 tingkat Bangunan Perangsang di Shah Alam yang sebelum ini merupakan Hotel Quality akan diubahsuai menjadi pejabat dan tidak akan dijual sebaliknya hanya untuk disewa.

Tunggu sahajalah tidak lama lagi, pasti bangunan tersebut akan bertukar status sepertimana yang dilakukan dalam melibatkan bangunan-bangunan dan tanah-tanah yang dimiliki oleh Yayasan Selangor dan PKNS.

Sumber - UMNO Online

No comments:

Post a Comment