Saturday, March 29, 2014

#Memali - Tun M di China, bukti Musa Hitam menipu?!!




Bukti Tun Mahathir Berada Di China Ketika Memali




Dari blog sahabat Angin Perubahan

Benarkah dakwaan Tun Musa Hitam bahawa Tun Mahathir berada di Malaysia pada waktu tersebut? Mengikut fakta di atas, Tun Mahathir telah memberikan ucapan di Qing Hua Universiti Beijing pada 22 November 1985.

Malah dalam buku "Five Principle Of Chinese Policies" memang membuktikan Tun Mahathir berada di China pada 20-28 November 1985. Selain itu kertas putih tentang Memali dibentang dan ditandatangani oleh Tun Musa sendiri.

Sewaktu pembentangan di parlimen tiada langsung bantahan dari PAS. Apa motif sekarang baru Tun Musa hendak memberikan cerita baru tentang Memali? Bukti yang ada jelas menunjukkan di mana Tun Mahathir berada. 


Untuk rujukan lain, boleh klik link dibawah ni, 





Nota:

Siapa yang lahir sezaman dengan saya memang tidak minat Musa Hitam. Bagi kami, Musa Hitam adalah seorang pemimpin yang gagal, pemimpin yang merajuk dan tidak mempunyai visi serta fiqrah Melayu dan Islam yang jelas. Sampai sekarang kita tidak faham kenapa Musa Hitam diberi tempat oleh pemimpin negara sedangkan pada zaman ini UMNO dan BN sudah patut mengetengahkan lebih ramai pemimpin muda dan baru. Mungkinkah ini idea penasihat-penasihat yang hendak menyeimbangkan kedudukan politik di dalam UMNO. Jika ia benar, maka ia adalah nasihat politik yang teruk. UMNO kena lebih banyak melihat ke hadapan daripada melihat ke belakang....




No comments:

Post a Comment