Friday, October 25, 2013

#SgLimau - Penyokong Pas angkuh, punca kekalutan, kesesakan jalan #BeraniHijrah



Kami dok jalan tepi jalan, depa ni jalan tengah-tengah jalan. Saya dan Timbalan Menteri, Datuk Seri Mahadzir Khalid tersangkut dalam kesesakan lebih sejam!

Beza perangai penyokong Pas dengan Penyokong BN....


Bezakan dua gambar ini.Perhatikan betapa rapatnya penyokong Pas dengan anggota PDRM.
Halangan yang dilihat dipatuhi Penyokong BN berada beratus meter dibelakang mereka
sedang halangan bagi Penyokong BN tetap ditempat asalnya sehingga proses selesai.



Aku memerhatikan gelagat kedua dua penyokong Pas dan BN sewaktu Hari Penamaan Calun N.20 Sungai Limau kelmarin.Ternyata disebalik topeng agama yang dipakai Pas selama ini,ianya GAGAL menutup sikap buruk semulajadi mereka bila bercakap pasal adap sopan dan peraturan SPR yang wajib dipatuhi oleh penyokong kedua belah calun.

Penyokong penyokong Pas mengasak kehadapan sehingga berada beberapa meter sahaja dari pintu masuk (kawasan larangan)dimana proses penamaan calun sedang dijalankan walaupun sempadan dimana mereka patut berada adalah beberapa ratus meter dibelakang mereka.Tidak cukup dengan ituCACIAN turut dihambur mereka terhadap anggota PDRM yang bertugas hari itu bila mereka diminta berundur kembali dimana mereka sepatutnya berada.




Pegawai ini berulang kali memohon agar penyokong Pas berundur
kebelakang tetapi disambut dengan sorak mencabar..







Tak tahulah kenapa mamat frontliner ini malu nak tunjuk wajah dia..



Pas dan DAP berpisah tiada...



Waktu ini berlaku sedikit provokasi tapi berjaya ditenangkan
oleh Unit Amal Pas










 Kedegilan mereka hampir saja mencetuskan kejadian yang tidak diingini bila dilihat beberapa penyokong mereka saperti mencabar anggota polis untuk bertindak.Hanya kesabaran tinggi pihak polis yang tidak mahu melayan provokasi mereka yang menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih buruk.

Sedangkan PENYOKONG BN akur dengan segala peraturan dan berada beberapa ratus meter dari pintu masuk kawasan larangan walaupun negeri Kedah kini ditadbir oleh Kerajaan BN sejak tamat PRU13 yang lalu.Tidak cukup dengan itu sikap penyokong Pas dan PEMIMPIN mereka termasuk Calun N.20berarak diatas jalanraya telah mengakibatkan keadaan lalulintas di Pekan Yan menjadiLUMPUH beberapa jam dan ada ketikanya kenderaan langsung statik tak boleh bergerak hampir 2 jam.Aku sendiri pun terperangkap beberapa jam di Pekan Yan atas sikap tidak bertanggung jawap ini.



Bezakan jarak dimana penyokong kedua parti berada dari pintu masuk pusat penamaan calun.


Penyokong BN berada nun sayup dibawah bendera besar BN..

Inilah karektor sebenar penyokong penyokong Pas setiap kali menghadapi PRK walau dimana pun dan inilah "imej Islam" pembawaan Pas yang dijaja kesana kemari sedang hakikatnya mereka ini semua tidak memperdulikan keselesaan orang lain kecuali diri mereka sendiri.




Inilah perangai angkuh pemimpin dan penyokong Pas yang berarak dijalanraya
selepas selesai penamaan calun yang membuatkan Pekan Yan LUMPUH beberapa jam.










Belum lagi dipilih Calun Pas N.20 ini sudah menyusahkan rakyat di Pekan Yan
dan tetamu yang datang untuk bersama menyokong calun masing masing..

No comments:

Post a Comment