Tuesday, April 29, 2014

#KrisisAirSelangor: MP DAP dan Exco Negeri sahkan Menteri Besar Lombong @Khalid_Ibrahim menipu? #OpsBaldi


Kepimpinan Khalid disanggah lagi. Mula-mula oleh Charles Santiago DAP. Sekarang oleh Dr Ahmad Yunus Hairi, PAS. Menteri Besar Lombong nampaknya makin panas. Isu air dalam negeri Selangor belum selesai. Pemilihan PKR pun masih ketinggalan di belakang Azmin Ali. Inilah akibat keangkuhan dan kedegilan Khalid dan Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu mendengar nasihat pakar empat tahun lalu bahawa Selangor akan dilanda krisis air pada tahun 2014. 





Apa you cerita Khalid? Pam pun belum sampai lagi, baru beli diesel saja la... lawak-lawak kerajaan PR ni. Macam ni nak memerintah negara?


Pam Air Lombong Elak Selangor Terus Catu Air 

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lalu bahawa catuan air akan ditamatkkan sama ada pada Selasa (esok) atau Rabu nampaknya kemungkinan besar tidak akan akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, selepas seminggu air dari takungan kolam serta bekas lombong dipam, paras air di empangan-empangan Selangor hanya meningkat sebanyak 1.18 peratus sahaja kepada tahap 40.08 peratus, sedangkan paras selamat ditetapkan pada tahap 50 peratus.

Demikian dinyatakan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi pada Isnin, ketika mengumumkan peningkatan jumlah kapasiti enam daripada tujuh empangan di negeri itu dalam tempoh seminggu sejak 22 April lalu hingga hari ini.

Dengan itu, katanya, catuan air mungkin tetap akan diteruskan walaupun sebelum ini dikatakan akan tamat pada 30 April.

Kerajaan PR negeri Selangor setakat ini belum mencapai keputusan sama ada akan menamatkan catuan air kerana perlu meneliti beberapa faktor.

Beliau juga memaklumkan, kerajaan PR Selangor akan menambah sepuluh unit lagi pam air berkuasa diesel yang diimport dari China bagi menambah kapasiti takungan air di empangan negeri itu pada kadar yang lebih cepat, terutamanya bagi Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu.

“Menteri Besar dan Jawatankuasa Air Selangor akan berbincang untuk pertimbangkan semua perkara, termasuk paras loji empangan, kandungan aliran air dan jumlah takungan,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.

Ini susulan penggunaan pam yang sudah dibeli sejak seminggu lalu hanya meningkatkan paras air empangan tidak sampai 2 peratus.

“Sepuluh pam itu akan sampai bulan hadapan,” kata Dr Ahmad Yunus.


Khalid dalam satu sidang media di Kangar, Perlis, 26 April lalu berkata, ctuan air di Selangor dijangka akan ditamatkan pada Selasa atau Rabu ini kerana pemantauan terkini terhadap empangan di Selangor mendapati paras tadahan secara puratanya sudah mencecah 39 hingga 40 peratus.

“Jadi, jika takungan air terus meningkat, kita akan umumkan penamatan catuan pada Selasa atau Rabu nanti,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli PKR negeri Perlis di Kangar, Sabtu.

Tiga hari sebelum itu Khalid mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tujuan mengepam air dari bekas lombong, kolam dan bawah tanah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di Selangor.

Menjawab soalan mengenai peruntukan yang diumumkan Khalid, Dr Ahmad Yunus berkata, setakat ini belum sampai RM1 juta daripada peruntukan itu yang telah digunakan untuk memberi diesel bagi pam-pam yang sedia ada.

“Peruntukan yang kita dah gunakan tak sampai sejuta lagi. Hanya beli untuk diesel kepada pam tersebut. Kita belum guna peruntukan untuk beli pam baru,” kata beliau.

Sebelum ini terdapat sembilan pam digunakan bagi mengepam air lombong ke empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air di negeri berkenaan.-bnbbc.my


No comments:

Post a Comment