Friday, March 14, 2014

#PRKKajang Manifesto @ChewMeiFun ringkas, tak retorik, buktikan Kajang bermasalah di bawah PR





Manifesto Chew Mei Fun tidak banyak retorik dan membuktikan 
Kajang di bawah PR memang bermasalah


IKRAR CHEW MEI FUN!!!

1. Memperkuatkan check n balance terhadap kerajaan negeri Selangor.
2. Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.
3. Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yg konstruktif.
4. Sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.

JANJI CHEW MEI FUN BUAT WARGA KAJANG!!!

Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.

Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yg memuaskan. Memantau keberkesanan pihak MPKj dalam pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur termasuk jalan,longkang,lampu jalan dan kebersihan persekitaran.

Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yg dirancang oleh kerajaan pusat,demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yg kian menular.

Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.

Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah,mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam,menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha memperbaiki keadaan keselamatan.


No comments:

Post a Comment