Thursday, April 24, 2014

#KrisisAirSelangor : MP DAP jadi alat untuk pecat Khalid? #PemilihanPKR #OpsBaldi


Catu air sudah jadi bahan untuk jatuhkan Khalid Ibrahim dalam Pemilihan PKR? Adakah ini tekanan supaya Khalid jangan bertanding dalam Pemilihan PKR? Ramai yang anggap Khalid degil sebab masih mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. 



Adakah ini strategi agar Saifudin Nasution dibantu untuk kalahkan musuh bersama Khalid, iaitu Azmin Ali. Apa pun Khalid, jangan peduli ini semua, Lawan tetap Lawan! ... 

Lain kali jangan degil. Bila pakar-pakar suruh SEGERA buat Langat 2 dan bagi AMARAN Selangor akan alami krisis air menjelang 2014, dengarlah amaran dan nasihat orang. Bila berdegil, inilah akibatnya - sekarang Rakyat Susah, Negeri Ditimpa Bala, Jawatan MB pun dalam Bahaya...



MP DAP minta pecat Khalid sebab catuan air

Image preview

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mendesak supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengambil tindakan segera dengan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Desakan tersebut dibuat ekoran kekecewaan wakil rakyat DAP itu atas kegagalan Abdul Khalid dalam menangani masalah air di Selangor.

 Dalam tulisan di laman Facebooknya, ahli parlimen ini berkata, ketika Selangor di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), masalah catuan air tidak berlaku seteruk ketika di bawah Pakatan Rakyat.

 “Saya merupakan seorang pembayar cukai di Selangor sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya memiliki rumah di Subang Jaya.

 "Kami tidak pernah menghadapi catuan air yang berlarutan begitu lama seperti ini, malah semasa pentadbiran BN sekalipun.  

"Kegagalan Pakatan adalah kegagalan Pakatan. Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang tidak guna ini," katanya. Beliau juga meminta wakil rakyat di Selangor membayangkan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat negeri itu sejak bermula masalah catuan air ini.

 Bekalan air di Selangor mula dicatu sejak Mac lalu akibat empangan dikatakan mula kering kerana masalah kemarau.

 Sebelum ini Abdul Khalid pernah membuat kenyataan Selangor tidak menghadapi masalah bekalan air mentah, sebaliknya berdepan masalah air yang dirawat.

 Namun, apa yang berlaku kini, Selangor kini bukan hanya berdepan masalah air yang dirawat tetapi turut kekurangan bekalan air mentah.

No comments:

Post a Comment