Wednesday, January 22, 2014

#SyokSendiri Kes Saman Tian Chua, Mustafa Ali - INI KERJA BADUT UMNO! @NajibRazak



Badut-badut UMNO lepaskan Tian Chua tanpa fikir pandangan ahli UMNO, rakyat dan tanpa merujuk kepada Presiden UMNO terlebih dahulu?

Berdasarkan laporan...

Plaintif menyatakan, perkataan-perkataan fitnah (Tian Chua) itu membawa maksud, UMNO merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden tersebut.

Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, plaintif mendakwa, reputasi UMNO terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif dan mengakibatkan pertumpahan darah serta tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang diisytiharkan milik Malaysia sejak sekian lama.




BADUT UMNO mengakui DAKWAAN Tian Chua amat berat. Tapi tanpa permohonan maaf pun, mereka setuju saman tersebut ditarik balik. Macam tak masuk akal atau macam kerja orang yang tidak menggunakan akal pun ada jugak...


Kes ke-2




MUSTAFA kata ia kerja BLOGGER UMNO. Tak payah belajar tinggi pun kita tau, ini bukan penyelesaian yang baik selagi ada perkataan UMNO.  Secara tidak langsung, badut UMNO di ibupejabat SETUJU bahawa INI KERJA BLOGGER UMNO! Ada refer kepada Presiden UMNO ke tak sebelum setuju ini kerja BLOGGER UMNO?



Pergilah ke mana-mana dan tanyakan persepsi ahli UMNO dan orang ramai tentang insiden tarik saman ini dan dengar maklum balas mereka. Tak ada yang kata ia tindakan yang betul dan politically correct. MUNGKIN HANYA BLOGGER DAN PORTAL BERBAYAR UMNO sahaja yang akan mempertahankan tindakan ini dan menyatakan ia sebagai tindakan yang betul dan UMNO telah MENANG PERANG PERSEPSI disebabkan tindakan ini.

Kalau ini lah kualiti penasihat kepada Presiden UMNO (atau yang pandai-pandai buat kerja tanpa merujuk pandangan Presiden UMNO), Tun Dr Mahathir dan Datuk Mukhriz Mahathir betul bila mereka kata UMNO mungkin TIADA HARAPAN dalam PRU14 nanti. Nauzubillah...


No comments:

Post a Comment