Monday, February 10, 2014

#PRKKajang BN perlu letak Calon Melayu @NajibRazak #KajangBetrayal #Kajang


Meletakkan calon dari kalangan pemimpin Cina bermaksud mengguna pakai formula yang sama yang menyebabkan DUN Kajang kekal di tangan pembangkang selama 2 penggal. Tiada game changer dan ia hanya merupakan formula untuk terus kalah.



Adakah BN perlu bertanding? Kenapa perlu bertanding, sedangkan dulu di Penanti BN tidak bertanding?

Ya BN mesti bertanding. Kalah menang adalah perkara kedua. 

Di Penanti, walaupun sama seperti Kajang, PKR mempermainkan proses demokrasi, tetapi yang bertanding bukan Anwar. Kali ini Anwar yang bertanding. Lawan tetap kena lawan. Yang penting Anwar Ibrahim dan PKR tidak seharusnya diberikan jalan yang mudah. 


Siapa calon yang sesuai jika BN bertanding? Calon MCA?


Jika calon MCA diletakkan maksudnya BN masih menggunakan formula yang sama seperti yang digunakan yang menyebabkan BN kalah di DUN Kajang dalam PRU13 dan sebelumnya. Lebih teruk lagi, selepas Tsunami Orang Cina dan dalam keadaan sokongan terhadap parti komponen kaum Cina masih belum pulih, tidak mungkin BN akan menang di Kajang.

BN memerlukan Game Changer.


Siapa calon yang sesuai jika begitu?


Jika Datuk Seri Najib nak menggunakan pendekatan Parti Kongres India, inilah masanya. Letakkan muka baru, dari kalangan orang Melayu dan berusaha keras untuk mendapatkan 48% undi di kalangan mereka, 10% undi kaum India dan sebanyak yang mungkin dari kaum Cina.


Bunyinya seperti BN mengharapkan undi berasaskan kaum?

Tsunami Orang Cina dalam PRU13 terutama di bandar-bandar memang mengenai soal kaum disebabkan permainan politik perkauman pembangkang. Terbukti bahawa dalam Pakatan Pembangkang, Pas dan PKR hanya bergantung kepada kekuatan pengundi DAP. Dalam PRU13, presatsi PKR dan Pas menurun dan hilang 1 kerusi Parlimen. Pas lebih teruk kerana kehilangan 1 negeri.

PKR meletakkan harapan atas asas yang sama. PKR tahu lebih mudah untuk mendapat undi daripada kaum Cina. Sebab itu sekarang Anwar beriya-iya turun untuk meyakinkan orang Melayu.


BN mengharapkan lebih dari itu, iaitu undi pengundi Islam dan pengundi bukan Melayu yang sudah hilang kepercayaan kepada Anwar dan PKR. Jadi ini bukan tetang soal kaum, tetapi keyakinan dan track record.


Siapa calon Melayu yang sesuai?

Bagus jika ada seorang profesional atau agamawan muda tempatan. Tidak perlu seorang tokoh, cukup sekadar seorang yang lebih dipercayai dari segi karektor dan pegangannya berbanding Anwar.


Cuma tidak bolehlah sebarang calon Melayu dengan sebab yang salah untuk bertanding di kawasan ini.. (saya pun tak tahu siapa yang buat poster ni, cuma saya rasa kelakar dan melihatnya sebagai satira politik.. jadi jangan ada yang marah pulak ya.. )


Kabarnya Nallakarupan mahu bertanding?


Biarlah. Yang penting bukan sebagai calon BN. Nalla mungkin tidak akan mendapat undi yang banyak, tetapi kesungguhan Nalla dan sejarah Nalla bersama Anwar boleh merosakkan peluang Anwar.

Bacalah poster-poster di bawah. Tak tahu siapa yang membuatnya, tetapi ia diedarkan secara meluas melalui media sosial. Walaupun bunyi kenyataan Nalla itu agak kelakar, tetapi ada juga kebenarannya.






Bila dah mekap-mekap ni, nampak hensem pulak Nalla ni ...
ha, ha, ha... macam Sivaji The Boss







ha, ha, ha yang ini kelakar, tapi betul..


Orang mungkin tidak ambik serius tentang Nalla. Kelakar pun ada. Tapi sebagai salah seorang rakan rapat Anwar, Nalla seperti Eskay mempunyai impak yang tersendiri ke atas Anwar dan keluarga Anwar.


Baca juga pandangan rakan blogger 1Peluru di bawah untuk sisi pandangan yang berbeza...

[Analisis] BN "WAJIB" letak calon Melayu di PRK #Kajang


No comments:

Post a Comment