Wednesday, April 2, 2014

Kenapa #RedBeanArmy sama seperti Parti Komunis Malaya






Sasaran Red Bean Army, perbuatan keji dan pembohongan mereka





Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin hari ini mendedahkan misi jahat kumpulan media cyber pembangkang 'Red Bean Army' (RBA) yang berhasrat untuk memperbodohkan rakyat dengan melakukan provokasi jahat terhadap Kerajaan Persekutuan.

Presiden pertubuhan tersebut Ramesh Rao berkata, kesemua 800 ahli RBA itu yang juga ahli DAP turut dibayar RM3,000 bagi melakukan provokasi di alam maya.

"Red Bean Army memfokuskan orang-orang awam yang mudah mempercayai provokasi.

"Anggota RBA seramai 800 orang dan kesemuanya adalah ahli DAP," Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Petaling Jaya Business Park, hari ini.

Hadir sama bekas Pembantu Khas Teresa Kok, Tony Tan Chee Chong dan Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Jelas Ramesh, sumber utama kegiatan 'haram'RBA dibayar secara tunai menerusi dana dari 20 syarikat besar yang diberi tender projek oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

"Saya memang ada senarai syarikat besar yang mendapat projek dan membayar RBA. Saya juga tahu siapa yang bayar elaun mereka.

"Cara pembayaran ini bermula sejak pilihan raya ke-13 dan cara pembayaran juga telah meningkat selepas pilihan raya," ujarnya.

Menurutnya lagi, RBA kini berselindung di bawah imej pekerja awam seperti Pegawai Bank, Pemandu Teksi, Peniaga, Dokter Perubatan, Kolej Swasta, Makenik Motor/kerata dan menakutkan kaum Cina.

Katanya lagi, pusat utama pergerakan tersebut kini tertumpu di bandar-bandar utama sekitar Johor, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 10 juta orang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

"Mereka juga telah dilatih untuk menetapkan minda mereka kepada untuk menolak (Sistem) Kesultanan dan raja, menghapuskan ketuanan Melayu dan bumiputra.

"Sasaran mereka sebelum PRU ke14 adalah untuk menghasut seramai 10 juta orang," katanya lagi.

sumber





Lim Kit Siang sudah berkali-kali menafikan kewujudan Red Bean Army dan cuba menyalahkan UMNO. Bagaimanapun usahanya tidak berjaya kerana semua orang tahu kisah Red Bean Army didedahkan oleh mereka yang rapat dengan DAP sendiri, iaitu Shen Yee Aun dan Tunku Aziz. Artikel Helen Ang di bawah mengukuhkan lagi hakikat tentang kewujudan Red Bean Army. Bukan itu saja, ia juga membuktikan agenda Kristian memang wujud di dalam DAP. Sehingga kini nampaknya Kit Siang masih tidak berani menyaman Shen Yee Aun dan Tunku Aziz. Takkan tak berani?

“Banyak persamaan RBA dengan Komunis. Cara kekejaman mereka, cara mereka menutup mulut orang, cara mereka mengaibkan orang, cara mereka menyerang orang. Saya rasa tidak ada bezanya dengan Mao Zedong“ - Shen Yee Aun

Pengganas Red Bean Army ugut bunuh, rogol gadis ini! #PRU13

Gambar-gambar propaganda bodoh Red Bean Army, tetapi yang bodoh tetap tertipu

Bean me up, Red Army

@ShenYeeAun - Anwar, komunis dan Red Bean Army #GilaKuasa

@Shahidan_Kassim - Tentera `komunis' Red Bean Army akan disiasat? #RCI

Ejen Impian - nama baru Red Bean Army?

@SyenYeeAun - #RedBeanArmy sama macam Parti Komunis Malaya? (Bhg 2)







No comments:

Post a Comment