Thursday, July 18, 2013

[Video] Nik Amar - Tanggung jawab Pas, bukan bangun negeri tapi balun balak je? #KualaBesut



Ya lah tu... Beriya-iya nak jadi kerajaan negeri tetapi tak nak bertanggung jawab untuk bangunkan negeri Kelantan dan rakyat Kelantan. Mungkin sebab tu, kerja Husam Musa cuma naik batu asas, bersihkan hutan, tapi pembangunan tak jalan-jalan juga. Mungkin calon Pas Kuala Besut pun nanti akan ikut perangai yang sama - tanggung jawab jaga rakyat Kuala Besut dan pembangunan, tanggung jawab pusat, tanggung jawab dia, buat bisnes kat Kelantan. Punoh puak-puak ni...


Timbalan Menteri Besar Pas cuba sabotaj calon PRK Kuala Besut?
http://keris7lok.blogspot.com/2013/07/timb-menteri-besar-kelantan-cuba.html

Ramai yang bertanya apa yang dijanjikan oleh Calon PAS bagi DUN Kuala Besut kali ini. Umum bagi mereka yang hadir di Kuala Besut tahu dia tidak ada menjanjikan apa-apa pembangunan selain bersedia untuk mengupah orang lain untuk melakukan kerja-kerja wakil rakyat.

Bagi menjawab kenapa calon Pas tidak ada menjanjikan apa-apa pembangunan untuk Dun Kuala Besut sekiranya menang dalam PRK kali ini, Datuk Nik Amar cakap (video di atas):

Inilah dia mentaliti seorang Timbalan Menteri Besar Kelantan, seperti tidak tahu apa tugas dan fungsi kerajaan negeri terhadap pembangunan negeri. Mungkin atas sebab ini juga Kelantan masih lagi mundur dan keterbelakang dalam beberapa aspek pembangunan yang memaksa anak-anak muda mereka berhijrah ke luar negeri untuk mencari peluang pekerjaan.

Adakah kita mahu perkara yang sama berlaku terhadap negeri Terengganu? Fungsi pun mereka tak tahu ada hati untuk misi 16:16 yang terang-terang akan menghancurkan pembangunan?

K7L : Dok puji Negeri Selangor dan Pulau Pinang..tu puji Kerajaan Persekutuan ke?.. 

No comments:

Post a Comment