Syok sendiri pemimpin atau syok sendiri jentera atau kenyataan syok sendiri?
Saya telah memberikan respon di laman twitter mengenai kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar tentang perasaan syok sendiri pemimpin BN sehingga menyebabkan BN ketinggalan dalam perang siber. Respon saya adalah seperti yang tertulis di bawah:-
Media siber hanya platform; yg lebih utama - strategi komunikasi, koordinasi komunikasi & keupayaan komunikasi pemimpin BN & kjaan @Khairykj
To be fair, bn tak gagal sepenuhnya dlm perang siber, ia lebih baik dari tahun 2008 wlupun mempunyai kelemahan dlm beberapa aspek @Khairykj
BN perlu nilai semula keberkesanan koordinasi & strategi komunikasi yg dikendali war room & supported by 4 rapid response teams @Khairykj
Saya setuju jika @Khairykj kata BN lemah dlm menghasilan konten yg mudah difahami & menarik minat glgn atas pagar cth - manifesto BN
Saya setuju jika @Khairykj kata BN lemah dan tidak menguasai platform dan medium yg bukan berbahasa Melayu
Saya juga setuju jika @Khairykj kata BN beri tumpuan lebih kpd blog & portal berita tp lemah dlm penguasaan facebook & penghasilan video.
Saya setuju jika @Khairykj kata BN ketinggalan sbb pemimpin BN lemah dlm koordinasi & komunikasi. Akhirnya ada percanggahan & x meyakinkan
Saya juga setuju jika @Khairykj kata BN lemah sbb byk isu berkaitan kjaan tak dpt dikendali kerana kelemahan team komunikasi kementerian
Saya paling setuju jika @Khairykj kata penipuan / fitnah penggiat siber PR dan ugutan2 mereka jauh lebih hebat drpd penggiat siber BN
Saya x perlu defensif sbb bukan saya yg kendali keseluruhan operasi siber RT @nabilmuzhaffar: (cont) http://tl.gd/n4lea2
Koordinasi penting - misalnya utk promote tweethandle info spt @gstmalaysiainfo , berapa ramai menteri tlg? @NajibRazak @Khairykj
Kemahiran penting, @gtp_roadmap hanya ada 14k follower.Bgaimana Pemandu & kjaan nak sampaikan info jika x ramai folo @Khairykj @NajibRazak
Masalah UTAMA adalah kelemahan koordinasi dan komunikasi parti dan kerajaan. Parti, iaitu UMNO dan BN. Kerajaan, bermaksud Kementerian dan Agensi di bawah kerajaan BN.
Salah satu contoh klasik adalah dalam pengendalian isu NFC. Koordinasi, strategi komunikasi dan disiplin yang lemah di kalangan pemimpin UMNO/BN dalam mengendalikan isu ini menyebabkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibicarakan oleh media sebelum siasatan yang adil dibuat. Kelemahan pihak Datuk Seri Shahrizat sendiri mengendalikan komunikasi di peringkat awal adalah di antara punca yang menyebabkan persepsi yang direka terhadap beliau semakin kuat. Kenyataan pemimpin UMNO yang mendesak Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan pula adalah satu contoh kelemahan disiplin pemimpin UMNO/BN dalam pengendalian isu. Akibatnya UMNO menjadi mangsa dan menerima tempias akibat pembohongan pemimpin PR dalam isu ini.
Selepas PRU13, kenyataan-kenyataan Menteri-Menteri BN menunjukkan mereka memerlukan penasihat yang lebih baik dalam mengendalikan komunikasi bukan saja apabila berhadapan dengan media, tetapi juga dalam penulisan jawapan mereka di Parlimen.
Sikap syok sendiri pemimpin UMNO/BN baru-baru ini juga menyebabkan UMNO kalah dalam perang persepsi. Kes-kes saman yang ditarik balik merupakan tindakan-tindakan tidak bijak pemimpin UMNO/BN yang akhirnya memberi gambaran seolah-olah ibu pejabat UMNO dikendalikan oleh sejumlah badut.
Terbaru, fenomena Politik Kangkung yang dimainkan oleh pembangkang membuktikan ibu pejabat UMNO dan Pejabat Perdana Menteri banyak kelemahan dalam tindakan dan pendekatan mereka.
Pemimpin-pemimpin UMNO di ibu pejabat janganlah syok sendiri dalam pembentukan jentera komunikasi dan jentera siber. Nasihat percuma kepada Datuk Abu dan Datuk Rauf, kerja ini bukan kerja main-main. Buatlah groundwork yang betul dan buatlah cadangan pelantikan demi kebaikan UMNO dan bukan atas kepentingan politik sempit dan kumpulan tertentu. Pilihlah jentera di atas sebab sejauh mana mereka boleh memberi nilai tambah terhadap UMNO/BN dan bukan kerana kita hendak menyusun orang-orang kita dan orang yang boleh kita kawal demi kepentingan peribadi kita.
Meletakkan Dr Novandri ditempat kedua Jabatan Media Sosial (JMS) memang menjolok mata dan politically incorrect. Ini memberikan gambaran bahawa Presiden dan Timbalan Presiden telah diberi nasihat yang salah kerana:-
Pertama, pelantikan jawatan nombor satu JMS bukan berdasarkan merit KEMAHIRAN, PENGALAMAN DAN KEPIMPINAN. Kita tidak tahu bagaimana nasihat yang sebegini boleh diberikan kepada Presiden dan Timbalan Presiden. Kalau tak berapa tahu nak buat instrumen penilaian penggiat media siber, beritahu kami, insyaAllah kami boleh bantu menyediakan instrumen pemilihan yang lebih baik.
Kedua, meletakkan seorang bekas pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO dan Pengerusi Sekretariat Maya UMNO dan BN Pulau Pinang di bawah seorang yang tidak berjawatan di dalam heirarki UMNO, menunjukkan ibu pejabat tidak peka dan sensitif tentang kedudukan seseorang pemimpin UMNO dalam parti. Ini agak memalukan kerana ibu pejabat sendiri gagal memberi teladan yang baik kepada ahli UMNO tentang bagaimana seorang pemimpin perlu dihormati di dalam parti.
Sejumlah besar penggiat siber UMNO sedang memantau gerak geri dan tindakan ibu pejabat UMNO dan Pejabat Perdana Menteri serta tidak teragak-agak untuk menegur tindakan yang tidak betul dalam hal ini. Jangan syok sendiri!
No comments:
Post a Comment